SEINDAH MAWAR BERDURI

<!–[if !mso]> st1\:*{behavior:url(#ieooui) } <![endif]–>

TINTA PENGARANG
Selaut pujian Alhamdulillah buat Allah S.W.T yang memilih saya sebagai asbaab untuk menghasilkan karya ini. Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan-Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…
Senandung kasih buat ayahbonda tercinta, tak lupa buat seluruh ahli keluarga…kalianlah penyemarak obor mujahidah dalam hidup saya. Teristimewa buat kakanda Farah Najah Mohd Noordin, kakaklah cerminan peribadi Khazinatul Asrar buat saya. Seterusnya buat sahabat-sahabat tersayang, terima kasih atas segalanya.
Menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar melanda setiap jiwa remaja, sehinggakan setiap naluri remaja, tak terkecuali, pasti merasainya, saya rasa terpanggil untuk melebarkan sayap da’wah dalam dunia cinta remaja melalui mata pena. Cinta yang fitrahnya kudus dan suci sering disalah erti dan diselewengkan jauh daripada falsafah asalnya.
Lantaran itu, saya berasa bertanggungjawab untuk membetulkan falsafah sebenar cinta yang dikatakan kudus dan suci dan boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa usaha kecil saya ini sarat dengan kelemahan dan saya amat mengalu-alukan kritikan membina daripada sidang pembaca sekalian.
Oleh sebab remaja sukakan bahan bacaan berbentuk majalah, cerpen dan novel, saya lantas mengambil inisiatif untuk menerbitkan Islamic-love story ini yang bermotifkan penyebaran kefahaman sebenar tentang cinta sejati. Moga-moga ianya diterima Allah sebagai satu method tarbiyyah dan dakwah yang diredhoi-Nya.
Buat akhirnya, secebis harapan daripada saya…
Taman Firdausi…di situlah destinasi cinta yang abadi. Pimpinlah cinta itu ke sana kerana cinta itu buta, tak mengenal destinasinya. Semoga, novel ini boleh membantu perjalanan untuk menunjuk jalan, memandu ke arah musafir cinta kita ke Taman Syurga, mendapat tempat di sisi yang Esa, Raja pemilik segala rasa cinta…..amin.
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
SINOPSIS
Khazinatul Asrar…khazanah kerahasiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.
Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?
dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan…
Buatmu…
pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
Terimalah….
Seindah Mawar Berduri…
S E.I N D A H M A W A R B E R D U R I
“Khazinatul asrar , kau pencuri!”
Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.
“Apa yang aku curi?” bisiknya sendiri penuh kehairanan.
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.
“Biarkanlah..!!” hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.
Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam
itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.
“Mana Hijriah?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.
“Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.
“Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?”
Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan.
Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
“Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?” tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…
“Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!” Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.
Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?
Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.
Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia
selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.
‘Tomorrow…please present this topic. Assalamualaikum..’” Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.
“Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?” spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. “Kenapa Asrar?” Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.
“Err.. nothing!” Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya.
“Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!” Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.
“Maaf, saya nak pulang dulu,” getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.
“Ish, sombongnya!” keluh Tsabit.
“Sombong pun sombonglah.. thanks!’” balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.
“Nanti…!” halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu-Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat. Hatinya berzikir.
“Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie,” sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.
“Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain,” balas Khazinatul Asrar. Menolak.
“Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah.” Tsabit masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi lain!
“Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok,” tegas Khazinatul Asrar.
“Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…” Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.
“Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…” kata-kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….
“Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah.” Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.
Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi. Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini. Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:
“…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
~Sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan…tiada siapa yang bisa memisahkan kita…antara kita semua…~
Dari tangga kamsis lagi, lagu favourite Hijriah itu bergema kedengaran. Kuat sekali. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya dan terus menyusun langkah menuju ke biliknya tyang terletak di barisan ketiga, level 1. Tidak syak lagi, irama nasyid dendangan In-team itu memang datang dari biliknya. Dia dapat menduga bahawa Hijriah pasti ada di dalam bilik.
“Assalamualaikum, Hijriah. Asrar balik nie!” pintu yang tidak berkunci itu dikuaknya perlahan–lahan. Salamnya tiada jawapan. Didapatinya Hijriah sedang tidur dengan bantal ditelangkupkan diatas kepala. Kipas siling berputar ligat dengan penunjuk mengarah full. Lagaknya bagaikan orang yang ada masalah.
Khazinatul Asrar memperlahankan volume radio kerana bimbang mengganggu penghuni lain. Serentak dengan itu Hijriah terjaga dari lenanya yang mungkin tidur – tidur ayam sahaja.
“Eh, Asrar dah balik rupanya…” Hijriah berkata lembut sambil membetulkan kedudukan bantalnya. Khazinatul Asrar mengukir senyuman. Perlahan–lahan dia menghampiri Hijriah dan duduk di sebelahnya. Tangannya menjamah dahi Hijriah.
“Tak panas pun!” kata Khazinatul Asrar perlahan.
“Sejak bila pula saya demam?” balas Hijriah bersahaja.
“ Habis tue kenapa tak datang kuliyah pagi nie?” tanya Khazinatul Asrar pula.
“Err…topik baru ke hari nie?” Hijriah cuba mengalih perbualan.
“Hijriah…saya tanya nie!” Khazinatul Asrar tidak mahu Hijriah menyembunyikan sesuatu. “Kenapa nie?” Khazinatul Asrar memujuk lembut.
“Tak ada apa–apa…betul!” Hijriah masih membuat aksi selamba.
“Habis tue, pagi tadi awak bersiap–siap bukan untuk ke kuliyah?”
Khazinatul Asrar masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hijriah.
“Saya ke Mini Market. Beli Coklat Dairy Milk 10 packs untuk hilangkan tension,” jelas Hijriah berterus–terang.
“Kalau tak percaya, tengok dalam basket tu. Penuh plastik coklat, kan?!” Hijrah menguatkan kenyataannya.
“Hilangkan tension dengan coklat??? Hijrah yang saya kenali biasanya menatap Al- Quran bila ada masalah,” getus Khazinatul Asrar masih curiga.
“Saya tak ada apa- apa. Percayalah Asrar! Saya Cuma tension sikit saja pagi tadi…sekarang dah okey,” sambil bibirnya mengukir senyuman hambar.
“Kenapa tension sampai ponteng kuliyah?” Khazinatul Asrar terus bertanya. Hijriah terdiam.
“Ada masalah ye?! Kongsilah…” pujuk Khazinatul Asrar lagi.
“Tak ada lah…. mungkin nak period kot sebab tulah rasa tension,” Hijriah terus berdalih.
“ Period? Bukankah baru seminggu lepas….” Khazinatul Asrar mencelah. Mematahkan alasan yang mungkin sengaja direka–reka.
“Hijriah, kalau ada masalah, saya sentiasa bersama awak. Saya sentiasa sedia mendengar apa saja. Janganlah macam ni…” Khazinatul Asrar masih tidak jemu memujuk sahabatnya.
Raut wajah Hijriah jelas menyembunyikan sesuatu. Dia tetap enggan menceritakannya kepada Khazinatul Asrar. Tidak seperti selalu. Dia sebenarnya seorang yang ceria dan berterus – terang. Namun, tidak untuk kali ini….
“Alah Asrar nie…lupakanlah perkara tue. Lain kali, saya janji tak ponteng kuliyah lagi,” Hijriah seolah – olah mula bosan dengan desakan Khazinatul Asrar.
“Betul tak ada apa- apa ni?” Khazinatul Asrar cuba menduga lagi.
“Awak dah tak percaya saya lagi ke?” kata Hijriah seakan merajuk.
“Okey,okey.. kali nie awak boleh sembunyikan sesuatu dari saya, tapi esok–esok tidak lagi, tau!”
“Oh, ya! Nie nota Tsabit tentang topik hari ni. Awal pagi esok ada presentation,” sambil nota bersampul biru itu diserahkan kepada Hijriah. Mata Hijriah sedikit terbeliak. Tangannya pantas menyambut dan membelek – belek buku nota tersebut.
“Tsabit suruh berikan kepada saya?” tanya Hijriah minta kepastian.
“Emm…” Khazinatul Asrar menjawab ringkas. Malas diceritakan kembali peristiwa tadi. Pemuda itu sering membuatkannya geram hinggakan dia terasa malas menyebut nama itu berulang kali.
“Kenapa tiba–tiba saja Tsabit boleh teringatkan saya? Pelik ni!” Hijriah bertanya sambil tangannya terus membelek–belek nota itu.
“Dia sukakan awak kot….” Khazinatul Asrar cuba mengusik, sengaja mahu melihat reaksi temannya. Tiada respon marah. Sebaliknya Hijriah mula tersenyum – senyum sendiri.
“Ish, lain pula jadinya…” Bisik hati kecil Khazinatul Asrar.
“Asrar, dia tak cakap apa-apa tentang saya?” Hijriah nampak semakin berminat bertanyakan Tsabit. Khazinatul Asrar menarik nafas. Dia mula mencari alasan untuk menyegerakan dirinya bebas dari bercakap pasal Tsabit.
“Tengah – tengah hari nie, saya nak tidur qoilulah dulu lah. Lepas zohor nanti, saya ada usrah. Petang ni pula ada meeting. Lain kali sajalah kita cakap pasal dia!” badannya terus direbahkan ke katil sambil mata dipejamkan. Sengaja diceritakan aktiviti–aktivitinya pada hari itu untuk menagih simpati Hijriah agar mengizinkannya berehat. Hijriah mencebik bibir sambil fikirannya menerawang jauh. Entah ke mana. Wajahnya kembali berserabut kerana memikirkan sesuatu.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
Syaqiera, Yusra, Sayyidah, Roziana, Juliea, Nur Fatihah dan Nik An-Najah sudah sedia menanti Khazinatul Asrar di Kafetaria Alumni. Mereka sering datang lebih awal
untuk memberi penghormatan kepada kakak Naqibah kesayangan mereka, merangkap salah seorang perwakilan pelajar yang dihormati dan disegani. Halaqoh usrah yang diadakan setiap minggu itu sering mereka nanti–nantikan kerana eratnya simpulan ukhuwwah yang terjalin sesama mereka.
Seperti biasa, majlis itu dibuka dengan Ummul Kitab dan tafsiran beberapa potong ayat suci Al –Quran sebelum memulakan silibus usrah.
“Lihat surah Al –Maidah(5) ayat 41,” arah Khazinatul Asrar. Semuanya mula membelek tafsir Quran masing – masing.
“Biar saya bacakan…” Yusro menawarkan diri tanpa perlu diminta.
“dan saya bacakan tafsirnya…” Sayyidah tidak mahu terkecuali. Khazinatul Asrar tersenyum lembut sambil mengangguk. Lalu, beralunlah suara merdu mereka.
“Baiklah, dalam ayat yang dibacakan tadi, Kak Asrar nak highlightkan firman Allah yang bermaksud : ‘barangsiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak akan sesekali dapat menolak sesuatu pun (yang datang )dari Allah. Mereka itu adalah orang–orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati merek. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih.’ Sodaqallahul Azhim.
Tafsir ayat ini menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ia kan menghijab dirinya dari kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada kesesatan. Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya. Akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan mendustakannya. Why not? Hatinya dah gelap dan tak nampak lagi cahaya Allah. Sebagai alasan, Allah biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan hidayah-Nya ke hati–hati mereka. Contohnya, apa yang dilakukan oleh kelompok Jahmiyah terhadap ayat–ayat dan hadis–hadis yang berkenaan dengan asma’ dan sifat. Mereka menolak ayat-ayat dan hadis-hadis itu dengan ta’wil mereka sendiri. Ikut selera mereka. Jesteru, Allah biarkan mereka dalam kesesatan kerana azab akhirat yang menanti itu sesungguhnya lebih pedih lagi.
Kita sepatutnya sentiasa menyucikan hati kita kerana hati adalah raja yang memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam. Apatah lagi membiarkan ada kebatilan yang masih bersarang disitu, walaupun sedikit. Sentiasalah beristighfar dan zikir qolbi untuk menyucikannya kerana manusia sering membuat kesilapan.” hurai Khazinatul Asrar.
“That means, mereka di dalam ayat itu bukan dikhususkan kepada satu kaum tertentu jea, kita pun boleh masuk sekali, kak Asrar, kan?” soal Yusro yang agak aktif orangnya. Minta kepastian.
“Betul tu. Kalau dilihat tafsir ayat secara keseluruhan, mereka difokuskan kepada orang – orang Yahudi yang mengubah kitab Taurat dan mendustakan ayat–ayat Allah. Namun orang Islam sekalipun yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak beramal dengannya sebaliknya memilih kebatilan sebagai cara hidup samalah sikapnya dengan orang–orang Yahudi laknatullah. Hatinya akan berselaput dengan noda hitam kerana sudah sebati melakukan kesilapan hingga akhirnya sukar untuk menerima kebenaran yang dia imani sebelumnya.
Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan jauh dari –Nya, sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17): ayat 179 yang bermaksud :
“dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…’
Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda :
‘Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.’
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia,” jelas Khazinatul Asrar lagi.
“Kak Asrar, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?” Nur Fatihah mencetus persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama adik–adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.
“Apa pendapat Syaqiera?” Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan pandangan.
“Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh,” jawab Syaqiera, petah.
“Juliea pula bagaimana?” Khazinatul Asrar bertanya lagi.
“ Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana Allah, mesti benda tue baik,” yakin jawapannya. “Tapi Kak Asrar…
Ziana confuse tentang cinta tu…” Roziana mencelah. “Confuse? Boleh kongsi?” Khazinatul Asrar bernada lembut. “Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana. Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan Ziana teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana Allah. Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana semakin jauh daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini sering ingat namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call. Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu,” luah Roziana.
“Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?” keluhnya lagi.
“Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan untuk menafikan kelalaian cinta,” Nik An-Najah bersuara tegas.
Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.
“Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta kerana Allah?” Khazinatul Asrar cuba membuka minda.
“Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan cara hidup Islam, baitul Muslim” jawab Syaqiera spontan.
“Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah. Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan kerana Allah,” Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka.
“Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?” Sayyidah minta kepastian.
“Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan.”
“Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?” getus Yusro
“Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan berani untuk bercinta lagi,” nasihat Khazinatul Asrar.
“Kalau dah terjebak macam Ziana ni?” gerutu Roziana.
“ Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah Maha Penyayang,” jelas Khazinatul Asrar.
“Praktikalnya?” Roziana mahu lebih jelas.
“Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah,” senyum berputik di bibir.
Kemudian barulah Khazinatul Asrar masuk pada silibus usrah. Dia gembira dengan amanah sebagai Naqibah lantaran menyedari taklifan itu pernah terpikul di bahu Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercetus dirumah Al-Arqam bin Abi Al–Arqam. Dia tidak mahu terasing daripada golongan orang–orang yang sanggup meneruskan kesinambungan wasilah tarbiyyah Rasulullah.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ Kau mencurinya dari aku. Pencuri!!!!
Nota misteri berwarna biru lembut hadir lagi dan kali ini dalam failnya pula. Ketika itu malam masih muda. Khazinatul Asrar sedang sibuk menyiapkan assigment dalam perpustakaan. Berjilid–jilid kitab Tahdib At–Tahzib berselerak di depannya. Dia menjadi bingung dan cuba mengingat–ingat apa yang telah dia lakukan hingga digelar pencuri. Fikirannya buntu.
“Berani kerana benar! Apa yang perlu aku takutkan…mungkin ada orang yang sengaja ingin mengganggu ketenangan hidup aku. Biarlah dia…nanti bila dia rasa penat buat kerja tak berfaedah nie, tahulah dia berhenti. Moga Allah memberi hidayah padanya,” hatinya memujuk sendiri. Dia pun meneruskan kerja–kerja yang masih banyak.
“Assalamualaikum…” tiba-tiba dia disapa lembut. Dia menjawab salam dari suara yang amat dikenali itu sambil wajahnya diangkat sedikit.
“Sibuk nampak….awak ni kan tak kenal penat ke? Setiap malam bertungkus-lumus siapkan assignment, siang pulak…mesyuarat sini, usrah situ, program sini, tamrin situ. Susah nak nampak batang hidung. Malam-malam macam ni, saya dah agak, awak memang ada kat sini,” leter Hijriah sambil mula mengambil tempat di depan Khazinatul Asrar. Khazinatul Asrar terus juga khusyuk dengan tugasnya.
“Saya tak kira, malam ni saya nak kacau juga awak…” celotehnya lagi.
“Asrar, awak sedar tak saya datang ni?” getus Hijriah tatkala menyedari sahabatnya hanya acuh tak acuh sahaja dengan kedatangannya. Mulutnya ditarik muncung. Khazinatul Asrar meletakkan pen yang sejak daripada tadi rancak menari di atas helaian-helaian kertas A4.
“Yea…saya sedar, Hijriah sayang! Mimpi apa cari saya kat sini? Sebelum ni bukan main liat lagi bila saya ajak ke sini,” sindir Khazinatul Asrar, bergurau.
“Tak adalah…actually, saya tengah gembira ni. Tak sabar-sabar lagi saya nak kongsi dengan awak,” luah Hijriah penuh ceria. Senyumannya semakin melebar menyerlahkan susunan giginya yang cantik tersusun.
“Betul? Ish, ish, comelnya kawan saya ni bila tengah riang. Okey, ceritalah… boleh saya tumpang gembira sekali,” balas Khazinatul Asrar penuh exited. Seronok melihat wajah temannya yang ceria.
“Lihat ni!” Hijriah menunjukkan buku nota berwarna biru lembut yang tertera tajuk, ‘Clinical psychology’ . Khazinatul Asrar mencapai buku itu. Rupa-rupanya buku itu kepunyaan Tsabit apabila dia mendapati nama pemuda itu tertulis di ruang dalam buku tersebut.
“Kenapa awak riang sanagt dengan buku ni?” Tanya Khazinatul Asrar kehairanan.
“Saya cakap kat Tsabit, nota saya untuk subjek ni tak lengkap. Terus ditawarkan notanya pada saya.Dah agak dah semua tu…Then, waktu dia nak serahkan buku dia pada saya tadi, saya cakaplah saya belum dinner lagi, lapar sangat separuh gastric. Saya pujuk dia supaya temankan saya makan. Dia begitu baik sekali,” Hijriah bersuara riang. Wajahnya memang penuh ceria. “Kenapa awak tidak meminjamnya sahaja daripada saya?” duga Khazinatul Asrar kurang senang dengan gelagat temannya itu.
“Alah…bukan saya perlukan sangat nota tentang subjek yang menjadi favourite semua orang ni. Saya sengaja cari peluang ni untuk mengenali hati budi Tsabit. Best lah dia, Asrar,” terang Hijriah.
“Astaargfirullahal azhim. Hijriah…kalau inilah niat awak, malam ni jugak awak perlu pulangkan nota nie,” sambil nota biru itu diletakkan di hadapan Hijriah. “Hari ni bertukar-tukar buku nota dan makan-makan. Esok…mungkin keluar berdua-duaan pula untuk merapatkan hubungan. Semua ni tak lain, jarum syaitan untuk menghampiri khalwat dan zina,” nada Khazinatul Asrar agak tegas dan emosi. Nafasnya ditarik panjang melepaskan kebimbangannya terhadap anak tunggal seorang Dato’ dari Kajang itu. Air muka Hijriah yang tadinya riang mula berubah mendung. Khazinatul Asrar mulai sedar bahawa dia perlu berhati-hati dan berhikmah apabila menasihati Hijriah kerana Hijriah berjiwa sensitive dengan masalah melibatkan lelaki. Nalurinya terlalu cenderung untuk disayangi dan menyayangi seorang lelaki. Itulah ujian Allah yang diuji kepada setiap jiwa remaja sebenarnya. Apatah lagi, dia ketandusan kasih lelaki bergelar ayah sejak kecil lagi. Ayahnya lebih mementingkan materialistik daripada menghargai erti sebuah kasih sayang. Bagi ayahnya, memberi kemewahan sama seperti memberikan kasih sayang. Khazinatul Asrar menyedari bahawa Hijriah tersinggung.
“Maafkan saya kalau saya terlalu berkasar,” Khazinatul Asrar cuba memujuk kembali…
“Bukannya apa, saya sayangkan awak Hijriah. Hijriah…sebagai siswi di Fakulti Pengajian Islam nie, keindahan nilai akhlak wanitanya perlu lebih terpelihara kerana kita diasuh dengan acuan agama.” Khazinatul Asrar memegang erat tangan Hijriah dan mula mengatur kata-katanya lagi, kali ini lebih lembut… “Malah setiap wanita muslimah sebenarnya tak kiralah aliran agama atau tidak, wajib memelihara akhlaknya. Hijriah, awak harus malu untuk buat begitu. Malulah menjadi hias pakaian kita sebagai muslimah” nasihat Khazinatul Asrar dengan ikhlas.
“Malu? Kenapu perlu malu? Saya bukan pemalu!” Hijriah menafikan.
“Malu memang ada tempatnya. Kita mesti menjadi pemalu untuk melakukan perkara yang tak Allah redhai sebab kita ni hanya bertaraf hamba Allah je kat muka bumi milik Allah ni. Sifat malu inilah yang akan meninggikan martabat kita sebagai wanita. Lambang sesuatu yang mahal dan berharga, bukan sebarangan. Tentu awak masih ingat satu hadis Rasulullah S.A.W:
“Pakaian kita ketaqwaan, hiasan kita malu dan hasil kita adalah ilmu.”
Hijriah cuma membisu. Khazinatul Asrar menyambung lagi.
“Allah ciptakan wanita dengan segala sifat kelembutan, keindahan dan kasih sayang. Lantaran itu, tidak hairankah wanita sering dikaitkan dengan keindahan sekuntum bunga. Hijrah…jadilah bunga mawar yang indah…………………
………………………………………………………………………….
Rasulullah bekerja tu. Dia ada kuasa arahkan apa sahaja pada pekerja-pekerjanya. Namun, beliau merisik peribadi Rasulullah dan meminang Baginda melalui seorang hamba lelakinya bernama Maisarah. Bayangkanlah betapa terpujinya sifat malu seorang manager besar, tokoh wanita korporat terbilang pada zaman itu yang mempelopori syarikat perdagangan peringkat antarabangsa. Tidak hairanlah kualiti akhlak Sayyidatina Khadijah turut manambat hati manusia yang paling agung di sisi Allah biar pun Sayyidatina Khadijah dah pun berstatus janda 40 tahun.”
“Tapi Asrar.. saya dah mula mencintai Tsabit. Saya tak mahu kehilangan Tsabit.Saya dah banyak kali kehilangan…cukuplah!” terkedu Khazinatul Asrar mendengar pengakuan sahabatnya. Mudahnya dia melafazkan cinta. Baru sebulan yang lepas Hijriah memberi tahu Khazinatul Asrar bahawa dia jatuh cinta pada seorang pelajar Medic di kampus KL. Kini, cintanya sepantas kilat beralih kepada Tsabit pula. Apalah erti cinta sebegini…cinta manusia yang sementara dan berubah-ubah. Sesuatu yang tidak pasti.
“Asrar…salahkah saya?” getus Hijriah lagi.
“Hijriah…bercinta tu tak salah,” nafasnya ditarik panjang dan dia menyambung lagi,
“Tapi, memuja cinta itu yang salah! Kalau nak bercinta biarlah syara’…di atas landasan Allah! Kerana cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hingga kesempurnaan ibadat terganggu. Yang lebih parah lagi, kerana cintalah manusia mula melupakan batasan-batasan pergaulan yang telah Allah gariskan. Cinta juga membuka peluang baru kepada fitnah syaitan dan mengundang murka Allah. Manusia sendirilah yang mencemari cinta yang fitrahnya kudus dan suci.”
“Alah… Saya Cuma meminjam notanya dan makan-makan sikit. Tak lebih daripada itu. Tak pegang-pegang pun!” Hijriah mencelah agak kasar. Hatinya diselubungi kebencian.
“Hijriah, saya cuma memberi peringatan sebelum tersasar. Peringatan ini semata-mata kerana saya sayangkan awak, bukankah setiap yang membawa kepada haram adalah haram. Lagipun, mencegah itu lebih baik daripada merawat.” Khazinatul Asrar cuba menjernihkan keadaan. Wajah Hijriah tetap serius dan masam mencuka.
“Rasulullah sendiri ada bersabda, cinta itu buta. Cinta tak mengenal sesiapa. Apa salahnya saya mencintai Tsabit?” Hijriah masih mengeraskan suaranya. “Astargfirullahal azhim…saya tak bermaksud begitu. Ianya tak salah. Naluri cinta adalah fitrah setiap manusia. Saya sekadar memberi peringatan tentang batasan cinta. Ya cinta itu buta! Ingatlah cinta itu bukan sahaja tak mengenal sesiapa tapi tak mengenal batas haram dan halal juga. Dalam bercinta ni, liciknya strategi syaitan menipu pemikiran sepasang kekasih. Orang yang berjumpa kekasihnya memberi alasan… alah tak pegang-pegang pun. Orang yang pegang-pegang pula berkata… alah bukannya berzina pun. Orang yang berzina pula masih ada alasan…alah tak adalah sampai pregnant. Seolah-olah dia tak rasa bahawa apa yang dibuatnya tu salah. Nau’zubillah min zalik. Di usia kita ni, cinta perlu dihijab dengan dengan iman dan
khasyatillah, takutkan Allah. Allah jadikan cinta itu sebagai satu ujian. Bukan ke baru minggu lepas Ustaz Hasanul Basri ada menerangkannya dalam Kitab Silahul Ummah a’la Huda As-Sunnah. Terngiang-ngiang lagi di telinga saya ustaz bacakan satu ayat Allah,
Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah ya’ni ujian atau kejahatan untuk Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu Maha Melihat,” hujah Khazinatul Asrar.
“Asrar, awak takkan faham kalau awak tak pernah bercinta. Sya sekarang dah dilamun cinta. Awak ingat nak lawan fitrah ni perkara senang ke? Susah tau!” Hijriah bertegas.
“Hijriah, benda yang susah nilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman awak. Awak tak ingin ke berusaha mencapai keimanan tahap 4 plat ? ya’ni mencari kesempurnaan iman. Sabarlah dulu pada setiap ransangan nafsu. Perkara yang Allah haramkan ni sekejap jea, Cuma dalam tempoh belum bersedia nak kahwin ni jea… perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu tu agar tak mengatasi akal. Dah tak lama pun untuk awak rasai cinta lelaki bernama suami. Penuh redha Ilahi. Sabarlah… tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti. Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting diiringi rahmat Allah S.W.T. Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasan-Nya. Dr. Rosmawati dah pun menerangkan secara panjang lebar tentang indahnya cinta selepas kahwin ketika kita mengikuti Bengkel Mekar Setaman di UM dulu… masih ingat tak lagi?” jelas Khazinatul Asrar.
“Tapi, saya nak jadi isteri Tsabit! Nanti takut tak kesampaian…” luah Hijriah. Khazinatul Asrar merenung lemah wajahnya. Lidahnya beristighfar lagi untuk kesekian kalinya.
“Apa yang cuba saya sampaikan nampaknya tak kesampaian. Awak masih kurang faham…” keluh Khazinatul Asrar berbaur hampa.
“Memang… memang saya tak faham dan saya tak mahu faham. Kehadiran awak sebenarnya untuk merampas sesiapa saja yang ingin saya cintai. Kau ni perampas! Pencuri! Jangan cuba rampas Tsabit dari saya….” Hijriah bingkas bangun dari kerusi. Buku nota berwarna biru itu dihempas kasar ke meja seolah-olah satu luahan kemarahan. Khazinatul Asrar terkejut dan tidak menyangka Hijriah sanggup sekasar itu dengannya. Khazinatul Asrar beristighfar panjang lagi. Kenapakah tiba-tiba sahaja konflik tercetus. Dahsyatnya peranan syaitan meracuni kefahaman temannya. Dia juga kesal dengan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya sebagai perampas dan pencuri. Jiwanya tersentak.
Buku yang ditinggalkan di depannya itu dibelek-belek lembut. Fikirannya berserabut dan bercelaru. Dia menyalahkan dirinya sendiri yang mungkin terlalu lemah dalam menyampaikan hujahnya kepada Hijriah menyebabkan Hijriah mula tersalah tafsir.
“Mungkin methodku tidak kena..” bisik hatinya. Di samping itu, dia memperbanyakkan zikir untuk mencari ketenangan hati. Semakin direnung-renung buku itu, persoalan lain pula yang bertandang di mindanya. Tiba-tiba sahaja dia terfikir sesuatu.
“Warna yang sama!” bisik hatinya,. Tangannya terus mencapai nota biru yang masih terselit di dalam failnya. Dia cuba membanding-bandingkan warnanya. Ternyata sama sahaja. Lagipun Tsabit gemar memakai baju berwarna biru lembut ke dewan kuliah. Mungkin warna kegemarannya. Hatinya mengesyaki sesuatu.
“Kalau Tsabitlah orang yang menggangguku dengan nota itu, apa yang dituntutnya?” fikirnya. Namun, dia tidak mahu menuduh sembarangan. Bimbang tersilap membuat perhitungan. Terngiang-ngiang pula di telinganya title ‘perampas’ dan ‘pencuri’ yang Hijriah tuturkan. Pencuri? What’s up? Apa yang aku curi? Apa sebenarnya ni?
Keresahan terhadap konflik yang tercetus antaranya dengan Hijriah dibebani pula dengan persoalan nota misteri. Hatinya bertasbih memuji kebesaran Ilahi yang Maha Mengetahui. Minta diberi kekuatan. Apakah situasi yang bakal dihadapinya nanti. Mungkin dia perlu mengalah dan meminta maaf daripada Hijriah. Lagipun, Hijriah mudah dipujuk dan marahnya tidak berlaratan. Hatinya lembut.
“…Ya Allah, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Mu yang sebenar…” Doa Robithoh dijadikan penawar resah hatinya. Buku-bukunya yang berselerak mula dikemas. Keresahan yang bersarang tidak mengizinkannya untuk meneruskan revision. Langkahnya diatur pantas untuk segera tiba di biliknya, berjumpa Hijriah. Di suatu simpang, dia bertembung dengan Intan Izma yang menyapa lembut. Gadis sebelah biliknya itu memang peramah. Suka mengambil berat masalah orang. Sesuailah dengan statusnya memilih course Undang-undang. Semua masalah nak diselidikinya… bakal peguamlah katakan.
“Asrar, kenapa tak temankan Hijriah ke stesyen komuter. Katanya tadi nak balik Kajang.” Intan Izma bersahaja gayanya. Khazinatul Asrar agak terkejut dengan berita itu.
“Hijriah balik? Intan tak tanya berapa hari dia nak balik?” garis-garis keresahan terjalur pada wajah tenang itu.
“Marahkah dia?” detik hatinya.
“Eh, macam mana teman sebiliknya boleh tanya saya pula, gaduh ya?” duga Intan Izma. Dia memang cekap menduga suasana.
“Gaduh? Tak adalah… tak sefahaman sedikit je. Insya-Allah, tak lama,” jujur pengakuan Khazinatul Asrar. Dia tahu kalaupun dia berdalih Intan Izma pasti dapat menghidunya juga.
“Biasalah tu Asrar, asam garam persahabatan. Alah…jangan bimbang, dia balik sekejap jea tu. Kajang bukan jauh sangat. Nak berulang hari-hari pun tak jadi hal punya. Lagipun Hijriah tak ada bawa beg besar. Handbeg jea. Handbegnya tu membuktikan dia bukan bertujuan nak balik lama. Tapi itu bukanlah hujah yang konkrit sebab mungkin dia dah ada simpanan baju kat rumah. So, buat apa nak bawa beg besar-besar, kan?!” Intan Izma rancak berceloteh. Sepatah ditanya, serangkap perenggan dibalasnya. Bagaikan berada di mahkamah pula. “Tak apalah Intan. Terima
kasih kerana beritahu saya hal nie. Hah, Intan nak ke mana pulak ni?” Khazinatul Asrar cuba meringkaskan pertemuan. Dia dah cukup faham kalau dilayannya lawyer sorang ni, 24 jam pun tak cukup.
“Saya nak ke kamsis Dato’ Onn. Jumpa Chee Wah. Nak Tanya dia pasal handset dia yang tercicir tu samada dah jumpa atau belum. Dia tu pelupa. Dia cakap tercicir tapi ada kebarangkalian handsetnya tu dicuri berdasarkan fakta yang diberi. Lagipun kes kecurian handset bukanlah benda asing lagi kat sini. Chee Wah ni kena siasat betul-betul sepatutnya. Tak mustahil roommate dia sendiri yang mencuri. Bukan semua roomate boleh dipercayai. Ni saya nak cuba selidik kes dia ni… tak boleh biarkan Chee Wah ni settlekannya sendiri,” jelasnya panjang lebar. Selepas itu, mereka membawa haluan masing-masing.
Setibanya di bilik, Khazinatul Asrar mendapati ada sekeping nota berwarna biru lembut di atas katilnya.
##Asrar, saya minta maaf atas apa yang berlaku. Izinkan saya balik ke Kajang untuk menenangkan fikiran. Saya berasa malu atas perlakuan saya tadi. Beberapa hari lagi saya akan kembali. Maafkan saya…##
Khazinatul Asrar menarik nafas lega. Dia tidak mahu konflik itu berlarutan. Kehadiran nota itu benar-benar menenangkannya. Dia bertahmid meluahkan kesyukuran. Namun setelah seketika, nota Hijriah yang berwarna bitu lembut itu mengembalikan ingatannya terhadap nota-nota misteri yang sering kali diterimanya. Dia sebenarnya cuba melupakan persoalan itu kerana ianya bagaikan suatu mainan yang sia-sia. Tiada motifnya. Masih banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Namun, situasi ini mengundang persoalan tentang nota misteri itu untuk hadir lagi.
“Tulisannya tidak sama.Jenis kertas pun berlainan,” Khazinatul Asrar membanding-bandingkan nota Hijriah dengan nota-nota yang diterima sebelumnya. Wajahnya hampa. Dia bingkas bangun memperbaharui wudhuknya. Di saat-saat resah begitu, al-Quranlah penawar paling mujarab baginya kerana Al-Quran adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah Kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihatlah hanya dengan satu sifat cinta-Nya yang dilontar ke bumi, berkasih sayanglah semua makhlukNya hatta binatang sekalipun. Bayangkanlah 99 lagi sifat cinta yang masih bersama-Nya. Subhanallah! Agungnya cinta Ilahi…
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************
Pada kuliah pagi itu, awal-awal lagi Khazinatul Asrar mengajak Suwaibah Aslamiyyah duduk di sebelahnya. Dia mengambil langkah berjaga-jaga sebelum Tsabit mengambil kesempatan untuk duduk di sebelahnya kerana Hijriah tak datang. Suwaibah Aslamiyyah memenuhi perlawaan Khazinatul Asrar tanpa banyak soal.
Untuk kali inipun, nota berwarna biru lembut hadir lagi dalam buku yang dibawanya.
“Wahai pencuri, saya bertai biru di Cyber Café Kajang pada pukul 5.00 petang ini. Ayuh kita buat perhitungan!”
Pandangannya segera beralih kepada pemuda yang berkedudukan di posisi belakangnya. Entah mengapa dia begitu curiga dengan pemuda yang memakai baju kemeja putih berbintik biru itu. Warna biru memang ada kaitan dengan pemuda itu. Tsabit yang menyedari Khazinatul Asrar sedang memandangnya dengan spontan membetulkan songkok di atas kepalanya sambil tersengih-sengih. Hati Khazinatul Asrar bertambah geram. Kali ini dia tidak berfikir panjang lagi.Hatinya penuh yakin. Lantas dia mencoretkan sesuatu di atas kertas dan menghulurkannya kepada Tsabit.
*Perhitungan! Cyber Café Kajang, 5.00 petang.
Khazinatul Asrar berazam pertemuan yang akan diadakan seringkas yang mungkin dengan Tsabit petang ini bakal mengajar Tsabit sesuatu. Berkeriuk dahi Tsabit menatap nota itu. Namun selepas seketika, dia tersenyum sendirian. Entah apa yang difikirkannya. Suwaibah Aslamiyyah juga mengeriukkan dahi melihat telatah aneh Khazinatul Asrar.
“Duhai kekasihku Ya Allah, peliharalah diriku dari fitnah..” hatinya berdoa tatkala menyedari temannya mula memikirkan sesuatu.
Pada petang itu…
“Kenapa dia bertai hitam? Kemeja pula merah jambu…” bisik hati kecil Khazinatul Asrar tatkala dia melihat dari jauh telatah Tsabit yang sedang mencari-cari seseorang di muka pintu Cyber Café. Lagaknya bagaikan orang yang sudah lama menunggu. Langkahnya terus disusun kemas menuju ke situ. Tsabit mulamenyedari kemaraan gadis itu. Dibetulkan tainya agar lebih kemas. Entah keberapa kali dia membetulkannya…
“Saudara terlupa pakai tai biru?” sindir Khazinatul Asrar tatkala langkahnya betul-betul berhenti di hadapan Tsabit. Tubuhnya di hala ke arah lain. Tidak tergamak untuknya bertembung mata dengan pemuda kacak kacukan Libya itu. Ghoddul basor.
“Tai biru?” dahi Tsabit berjalur dengan tandatanya.
“Ya…tai biru! Atau…mungkin tai biru itu sebenarnya yang telah saya curi. Maklumlah saya ni kan pencuri..” Khazinatul Asrar menyindir lagi.
“Asrar, apa yang awak cakap ni?” wajah Tsabit kebingungan.
“Maafkan saya saudara…saya datang ni pun untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi gelaran pencuri kepada saya. Sebagai penghargaan dari saya, saya pun ingin menggelarkan saudara sebagai perompak. Perompak ketenangan orang lain. Maafkan
saya…” kata-kata Khazinatul Asrar bagaikan duri mawar yang menusuk kalbu. Dia pantas berlalu dari situ dan segera menaiki teksi yang sedia menanti. Tsabit masih terpinga-pinga di muka pintu. Tiba-tiba badannya dirempuh oleh seorang pemuda bertai biru yang berlari tergesa-gesa seperti mengejar seseorang. Pemuda itu sempat meminta maaf daripada Tsabit. Tsabit semakin keliru.
Tidak seperti selalu, Khazinatul Asrar hanya duduk di bilik pada malam itu. Badannya direbahkan di atas tilam. Peristiwa di Cyber Café petang tadi masih segar di fikirannya. Hatinya puas. Dia berharap agar Tsabit tidak akan mengganggunya lagi dengan nota-nota berwarna biru lembut itu. Namun dia masih dilanda persoalan bagaimana Tsabit boleh meletakkan nota-nota itu ke dalam bukunya tanpa disedari. Sesuatu yang mustahil. Secara logiknya, hanya orang yang terdekat sahaja boleh melakukannya. Orang terdekat? Hijriah… Mungkinkah Hijriah terlibat dalam hal ini? Hijriah? Ah…tak mungkin Hijriah. Perkara kecil sekalipun Hijriah tak mampu nak rahsiakan daripada Khazinatul Asrar. Dia sahabat yang baik dan berterus terang. Nota-nota yang terkumpul itu terus dibelek-belek untuk mencari clue. Tsabitkah pengirimnya? Hatinya tiba-tiba dilanda serba-salah kerana membuat tindakan yang terburu-buru terhadap Tsabit. Segalanya didasari perasaan geram yang meluap-luap. Dia beristighfar menghitung dirinya. Hatinya terus berdialog sendiri. Tiba-tiba, suatu suara halus mengejutkannya dari lamunan… suara yang tidak asing lagi. Dia bingkas berlari ke pintu dengan senyuman yang manis terukir.
“Waalaikumsalam…oh, saya gembira awak dah kembali,” wajah Khazinatul Asrar penuh ceria menyambut kepulangan Hijriah. Salam dihulur dan mereka berdua saling bersalam berpelukan. Wajah Hijriah juga berseri dengan keceriaan.
“Saya ingat nak balik sini secara surprise sebab biasanya waktu-waktu begini awak dah ke perpustakaan… macam dah tahu-tahu saja saya nak balik sini…” Kedua-dua sahabat itu beriringan ke katil masing-masing.
“Entahlah…hati saya berat semacam jea nak ke perpustakaan malam ni… tak sangka pulak itu petanda yang sahabat saya yang sorang ni nak balik sini,” senyuman Khazinatul Asrar masih tak lekang di bibir.
“Ha…mesti siang malam awak asyik rindukan saya…” Hijriah mengusik disambut ketawa kecil Khazinatul Asrar. Dalam pada itu, mata hijriah melirik pada helaian-helaian nota berwarna biru lembut dalam genggaman Khazinatul Asrar.
“Nota apa tue?” Hijriah ingin tahu sambil tangannya pantas mencapai nota-nota itu dari genggaman Khazinatul Asrar. Kazinatul Asrar merelakan.
Entahlah Hijriah… nota-nota ni sering mengganggu fikiran saya sejak akhir-akhir nie. Mungkin ini ujian Allah supaya saya sentiasa memuhasabah diri. Allah takkan bagi ujian kalau bukan kerana Dia sayangkan kita,kan?!” kata-kata itu menyebabkan Khazinatul Asrar direnung dalam-dalam oleh Hijriah. Mata Hijriah langsung tidak berkelip. Bagaikan ada rahsia besar yang tersimpan. Khazinatul Asrar agak terkejut
apabila direnung begitu. “Hijriah….???” Bibirnya mengungkap. Hijriah masih jauh meneroka anak mata Khazinatul Asrar.
“Hijriah, kenapa ni?” Khazinatul Asrar yang kehairanan cuba menduga. Air muka Hijriah segera berubah seperti orang yang baru disedarkan dari mimpi. Namun, dia hanya berdiam diri dengan pernyataan Khazinatul Asrar.
“Eh, ganjil sekali perangainya…” bisik Khazinatul Asrar kebingungan.
Serentak dengan itu, Hijriah tiba-tiba bangun dari katilnya dan mendapatkan handbeg yang baru sebentar tadi diletakkan di atas meja study. Dia mencari-cari sesuatu. Khazinatul Asrar hanya mampu melihat telatah aneh Hijriah itu. Pelbagai soalan dan andaian menujah-nujah kotak fikiran. Hijriah mengeluarkan sekeping nota berwarna biru dari handbegnya dan nota itu diselitkan dalam salah satu fail kepunyaan Khazinatul Asrar yang tersusun kemas di atas meja study. Khazinatul Asrar yang menyaksikan semua itu bertambah keliru. Lidahnya kelu untuk menuturkan sesuatu kepada Hijriah yang berkelakuan ganjil itu.Hijriah kemudiannya menyerahkan fail yang diselitkan dengan nota berwarna biru itu tadi kepada Khazinatul Asrar. Dengan kebingungan, tangannya akur menyambut fail itu tanpa alasan biarpun mindanya sarat persoalan. Nota berwarna biru itu ditatapnya.
##Wahai pencuri, kau mungkin telah ke Cyber Café…namun tuntutan saya masih belum terlaksana. Masakan tidak, si perompak pula yang kau temui…not me!!##
Nota itu benar-benar menyentak naluri. Hijriah pula direnungi sedalam mungkin.
“Apa semua ni?” soalan yang terpacul itu memang sarat dengan tanda tanya.
Serentak dengan itu peristiwa petang tadi terngiang-ngiang di ingatannya. Kerana nota-nota berwarna seumpama itulah, Tsabit digelarnya perompak. Namun itu bukanlah suatu jawapan…sebaliknya menambahkan persoalan. “Hijriah! What’s up? Teka-teki apa ni? Saya tak faham…” Khazinatul Asrar terus dan terus mendesak. Bingung. Pelik. Hairan. Ganjil. Ajaib. Ahhh..
Hijriah hanya menunjukkan reaksi tenang dengan persoalan yang diwujudkannya itu. Namun akhirnya, hati dan perasaan seorang sahabat beralah jua pada redup mata Khazinatul Asrar yang jelas memendam persoalan.
“Asrar, maafkan saya!” ungkapnya perlahan.
“Untuk apa? Kenapa? Hijriah…???” luahan persoalan itu benar-benar meresapi sanubari Hijriah. Timbul pula rasa bersalah dalam dirinya kerana mendera perasaan Khazinatul Asrar dengan persoalan. Ibarat membalas dendam kesumat yang bersarang.
“Asrar, saya tak tau bagaimana harus saya jelaskan. Kalau awak nak tahu sangat tentang nota tue, awak daillah nombor ni. Saya dah tak sanggup menyembunyikan sesuatu daripada awak kerana memang saya tak mampu untuk berbuat begitu…” manik-manik jernih mula menitis di pipi Hijriah sambil tangannya menulis beberapa susunan angka. 017-3410170.
Biarlah air mata itu menyucikan sekeping hati yang kadang-kadang dikuasai dendam dan iri hati.
Satu persatu angka 017-3410170 dari handsetnya ditekan.Khazinatul Asrar memang amat mengharapkan satu jawapan dan kepastian.
“Hello!” suatu suara garau menyambut panggilan bisu dari Khazinatul Asrar.
“Hello, siapa ni?” beberapa kali suara itu mendesak. Khazinatul Asrar hanya mendengar dengan penuh keliru akan suara yang langsung tidak dikenalinya itu sambil matanya tidak berganjak dari anak mata Hijriah, Yang pasti ianya bukan suara Tsabit.
“Hello,Hellooo…awak ni nak main-main ke?” nada suara itu semakin tinggi.
“err, siapa di sana?” terkeluar juga pertanyaan itu dari lidahnya yang kelu.
“Eh, kau pulak yang tanya saya siapa?” suara itu masih geram.
“Maafkan saya…saya…saya…saya cuma nak tahu siapa di sana?” terketar-ketar lidah Khazinatul Asrar dilanda persoalan.
“Kenapa? Saudari ni nak berkenalan dengan saya ke?” suara itu kembali rendah dan cuba bergurau pula. Khazinatul Asrar geram dengan gurauan itu. Bibirnya digetap. Bukan prinsipnya gatal nak mengenali seorang lelaki.
“Maaf! Kalau bukan Hijriah yang suruh, saya takkan telefon awak!” luahan Khazinatul Asrar itu menyentak suara itu.
“Apa? Hijriah?” suara itu menjadi cemas. Sangat cemas.
“Saudari ni Khazinatul Asrar ke?” suara itu bertanya dengan nada takut.
“Emm…” jawab Khazinatul Asrar ringkas. Dia semakin pelik apabila lelaki itu telah mengenali dirinya.
“Hijriah mungkir janji! Saya dah agak dia mesti dedahkan juga hal ni akhirnya. Suara itu berbaur hampa meluahkan ketidakpuas hatian.
“Jadi awaklah rupanya menyuruh Hijriah menyelitkan nota berwarna biru tu dalam buku-buku saya?” soal Khazinatul Asrar.
“Err..jangan salah faham. Sya…saya..” suara itu seakan-akan menyusun ayat.
“Apa yang saya telah curi daripada awak?” Khazinatul Asrar semakin berani berhadapan dengan suara lelaki itu. Dia benar-benar ingin meleraikan persoalannya.
“Khazinatul Asrar…biarlah dengan peluang ini saya berterus-terang, sejak pandangan pertama lagi, awak telah mencuri hati saya, mimpi saya dan impian saya. Saya langsung tidak boleh melupakan awak.” Suara itu langsung tidak mahu berselindung sesuatu. Beristighfar panjang Khazinatul Asrar mendengar kata-kata itu. Butang End ditekan tiba-tiba untuk mengakhiri perbualan itu. Sususlan daripada itu, beberapa kali handsetnya berirama minta disambut namun dibiarkan sahaja. Dia sedih kerana dirinya telah melalaikan hidup seorang lelaki.
“Hijriah, tolong jangan buat saya begini!” Khazinatul Asrar seakan menahan marah. Persoalannya bukan terjawab malah kian bertambah.
“Sabar Asrar…biar saya jelaskan,” udara disedut sedalam mungkin untuk memulakan bicara.
“Lelaki tu Ahmad Mukhlisin namanya. Dia siswa tahun akhir course Medic. Jiran saya…Dialah yang menyuruh saya selitkan nota-nota nie dalam buku awak.” Handset Khazinatul Asrar berirama lagi. Dia segera memilih profile silent.
“Tapi kenapa awak lakukannya?” celah Khazinatul Asrar.
“Kerana cinta dan harapan……Asrar, saya sebenarnya menaruh impian cinta terhadapnya namun ternyata dia mencintai awak. Sejak pertama kali dia menyuruh saya menghantar nota-nota nie, sejak itulah saya tahu bahawa dia tak pernah mencintai saya bahkan terlalu menyukai awak, Asrar. Dia merapati saya pun hanyalah kerana ingin mengenali awak. Mulanya saya terlalu kecewa dan mendendami awak tanpa rasionalnya. Kuliah yang saya ponteng tempoh hari sebenarnya kerana saya terlalu melayan kekecewaan ini. Saya sedar kesilapan saya dan berjanji untuk membantu Mukhlisin menawan hati awak semata-mata untuk membuktikan pada diri saya sendiri bahawa betapa tidak patutnya timbul perasaan dendam terhadap sahabat semulia awak. Maafkan saya. Harapan saya agar dia akan memiliki awak..” Hijriah menitiskan air mata lagi. Khazinatul Asrar sebak dengan penjelasan itu. Tulusnya hatimu Hijriah. “Hijriah, usahlah menangis begini. Awak tak bersalah apa-apa terhadap saya! Saya yang seharusnya meminta maaf kerana membuat tafsiran yang bukan-bukan. Kerana hanya timbul sedikit rasa dendam, awak diburu rasa bersalah begini…itu sebenarnya cerminan kepada sucinya hatimu Hijriah.” Tubuh itu dirangkul erat. Mekar kembali kuntuman ukhuwwah dan mahabbah.
“Asrar, Mukhlisin seorang lelaki yang baik dan penyayang. Dia mengenali awak sewaktu awak turut dicalonkan mewakili Fakulti Pengajian Islam dalam pilihanraya kampus tahun lepas. Gadis semulia awak memang layak untuknya, Asrar. Hati saya sendiri akur dengan hakikat ini walaupun saya pernah mencintai Mukhlisin. Sekuntum mawar berduri ynag dikagumi sang kumbang… awak memang contoh yang tepat untuk apa yang awak pernah katakan,” raut wajah Hijriah memancarkan keikhlasan. Khazinatul Asrar hanya berdiam diri dengan kata-kata Hijriah. Setelah seketika dia bersuara,
“Hijriah, saya harap saya takkan mengenalinya!”
“Asrar..awak tak nak bagi peluang padanya?” Tanya Hijriah. Khazinatul tidak memberi respond terhadap persoalan itu. Hijriah menyambung lagi,
“Janganlah begitu..Mungkin awak tak suka cara dia approach awak. Yealah, siapa suka dititlekan ‘pencuri’ ?! Tapi itu suatu hakikat…awak memang telah benar-benar mencuri hatinya. Mukhlisin sedar awak memang sukar didekati lelaki tanpa sebarang urusan. Dia sedar bahawa dia tiada alasan untuk mengenali awak kerana tak mungkin dia mempunyai urusan dengan awak. Kalau dia luahkan dalam surat pun tentu awak tak layan. Apatah lagi, mustahil baginya untuk keluar dengan awak. Saya sendiri yang menjadi penasihat utamanya. Sebab itulah dia hadirkan dirinya dalam hidup awak melalui cara ni. Dia tak salah, kan?!” beria-ia Hijriah membela Mukhlisin.
“Cukuplah….saya dah cukup teruji dengan makhluk Allah bernama lelaki sejak di bangku sekolah lagi. Saya takkan tewas lagi! Pengalaman mengajar saya bahawa cinta Allah tak boleh diganti sesiapa. Hanya cinta Allah yang memberi kebahagiaan, bukan
kelalaian dan angan-angan. Cinta manusia sifatnya sementara. Ada yang bersifat dusta. Ada yang melalaikan dari cinta Pencipta. Saya tak nak dipisahkan dari cinta suci Kekasih Agung di saat ini semata-mata kerana cinta sementara manusia.” Luah Khazinatul Asrar agak emosi.
“Pengalaman? Khazinatul Asrar si mawar berduri ni pernah bercinta?” Hijriah cuba mencungkil sesuatu.
“Hijriah, cinta adalah fitrah yang akan dirasai oleh semua orang…sesiapapun takkan terkecuali. Ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah ujuan Allah yang paling berat untuk hamba-Nya bergelar remaja.” Tersirat pengakuan di sebaik kata-kata itu.
“Jadi, benarlah awak pernah bercinta?” Hijriah semakin berminat untuk tahu. Khazinatul Asrar tidak keberatan untuk mencaritakan pengalamannya. Moga Hijriah boleh belajar sesuatu.
“Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka tapi lama-lama saya rasa seronok apabila diminati. Banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta. Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. Hari-hari yang saya lalui terasa lebih ceria apabila saya mengetahui diri saya ini amat dihargai…ramai lelaki rupanya yang concern pasal diri saya. Namun sifat pemalu saya membuatkan saya kelihatan seperti jual mahal jea, hakikatnya hati saya suka. Waktu itu hidup saya penuh dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikkan agar saya melayani surat-surat tersebut. Tapi, Alhamdulillah, berkat tarbiyyah yang saya dapat secara sedar atau tidak di sekolah agama tu, saya rasa malu dan bersalah untuk berbuat begitu biarpun waktu-waktu dalam hidup saya kian dibuai keasyikan. Then, keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya.
Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya? Hanya kegagalan…dan cinta lah punca angan-angan. Saya mula rasa keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati. Bukan secara zohir. Saya tak pernah terjemahkannya. Tapi hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada seluruh anggota badan. Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hatiku ini untuk menadah nur ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya dan cahaya takkan menembusi hati yang berbuat maksiat. Saya rasa lebih bersalah lagi apabila ummi dan abah sedih tengok keputusan peperiksaan akhir tahun saya. Saya cemburu kepada kawan-kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh meninggalkan saya. Saya buntu. Tak tau nak mengadu pada siapa. Saya sedih dengan kesedihan ummi dan abah. Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib kat sekolah, entah bagaimana saya rasa tertarik pada ungkapan CINTA ALLAH.
Menurut ustaz-ustaz dan naqibah, saya dapat simpulkan bahawa CINTA ALLAH tak mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak kenal cinta Allah. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi. Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu. Saya cuba bersihkan hati dengan
mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir qolbi. Tika tu, susah juga nak istiqomah terutamanya tahajjud. Namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-amalan tu, saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya…darah daging saya. Saya mula dapat rasai kelainan pada suasana hati saya. Melihat kawan-kawan yang tak diuji dengan lelaki seperti saya, saya terfikir alangkah indahnya kalau cintaku untuk Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta manusia. Rasa macam bodoh pulak hidup dalam angan-angan cinta, dahlah masih sekolah. Semua tu sia-sia. Buang masa dan boleh tergadai cita-cita. Sweet 17, saya ada azam baru. Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya. Hati saya dah tekad bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Allahlah penentu segalanya. Bukan sekadar akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk bantu saya dalam fatamorgana dunia remaja. Cinta lelaki hanya akan merampas perasaan ini terhadap Kekasih saya. Saya mula concern pada study dan habiskan masa lapang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu kerana saya yakin bahawa tarbiyyah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Pencipta. Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan cinta dan rindu-Nya dalam diri saya yang kosong ni. Saya ingin jatuh cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih bermakna. Hinggalah result SPM diumumkan. Saya menjadi salah seorang top-ten di sekolah. Macam tak percaya! Semuanya kerana cinta Allah sebenarnya. Saya bertambah yakin bahawa cinta Allah tidak mengecewakan. Hanya bila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Kudus dan suci. Sebab itulah di usia ini, cinta Allah tidak boleh dikongsi sesiapa. Itu prinsip saya,” panjang lebar Khazinatul Asrar menceritakan dunia remajanya yang membentuk peribadinya pada hari ini. Hijriah mendengarnya dengan penuh minat dan khusyuk, sepatah perkataan pun dia tidak menyampuk. “Err…awak tak nak kahwin ke? Macam Rabiatul Adawiyyah…” setelah sekian lama membisu, Hijriah mula bertanya dengan muka bodoh. Khazinatul Asrar tersenyum. Manis. “Siapalah saya untuk sehebat Rabiatul Adawiyyah. Cintanya tiada hijab dengan Allah hingga ibadahnya memenuhi setiap saat dan detik. Sebenarnya, saya pun ada cita-cita nak melahirkan ummat Rasulullah. Saya redha jika suatu hari nanti saya perlu sandarkan cinta Allah pada seorang lelaki bernama suami. Cinta sesama manusia itu adalah fitrah kerana memang Hawa diciptakan daripada Adam dan keduanya saling memerlukan. Allah jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah cinta. Awak perlu faham bahawa saya bercakap tentang cinta dalam konteks kita yang masih belajar dan cinta Allah menuntut kita supaya cinta pada ilmu dan tanggungjawab lebih daripada cinta pada lelaki. Kita masih belum bergelar isteri, so tak perlu lagi ada cinta lelaki dalam diri. Cinta pada lelaki hanya khusus dan istimewa untuk lelaki bernama suami sahaja. Andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan tu untuk situasi masih belum bersedia seperti sekarang ni. Bergantunglah harapan itu pada Allah. Luahkanlah rasa cinta apabila kita dah betul-betul bersedia untuk walimah. Barulah banyak pintu syaitan
tertutup. ( )Sucinya cinta kita kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintai-Nya. Lelaki yang mampu membimbing kita yang lemah ni ke jalan yang lebih Allah redhai dan mampu mengemudi bahtera rumahtangga menuju ke negeri abadi,” jelasnya lagi.
“Kalau Mukhlisin tu bakal suami awak?” Hijriah membuat muka bodoh lagi.
“Apa yang awak Tanya ni? Awak masih tak faham dengan penjelasan saya?” Khazinatul Asrar buat-buat marah.
“Takkk…” balas Hijriah spontan.
“Okey, kalau dia adalah lelaki yang ditaqdirkan Allah untuk jadi suami saya, saya redha. Allah Yang Maha Bijaksana menentukan yang terbaik untuk saya. Tapi, untuk situasi sekarang ni, tak perlulah saya nak cakap I LOVE YOU ke, nak ajak dating ke, nak bagi hadiah ke, coz untuk apa semua tu? Untuk ganggu study saya? Untuk bazirkan waktu saya? Untuk tukarkan pemikiran saya dari perjuangan kepada khayalan? Untuk gelapkan hati saya? Untuk lalaikan solat saya? Untuk jauhkan saya dari Allah kerana asyik ingatkan dia? Nau’zubillah. Tahanlah dulu cinta tu sebab Islam suruh tahan pun bukannya lama sangat. Lepas kahwin nanti luahkanlah…cinta sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna! Lagipun, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah insyaAllah akan lebih diberkati Allah. Permulaan yang diredhai insyaAllah akan dibalas dengan keredhaan pula. Dah faham ke Cik Hijriah? Saya dah ngantuk ni… esok kuliah awal tau, 6.30 pagi,” Khazinatul Asrar ingin bebas dari persoalan Hijriah.
“Alah..janganlah ngantuk lagi. Banyak soalan lagi ni!” Hijriah mengeluh. Khazinatul Asrar mendengus perlahan. Dia dapat menduga tentu soalan yang berkisar tentang nama itu lagi akan Hijriah utarakan.
“Asrar, kalaulah Mukhlisin….”
Tatkala mendengar nama itu diulang lagi, Khazitul Asrar pura-pura menguap, tanda mengantuk kononnya. Hijriah mencebik. Dia faham bahawa Khazinatul Asrar tidak mahu lagi memanjangkan perbualan.
Sebenarnya, kehadiran Ahmad Mukhlisin dalam hidup Khazinatul Asrar menambahkan resah dihati. Khazinatul Asrar bingkas untuk berwudhuk.
Tikar sejadah dihamparkan untuk solat taubat, hajat dan istikhoroh. Itulah rutin wajib hidupnya sebelum tidur. Dia sengaja ingin tidur lebih awal bukan kerana kuliyahnya di awal pagi tapi kerana ingin memperuntukkan ruang waktu yang lebih panjang dalam munajat seorang kekasih pada waktu tengah malamnya.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************
Dewan kuliah masih lengang dari pelajar. Khazinatul Asrar yang gemar datang awal agak terkejut dengan kelibat Tsabit yang sedang khusyuk membuat revision. Hari ini, pemuda itu datang lebih awal daripadanya. Kotak memorinya segera mengimbas peristiwa petang semalam. Malunya dia pada diri sendiri apatah lagi pada pemuda itu. Perlahan-lahan dia menyusun langkah sambil memikirkan sesuatu.
“Setiap kesilapan kena minta maaf, takut Allah persoalkan di akhirat nanti,” hatinya berbisik. Dia mula menggagahkan diri untuk berhadapan dengan Tsabit…..langkahnya terhenti berhampiran dengan kerusi Tsabit. Tsabit pura-pura tidak menyedari kehadiran gadis itu.
“Tsabit, saya minta maaf atas kejadian di Cyber Cafe tue. Sya tak patut menuduh awak sembarangan,” buat pertama kalinya Khazinatul Asrar bersuara lembut dengan Tsabit. Matanya tunduk ke lantai. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap pemuda itu. Tsabit cuma tersenyum. Teringin saja digunakan peluang itu untuk mengenakan Khazinatul Asrar.
“Kalau awak nak saya maafkan awak, awak mesti tunaikan satu permintaan saya,” balas Tsabit. Khazinatul Asrar tercengang. Namun dibalasnya pula,
“Selagi ianya tak langgar syariat, insyaAllah akan saya tunaikan..”
“Alah, gurau jea…saya tak pernah marah Khazinatul Asrar saya. Lagipun, perkara kecil jea tu. Awak tak perlu minta maaf. Tapi…bolae saya tahu apa sebenarnya yang telah berlaku ? semalaman saya asyik fikirkan kata-kata awak di Cyber Café tue,” Tsabit tak berani mengenakan Khazinatul Asrar kerana bimbang kemungkinan akan menambahkan kebencian gadis yang penuh hujjah itu. Khazinatul Asrar berasa agak keberatan untuk menceritakan segala-galanya.
“Err..saya rasa ianya hal peribadi. Tak perlulah awak tahu. Cukuplah kalau awak sudi memaafkan saya. Tapi…kasihan awak terpaksa memeningkan kepala berfikir tentang kata-kata saya tue. Cukuplah saya jelaskan bahawa kata-kata tue bukan untuk awak. Saya dah tersilap orang. Maafkanlah saya yea…”
“Maknanya saya bukanlah perompak, kan?” Tsabit menanti jawapan.
“Emm…bukan awak perompak tue. Awak orang baik..” Khazinatul Asrar tidak menghampakan Tsabit. Senyuman Tsabit semakin melebar dengan jawapan itu. Matanya asyik menjeling-jeling ke arah kerusi Hijriah yang masih kosong.
“Eh, Hijriah macam tak datang jea hari nie?” Tsabit bertanya. Khazinatul Asrar dapat menduga ada maksud tersirat di sebalaik pertanyaan itu. Mungkin kekosongan itu nak dipenuhinya.
“Hijriah pasti datang…InsyaAllah. Mungkin dia lambat sikit kot,” Khazinatul Asrar membalas pertanyaan itu dengan jawapan yang yakin meskipun dia sebenarnya kurang pasti mungkinkah Hijriah benar-benar akan datang pada hari itu atau tidak. Sengaja untuk membatalkan niat Tsabit yang mungkin ingin duduk di kerusi Hijriah. Tidak lama kemudian, muncullah Hijriah yang gemar datang lewat ke dewan kuliah. Wajahnya nampak ceria. Khazinatul Asrar menarik nafas lega.
Selepas tamat kuliah, Khazinatul Asrar dan Hijriah berjalan seiringan. Mentari memancar terik sekali. Mungkin hari nak hujan. Mereka singgah terlebih dahulu di cafeteria untuk membasahkan tekak yang kehausan. Selang seketika, kedengaran alunan muzik daripada handset Khazinatul Asrar. Tatkala melihatkan angka 017-3410170 terakam di skrin handset, dia segera menekan butang End pada handsetnya dan menekannya untuk kali yang kedua. Irama itu pun senyap.
“Kenapa?” Hijriah menduga.
“Mukhlisin…” jawab Khazinatul Asrar sambil menghirup horlicks sejuk berais yang dah tersedia di atas meja. Hijriah yang memesannya tadi.
“Kenapa tak nak cakap dengan Mukhlisin? Manalah tahu kalau-kalau ada hal mustahak yang dia nak sampaikan…” Hijriah masih menduga.
“Saya tak kenal pun dia…Jadi, InsyaAllah dia tak ada perkara penting yang nak disampaikan,” bersahaja jawapannya.
“Awak marahkan dia kot…” Hijriah ingin tahu.
“Marah? Untuk apa?” Khazinatul Asrar mengkeriukkan dahinya.
“Pasal nota-nota tue,” duga Hijriah.
“Hijriah….saya dah jelaskan bahawa saya tak kenal pun dia dan….dan saya tak mahu kenal dia!” Khazinatul Asrar masih bersahaja.
“Asrar, walauapapun…awak patut menghormati perasaannya terhadap awak. Tak patut awak buat begini. Saya dapat bayangkan betapa kecwewanya dia bila awak tutup handset awak tue.” Hijriah nampaknya agak kesal. Khazinatul Asrar pula seakan-akan lebih berminat menghirup horlicknya daripada mendengar soal Mukhlisin.
“Mawar memang berpagarkan duri untuk melindungi keindahannya. Tapi, awak tak boleh menolak hakikat bahawa keindahan itu bukankah untuk dihadiahkan kepada kumbang terpilih yang telah Allah janjikan untuk si mawar?” petah Hijriah berhujah. Dia semakin matang menghargai keindahan wanita.
“Tapi…Mukhlisin bukanlah kumbang pilihan tue!” lembut sahaja Khazinatul Asrar menutur kata.
“Itu andaian awak! Siapa yang dapat menghalang kuasa Allah? Asrar, awk bercakap seolah-olah awak dah dimiliki seseorang! Awak sendiri kan tahu bahawa menerima lelaki adalah fitrah hidup kita. Bukankah awak pernah kata kat saya bahawa bercinta tue tak salah. Cuma, memuja cinta itu yang salah. Jadi, apa salahnya kalau awak cuba kenal cinta Mukhlisin? Siapa tahu nama itu yang tertulis di Loh Mahfuz untuk awak,” Hijriah semakin petah berhujah menyebabkan Khazinatul Asrar tersenyum.
“Hijriah…sebenarnya saya tidak mahu menghampiri perkara-perkara yang boleh menyebabkan saya mencintai lelaki di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya bagi saya dan ia tidak boleh dicemari oleh lelaki lain selain dari lelaki yang dijanjikan Allah buat saya….kiranya ada,” Khazinatul Asrar masih bernada lunak dan lembut.
“Lagipun wanitalah yang menjadi pelemah iman lelaki dan kerana wanita
ramai lelaki yang menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangannya sendiri. Saya tidak mahu menjadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah gusarkan yang mana menjadi fitnah kepada lelaki. Ingin sekali saya mentarbiyyahkan diri ini agar menjadi seorang wanita yang bias mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona dengan fitnah wanita. Jadi, dengan menutup ruang perkenalan antara saya dengan Mukhlisin, InsyaAllah serba sedikit terlaksana amanah saya kepada Allah S.W.T untuk menjadi wanita akhir zaman yang tidak menyumbang kepada kelalaian lelaki. Moga-moga ianya boleh mendidik Mukhlisin menjadi insan yang lebih matang dalam menilai harga seorang wanita dan mengenal cinta Allah,” jelas Khazinatul Asrar.
Hijriah tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Tapi dia masih ingin mempertahankan sesuatu.
“Asrar…memang saya akui itu semua. Rasulullah memang ada bersabda:
Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku kepada kaum lelaki selain daripada fitnah wanita. Tapi, Rasulullah juga ada bersabda:
Wanita solehah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Mungkin itulah yang cuba Mukhlisin dambakan dalam hidupnya. Masakan tidak, bukan senang nak mencari seorang wanita solehah yang boleh beristiqomah dengan jubah dan tudung labuh di akhir zaman ni. Saya sendiri masih keberatan nak memilih pakaian sunnah ni sebagai identiti hidup. Mungkin Allah masih tak gerakkan hati saya lagi. Benda yang susah nak dapat nilah, ramai yang berkenan. Jadi, Mukhlisin tak bersalah jika dia cintakan awak. Asrar, tak kenal maka tak cinta!”
“Hijriah…saya bukan tak mahu memberi ruang perkenalan langsung kepadanya. Tapi, dalam konteks sedang belajar apayah lagi di tahun akhir seperti sekarang ini, saya perlukan lebih tumpuan kepada study. Saya mengharapkan agar hati saya bersih supaya ilmu senang nak tembus ke hati dan mendapat pertolongan Allah. Saya rasa percintaan tak sesuai pada saat begini kerana boleh menjerumus kepada kelalaian semata-mata. Terbuka ruang pula kepada syaitan jika tidak dikekang dengan kekentalan iman dan mujahadah. Sekalipun Mukhlisin itu memang dijadikan untuk saya, saya tetap tidak mahu mengenalinya lagi untuk situasi ini..biarlah saya graduate dulu..sebab itu adalah amanah keluarga yang perlu saya utamakan. Utamakan cita-cita sebelum cinta!” tegas Khazinatul Asrar.
“Awak langsung tidak mahu memberi peluang kepada Mukhlisin. Itu sebabnya awak memberi alasan begini. Betul tak?” dengus Hijriah.
“Hijriah,…saya tak bermaksud begitu,” bela Khazinatul Asrar pada dirinya sendiri.
“Tapi saya tak faham dengan prinsip awak! Bagaimana mungkin awak boleh menjadi isteri Mukhlisin kalau awak tak mengenalinya. Itu mustahil. Awak harus kenal dulu hati budinya supaya cinta boleh berputik,” Hijriah mencetuskan pendapatnya lahi.
“Maksud awak?” Khazinatul Asrar pula yang keliru dengan pendapat Hijriah yang sebenarnya.
“Kenali Mukhlisin kemudian bercintalah…tapi jangan memuja cinta hingga terbawa-bawa dalam solat. Cinta kerana Allah!” jawab Hijriah.
“Hijraih…memang setiap ikatan ada permulaannya…”
“So, tindakan awak ni salah!” dihentamnya Khazinatul Asrar.
“Nanti..tak habis cakap lagi ni! Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi. Tapi sayang, manusia sering lupa pada Allah. Apabila Allah telah pertemukan seseorang yang menambat hatinya, dia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan pasrahkan harapan pada Allah. Dia terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan. Hatinya diselubungi khayalan dari nama Ar-Rahman. Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah. Itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya. Tidak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak syaro’, bukan di atas landasan Allah. Penuh khayalan dan kelalaian daripada mengingati Allah! Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang oleh-Nya. Padahal Dialah mengatur pertemuan melalui apa saja cara. Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan insan seistimewa si dia, kita tak patut mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta kita dikawal oleh syaro’ . Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok kelibatnya selalu…hinggakan kalau boleh tengok atap kolejnya saja, itupun dah mengubat rindu. Semua ni khayalan. Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia yang selalu digilakan itu akan menjadi teman hidup. Kalau reality ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang diperuntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami. Sepatutnya, agungkanlah Allah kerana sudi menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan pada-Nya,” Khazinatul Asrar merungkai simpulan persoalan.
“Okey, sekarang ni Allah dah temukan Mukhlisin seorang gadis bernama Khazinatul Asrar kerana dia yakin gadis itu adalah sebaik-baik pilihan untuknya. Si gadis itu pula tak nak mengenalinya sedangkan dia masih tak tahu betapa istimewanya pemuda itu. Bagaimana saling bercinta kerana Allah akan bermula dalam situasi ini? Entah-entah selamanya si pemuda tu bertepuk sebelah tangan jea,” Hijriah masih keliru.
“Situasi inilah yang menguji sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah. Dan menguji adakah kita masih mempunyai krisis keyakinan pada Allah. Dalam konteks sekarang, biarlah saya menilai cinta Mukhlisin yang sebenar. Kalau benar-benar dia cintakan saya kerana Allah, bukan dengan cara nak mendekati saya selalu dan asyik merindui saya. Itu memang fitrah yang harus diiringi mujahadah. Sepatutnya, dia mendahulukan ummi dan abah saya untuk membuktikan betapa seriusnya dia. Kalau cara ini dianggap susah, tidak salah untuk dia berterus-terang pada saya sendiri tapi biarlah dengan tujuan agar saya sekadar tahu hasrat hatinya bukannya bertujuan agar dapat dapat menghubungi dan berjumpa dengan saya selalu. Itu tidak syaro’! dia harus menganggap perasaan cintanya itu hanya sebahagian kecil daripada kehidupannya kerana masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan sebagai
seorang pelajar. Lagipun, tak confirm lagi bahawa perasaan itu akan direstui oleh Allah atau tidak kerana mungkin Allah menjanjikan orang yang lebih baik lagi untuknya. Takutlah untuk terlalu sayang pada seseorang kerana mungkin dia akan menjadi orang yang paling dibenci. So, selepas berterus terang, yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri dari mempunyai hubungan dengan Allah. Bila dah benar-benar rasa bersedia, terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Yakinlah pada Allah dan pasrah pada qodo’ dan qodar-Nya. Allah Maha halus perancangan-Nya,” Khazinatul Asrar mengambil nafas.
“Tapi, kalau buat macam tu pun tak dapat jugak?” Hijriah masih mempersoalkannya.
“Kerana memang itulah ketentuan Allah! Manusia hanya mampu merancang, Allah jua merancang serta menentukan dan perancangan-Nya jauh lebih baik.
Redholah dengan qodo’ dan qodar. Mungkin Allah ingin jodohkan dengan orang yang lebih sepadan dengannya dari pelbagai segi seperti perangai yang sama, citarasa yang sama atau sebagainya. Dia lebih mengetahui. Yang penting, kita sentiasa utamakan keredhaan Allah dalam setiap tindakan. Cinta Allah takkan mengecewakan. Bila kita utamakan Allah dalam hidup kita, insyaAllah Allah akan utamakan kita pula untuk menjodohkan kita dengan seseorang yang turut mencintai-Nya,” Khazinatul Asrar berharap agar Hijriah akan faham.
“Tapi, kesianlah Mukhlisin kalau tak dapat memiliki awak. Saya pun akan kecewa kerana saya memang berharap awak akan menjadi isteri Mukhlisin agar bolehlah saya tinggal berjiran dengan awak sepanjang hidup saya,” luah Hijriah akhirnya.
“Hijriah…” belumpun sempat Khazinatul Asrar meneruskan kata-kata, Hijriah mencelah mengajaknya pulang. Malas dipanjang-panjangkan lagi perbualan. Khazinatul Asrar menggeleng-gelengkan kepalanya. Barulah dia faham kenapa sebenarnya Hijriah beria-ia benar mendesaknya mengenali Mukhlisin. Kasih seorang sahabat.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************
Hari hujung minggu itu, Khazinatul Asrar ingin berehat-rehat sahaja di biliknya. Puas Hijriah mengajaknya bersiar-siar di sekitar ibukota tetapi ditolaknya. Persembahan anjing laut dan burung kakak tua di Zoo Negara memang merehatkan fikiran dan aktiviti yang menarik untuk dikunjungi. Itu juga tidak menarik hati Khazinatul Asrar. Letih…itulah alasannya. Hijriah tidak berkecil hati kerana dia faham dengan kesibukan Khazinatul Asrar dalam hari-hari yang dilewatinya. Biarlah kalau dia ingin berehat. Lagipun Humaira’ dan Fadhila yang pantang diajak berjalan tu dah pun bersedia menemaninya, teman sekuliyah yang sangat memahami hobi Hijriah. Tidaklah Hijriah keseorangan tiap kali hobinya mendesak untuk bersiar-siar.
Ketenangan pagi itu diisi oleh Khazinatul Asrar dengan melewati e-mailnya. Komputer peribadi berinternet itu memang teman tiap kali kelapangan.
Khazinatul Asrar agak berdebar-debar apabila alamat terbaru yang tertera di skrin komputernya ialah…
:-For Syauqah-wardah@hotmail.com
:-From Mukhlisin@hotmail.com
tetikus digerakkan perlahan-lahan untuk meneruskan bacaan di skrin komputer. Mouse pointer terus mengarahkan helaian diangkat lagi. Ada garis debaran dan persoalan di wajahnya.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Assalamualaikum…
Khazinatul Asrar{Khazanah segala kerahsiaan}.
Indah namamu seindah dirimu!
Kau memang menyimpan kerahsiaan…rahsia sekeping hati yang takut pada Ilahi. Di sebalik tabir dirimu, rahsia itu terus tersembunyi agung. Lantaran rahsia keindahan yang cuba kau pertahankan itu membuatkan aku rasa tercabar untuk memilikimu. Siapa yang tidak sukakan keindahan yang terpelihara?
Jikalau kau diciptakan sebagai sebutir mutiara. Kau adalah mutiara yang bersinar gemilang jauh di dasar lautan. Bukanlah mutiara yang terdedah menjadi perhatian umum. Jatuh nilainya.
Jikalau kau diciptakan sebagai sekuntum bunga. Sudah tentu kau adalah bunga mawar yang mempunyai syauqah (duri). Dari kejauhan sudah bersinar gemerlap keindahan bersama gemersik aroma yang harum mewangi. Sentiasa menjadi angan-angan setiap kumbang meskipun gentar dan sukar untuk didekati.
Khazinatul Asrar, kaulah wanita pertama yang bertakhta di hatiku ini. Insan yang menjadi idaman untuk menjadi teman hidupku semulia Khadijah, lambang sebuah kecintaan. Kau ibarat mawar yang sedang mekar di Taman Islam. izinkan aku menyunting dirimu kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Aku diciptakan untuk menjadi seorang doktor yang merawat fizikal manusia. Oleh itu, ingin sekali untukku memiliki seorang permaisuri yang juga seorang doctor…doctor yang merawat keperibadian insan.
Khazinatul Asrar…sudilah kiranya kau menerimaku untuk menjadi teman hidupmu dalam meredah musafir hidup yang masih panjang menuju negeri yang abadi. Di situlah destinasi cintaku yang pasti. Aku melamarmu…
Pemuda ikhlas,
MUKHLISIN
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Bintik-bintik peluh mula bertamu di dahi. Keresahan mula melingkar di tangkai naluri. Pantas tangannya melarikan tetikus supaya mouse pointer segera mencari ruangan shut down. Kegelisahan yang berpintal menjemputnya sembahyang sunat dhuha lebih awal. Dia mendamba petunjuk dan kekuatan daripada Allah S.W.T.
Jiwanya semakin resah dan membengkak apabila terbayang wajah dua insan tercinta yang terlalu berharap agar dia dijodohkan dengan Asyraf. Keluarganya dan keluarga Asyraf terlalu akrab bagaikan saudara. Jurutera komputer lulusan United Kingdom itu memang terlalu disayangi oleh ayahbonda Khazinatul Asrar.
Walaupun Asyraf sudahpun dianggap bagaikan abang kandung sendiri, namun tergamakkah nanti untuknya mengecewakan hasrat ibubapa Asyraf, lebih-lebih lagi ayahbondanya sendiri sudah pun merestui Asyraf. Yang pasti, Asyraf tiada di hatinya.
“Oh Tuhan, jangan biarkan keadaan mendesakku untuk menggugat kesetiaan cintaku yang didasari cinta-Mu,” rintih Khazinatul Asrar dengan rintihan yang tersirat dengan kerahsiaan. Cintanya seakan-akan milik seseorang.
Tok,Tok,Tok! “Assalamualaikum…”
Munajatnya pada Allah S.W.T terganggu dengan kehadiran seseorang. Baju sembahyang dipecat dari tubuhnya sambil mempersilakan masuk. Pintu biliknya terkuak perlahan. Tercegat Syaqiera di muka pintu sambil tangannya disembunyikan di belakang. Siswi tahun dua Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat itu memang suka berkeadaan begitu.
“Kak Asrar, ada sorang abang tue suruh saya bagi sesuatu pada akak…” sambil tangannya diubah ke depan. Sejambak mawar merah yang sedang mekar dan masih segar dengan batangnya hijau berduri diserahkan kepada Khazinatul Asrar. Cantik menawan.
“Ehem…ehem…” Syaqiera mengusik sambil cepat-cepat berlalu di saat Khazinatul Asrar baru sahaja nak mengucapkan terima kasih kepada adik usrahnya itu. Tak sempat. Sekeping nota kecil berbentuk love yang diikat dengan reben merah jambu terselit di celah jambangan itu. Kencang degupan jantung Khazinatul Asrar untuk mengetahui pengirimnya nemun digagahikan jua jari-jemarinya membelek nota kecil itu. BismillahirRahmanir Rahim.
&&&
Khazinatul Asrar, aku ingin kau tahu bahawa aku benar-benar tertawan hati pada dirimu kerana Allah S.W.T…
Tsabit El-Hussainie Ibni El-Mubarakie.
&&&
Belum pun terubat resah hatinya dengan kehadiran e-mail Mukhlisin.
Keresahan baru pula yang bertandang. Hatinya bertambah-tambah resah. Kenapakah Khazinatul Asrar perlu resah begitu???
Jambangan itu disembunyikan sahaja di dalam almarinya. Dia dapat menafsirkan betapa remuknya hati Hijriah kalau dia tahu anak Duta Libya yang menjadi pujaan hatinya selepas Mukhlisin rupa-rupanya menaruh hati kepada temannya sendiri. Hijriah tentu sekali sukar menelan hakikat yang sama. Apatah lagi, layanan baik Tsabit selama ini memang mengharuskan Hijriah membina impian kasih terhadapnya. Tidak disedari, manik-manik jernih membasahi pipinya. Mungkin Kau ingin mengujiku dengan dugaan ini…
Diambilnya al-Quran tafsir Arabic, pemberian seseorang dari sisi bantalnya. Telah dua tahun lamanya al-Quran itu menjadi miliknya. Di balik zip al-Quran itu tersimpan sehelai lipatan kertas berwarna hijau pucuk pisang. Telah dua tahun lamanya juga helaian itu tersimpan di situ tanpa diusik. Hatinya tergerak untuk menatapi lagi helaian itu setelah sekian lama menjadi khazanah. Helaian itu bagaikan meminta-minta agar ia dibuka.
Assalamualaikum…
Ukhti fi al-Islam,
Ana doakan agar helaian ini jauh dari fitnah syaitan laknatullah apatah lagi dari murka Allah S.W.T. Walaupun terlalu berat rasa hati untuk menulis surat ini namun ana yakin bahawa ana telah digagahi oleh Allah S.W.T jua untuk melakukannya setelah ana istikharah beberapa kali. (Astaghfirullah…moga ianya bukan riya’ ) Ana tidak berniat memanjangkan kalam, biarlah ana terus focus pada apa yang nak ana sampaikan..
Ukhti,
Ana tidak mampu lagi menanggung resah di hati setelah mengenali keperibadian, agama dan perjuangan ukhti yang memang menepati ciri-ciri wanita idaman setiap mujahidin. Kenapakah terlalu awal perasaan ini hadir dalam hidup ana? Ana takut perasaan ini membuka lembaran baru bagi syaitan untuk melalaikan perjuangan ana dan menjarakkan ana dari mengingati Ar-Rahman. Lantaran itu, ana cuba untuk melupakan perasaan ini buat sementara waktu tapi hati ana terus dirasuk kebimbangan bahawa jika ana tidak berterus-terang, ana akan kecewa nanti. Ana akur bahawa ana tewas pada perasaan sendiri. Akhirnya, ana hadirkan jua surat ini supaya ukhti tahu bahawa setelah habis belajar nanti, ana menanti ukhti untuk dijadikan pembantu perjuangan di sayap kiri. Cukuplah sekadar ukhti tahu.
Ukhti,
Ana harap ukhti takkan membalas surat ini kerana bimbang ianya akan menambahkan noda hitam di hati ana lantaran teringatkan ukhti. Allah lebih berhak untuk kita ingati di usia ini.Perasaan ana terhadap ukhti pun anugerah dari Allah S.W.T jua. Jesteru, wajarlah ana memelihara batasan yang Dia gariskan. Doakan agarana tidak meletakkan cinta ana kepada ukhti mengatasi cinta kepada-Nya. Dan ana nasihatkan kepada ukhti seendiri tidak perlu terlalu memikirkan hal ini. Masih banyak perkara lain lagi yang perlu ukhti fikirkan terutamanya amanah kita sebagai penerus manhaj tarbiyyah di bumi UKM ini.
Ukhti,
Ana harap ukhti jelas bahawa kehadiran surat ana ini sekadar untuk memberitahu hasrat ana terhadap ukhti selepas habis belajar nanti. Ana tetap berpegang pada prisip bahawa perasaan cinta terhadap seseorang tetap tak menghalalkan ana untuk mengetepikan Allah S.W.T dalam setiap tindakan sepanjang tempoh belajar ini. Ana juga langsung tak berniat untuk memaksa ukhti menerima ana. Terserahlah kepada ukhti sendiri…Kalaulah ukhti memang diciptakan untuk ana, ana serahkan ukhti dalam jagaan Allah S.W.T. moga Allah jua yang akan mempermudahkan jodoh pertemuan dengan ukhti nanti. Walaubagaimanapun, put your trust in Allah. Ana redha pada ketetapan
Allah yang bakal kita hadapi…Dialah sebaik-baik Perancang!
Pengemis cinta Ilahi…
“Ya Allah…aku tak pasti samada Kau benar-benar meredhai cintaku pada-Mu ataupun tidak dengan mendatangkan ujian demi ujian cinta silih berganti. Aku sedih dengan suasana hatiku yang sering berbolak-balik dan kadang-kadang hampir ditewasi cinta lelaki. Jahatnya hati sebegini! Ya Allah, andai hati yang ada ini jauh dari-Mu, maka tukarkanlah hati ini dengan hati yang mencintai-Mu. Aku tidak sanggup hidup tanpa cinta-Mu…”Khazinatul Asrar bermunajat pilu. Teringat pula pada madah Abdul Ghani, penyair sufi yang fasih di lidahnya.
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
Irama handset menyentak lamunannya. Ada message dari Faranaqwiah, salah seorang perwakilan pelajar sepertinya.
&&Usrah pimpinan PMUKM, 5.30 ptg ini.&&
-Faranaqwiah-
“InsyaAllah, saya akan datang!” bisik hati Khazinatul Asrar. Dia membuka almarinya untuk mencari fail Timbalan Exco Perhubungan Luar yang dipegangnya. Ada urusan yang perlu dirujuknya. Serentak dengan itu jambangan mawar berduri pemberian Tsabit yang mengharumkan almari menarik perhatiannya.
“Kalaulah kau untuk Hijriah, tentu tika ini kau makin mekar di dalam pasu.”
Khazinatul Asrar berbicara dengan jambangan mawar. Sedih melihatkan ia mungkin layu tersorok di situ. Punggungnya mula dilabuhkan di tempat study Hijriah. Sebuah frame di situ begitu berseri menghiasi meja. Gambar menterjemahkan bagaiman akrabnya Hijriah dan dirinya sama-sama riang mengukir kenangan di Taman Sri Teruntung. Sepasang anak monyet yang comel juga turut berkongsi keceriaan mereka di dalam gambar itu. Khazinatul Asrar tiba-tiba tertawa sendiri apabila mengimbas kembali kenangan manis di pusat rekreasi yang masyhur di Kuantan itu. Masih segar lagi diingatannya bagaimana Hijriah hampir menangis apabila anak monyet comel dan jinak yang didukungnya tiba-tiba sahaja melarikan handbeg dan dibawa ke atas pokok. Keadaan semakin cemas apabila si monyet itu mula bertindak menyelongkar handbeg nun jauh di puncak dahan. Mereka berdua bimbang takut-takut ada dokumen-dokumen penting yang dikoyaknya. Pantas mereka berdua mendapatkan penguasa yang bertugas. Apabila anak monyet itu melihat seorang penguasa mengacukan kayu ke arahnya sebagai amaran, segera dicampaknya handbeg
Hijriah ke bawah. Namun ia sempatjuga mengambil bedak compack di dalam handbeg itu. Kemudian, telatahnya yang mula membedakkan mukanya dengan bedak compack itu menarik perhatian pengunjung-pengunjung lain. Ianya sungguh menggelikan hati sehingga kebimbangan mereka berdua menjadi bahan ketawa seterusnya mencipta kenangan indah.
“Aku sayangkan engkau Hijriah,” hatinya merintih sayu.
Buku-buku Hijriah yang tersusun rapi di atas meja pula yang direnungi. Khazinatul Asrar tertarik pada sebuah buku nota berwarna purple susu, pada covernya dilekatkan dengan gambarnya. Dia tersenyum dan merasa terpanggil untuk membelek buku itu. Rupanya bingkisan hati yang mengisi ruangan.
**Tsabit…indahnya hidupku andai akulah teman dan ratu dalam mahligaimu. Aku ingin mencari teduhan syurga di bawah tapak kaki seorang suami sepertimu.
Di saat ini biarlah aku simpan sahaja perasaan ini. Cinta yang lahir di hatiku, anugerah Allah S.W.T ini akan ku pelihara agar tidak dicemari dengan kelalaian dan bisikan syaitan. Tidak perlu untukku terlalu memuja cintaku ini kerana ku sedar bahawa Penciptamu lebih berhak untuk ku cintai. Aku mempunyai impian untuk menjadi seorang isteri yang bisa menyemarakkan rasa kecintaan kita pada Islam dan perjuangan. Itulah hakikat cinta yang ku pelajari dari Khazinatul Asrar, sahabatku.
**Asrar…kaulah teman yang tak mungkin ada pengganti. Terima kasih kerana banyak memimpin hidupku dari derasnya arus keduniaan yang melingkari hidupku sebagai anak kota. Kau jugalah yang mengajar aku tentang hakikat cinta. Cinta bukanlah alasan unutk menurutkan nafsu bermesra dan berfoya-foya tanpa perbatasan syariat. Cinta sejati adalah cinta yang tak dicemari kemurkaan Allah dan terpelihara kesuciannya hingga syariat menghalalkan.
Cinta itulah yang akan aku hadiahkan kepada insan bernama Tsabit El-Hussainie Ibni El-Mubarakie…
Buku itu ditutup rapat. Khazinatul Asrar tidak sanggup menghabiskannya hingga ke noktah terakhir. Dia terharu dengan pendirian Hijriah tentang cinta yang selama ini sering didamba-damba olehnya. Patutlah sejak kebelakangan ini dia kelihatan banyak berfikir dan kurang bertanya pasal Tsabit. Rupa-rupanya, jauh di sudut hatinya tersimpan satu azam cinta yang kudus, mengharap cinta yang diredhai-Nya.
“Moga Allah merestui impianmu…”hatinya berbisik penuh pengharapan.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Tik…tik..!” handsetnya memberi petanda bahawa satu message diterima. Khazinatul Asrar yang sedang mengenakan tudung, pantas mencapainya.
“Asrar, ana tunggu enti kat lobi nie..cepat sikit yea!”
-Farahnaqwiah-
Khazinatul Asrar bergegas turun ke lobi. Beberapa buah fail didakapnya. Langkahnya kali ini nampak longlai dan lemah. Setibanya di lobi, dia memberi salam kepada Faranaqwiah sambil berjabat tangan.
“Eh, Asrar..panasnya tangan! MasyaAllah, pucatnya bibir enti! Wajah pun macam orang tak bermaya. Enti sakit ke?”Faranaqwiah terperasan perubahan pada wajah Khazinatul Asrar yang tidak seceria selalu.
“Alahamdulillah, ana sihat jea. Cuma suhu badan tiba-tiba naik sikit. .InsyaAllah, demam ni tak lama…” Khazinatul Asrar cuba menghilangkan kebimbangan Faranaqwiah. Namun, Faranaqwiah tidak berpuas dengan jawapan itu. Dijamahnya dahi Khazinatul Asrar sambil berkata,
“MasyaAllah,demam panas n! Jomlah ke klinik dulu..”
“Alah, sikit jea! InsyaAllah ana boleh bertahan lagi. Ana tak mahu kita lewat ke usrah pimpinan…dari segi fiqh aulawiyyat, mana yang patut kita utamakan?” tolak Khazinatul Asrar. Dia memang tak suka memanjakan sangat dirinya apabila sakit.
“Ana tak kira, ana tetap nak bawa enti ke klinik dulu! Panas sangat suhu enti ni, Asra..bukan biasa-biasa!” tegas Faranaqwiah. Khazinatul Asrar akhirnya terpaksa akur dengan saranan itu.
Sementara itu di salah sebuah dewan kuliah, barisan pemimpin muslimat sudah sedia dalam soffnya. Seketika kemudian, soff pimpinan muslimin pula dipenuhi. Presiden Pelajar PMUKM, al-akh Mustaqhim Al-Qordrowi bin Tay Leong Muhammad kelihatan begitu segak dan berwibawa melangkah ke hadapan. Kepimpinannya memang cukup disegani. Usrah yang dikendalikannya diakui sangat terkesan di hati, menambahkan keimanan, menaikkan semangat juang dan menyedarkan dari kealpaan. Dia bercakap dari hati, bias menembusi tiap hati yang mendengarnya.
Selepas 15 minit berlalu, urusan mengambil ubat selesai.
“Asrar, enti baliklah berehat. Kan doktor dah cakap tadi, enti perlu banyakkan rehat…badan enti tu dah terlalu letih,” pujuk Faranaqwiah.
“Tak apalah Fara, ujian sikit jea Allah bagi nie! InsyaAllah sebagai pengkifarah dosa. Orang mengaku pejuang tak boleh memanjakan sangat dirinya. Rasulullah lagi teruk diuji dengan peperangan…Takkan demam sikit ni pun nak dijadikan alasan untuk tinggalkan usrah tu..rugilah ana nanti..” Khazinatul Asrar tidak mahu mengalah. Kali ini, Faranaqwiah pula terpaksa akur pada kemahuan Khazinatul Asrar setelah puas dipujuknya agar pulang berehat. Dia memahami semangat cintakan ilmu yang Khazinatul Asrar miliki.
Setibanya di dewan kuliah, seangkatan pimpinan usrah sudah pun bersiap sedia dalam soff mereka. mantap. Presidennya sedang lantang berucap di hadapan.
Khazinatul Asrar dan faranaqwiah menggagahkan jua untuk menyertai mereka walaupun terpaksa bertebal muka kerana datang lambat. Sebaik sahaja ketibaan mereka dalam saff itu, al-akh presiden berhenti berucap secara tiba-tiba. Mereka berdua berasa serba salah kerana telah mengganggu kelancaran majlis.
“Sekali lagi ana nak memberi peringatan bahawa orang yang memikul amanah membawa risalah dakwah sepatutnya menjaga peribadi diri dari semua segi untuk dijadikan qudwah hasanah. Terutamanya dari segi ketepatan masa. Masa dalam hidup pejuang lebih sedikit daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Allah S.W.T sendiri memberi peringatan tentang masa dalam al-Quran. Sepatutnya, ana tak perlu lagi mengulangi peringatan ini kepada orang yang bergelar pemimpin kerana dia sepatutnya lebih bijak memimpin masa sendiri..” sinis dan tegas Mustaqhim Al-Qordhowi menegur kelewatan Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah. Ketegasan memang sudah sebati dalam peribadi Presiden itu apabila berhadapan dengan kesilapan.
“Maafkan ana..mungkin enti berdua masyaqqoh. Boleh bagi alasan?” Mustaqhim Al-Qordhowi bersuara lagi. Kali ini lebih berdiplomasi. Sebagai presiden, dia memang bertanggungjawab memastikan kualiti disiplin setiap pimpinan pelajar yang membawa imej Islam di mata UKM.
“er..tadi..” Faranaqwiah cuba menjelaskan tetapi dipotong oleh Khazinatul Asrar.
“Ana yang menyebabkan Faranaqwiah lambat! Ana minta maaf atas kelewatan ini dan bersedia menerima mua’qobah. Teruskanlah majlis untuk menghormati masa…” pinta Khazinatul Asrar. Dia tidak mahu demamnya diheboh-hebohkan kerana mungkin akan merisaukan teman-teman seperjuangan yang lain.
“Nampaknya enti berdua tiada alasan..ana taklifkan istighfar 1000 kali setiap hari selama seminggu. Amanahlah pada diri sendiri kerana Allah Maha Mengetahui,” tegas presiden itu dengan nada serius. Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah akur dengan taklifan itu tanpa sebarang rungutan. Bagi mereka, mungkin itu hanyalah sebagai asbab dari Allah S.W.T untuk mendidik mereka memperbanyakkan istighfar.. berbaik sangka dengan Allah.
….dakwah adalah penerusan dan kesinambungan misi dan visi abadi daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat. Mempertikaikan mesej dakwah dengan berselindung di sebalik perbezaan persatuan dan kesibukan belajar bererti meneruskan sikap anarkis terhadap hidayah dan kebenaran. Sebagai mahasiswa apatah lagi sebagai wakil pelajar dalam PMUKM, kita perlu lebih berani dalam menyatakan pendirian menegakkan al-haq. Perlu sentiasa diingat, kekentalan dalaman akan melahirkan keberanian. Solat tahajjud dan al-Quran jangan sesekali dianggap asing dalam kehidupan seharian. Pada dua senjata pejuang ini tersirat rahmat dan kasih sayang yang agung dari Allah S.W.T.
Ingatlah tanpa iman, ilmu, amal, istiqomah dan mujahadah perjuangan yang kita laung-laungkan sebenarnya tiada wawasan dan arah. Tanpa rasa cinta pada ukhuwwah dan jemaah usah namakan diri sebagai penyokong dan pendokong wehdah. Persefahaman dan kesatuan adalah sangat penting untuk mewujudkan jemaah yang
quwwah. Pengorbanan adalah lumrah. Jalan dakwah yang kita pilih ini tidak pernah menjanjikan hamparan permaidani merah malah penuh ranjau dan duri kerana ketahuilah jalan menuju ke neraka itu indah dan mengasyikkan sebaliknya jalan menuju ke syurga adalah menyakitkan. Selagi Allah adalah matlamat utama hidup kita dan selagi tiap tingkahlaku kita berteraskan fardi Muslim, selagi itilah kita masih di jalan yang benar ini. Wawasan kita adalah jelas dan pasti bukannya setakat wawasan 2020 tetapi wawasan kita nun lebih jauh ke hadapan mengejar wawasan akhirat yang kekal abadi…………………”
Laungan takbir oleh soff pimpinan Muslimin mengiringi noktah akhir ucapan Presiden PMUKM. Kalimah agung itu begitu gah bergema menggegarkan dewan. Usrah itu berakhir pada pukul 6.35 petang. Selepas mengemas buku catitannya, Khazinatul Asrar berjalan seiringan dengan Faranaqwiah menuju ke kamsis masing-masing. Kali ini langkahnya lebih bersemangat berbanding sebelumnya walaupun suhu badannya masih di takuk lama, semangat Islam yang bersemarak di dalam dada mujahidah.
“Saudari!” satu sapaan kuat membuatkan Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah berpaling serentak ke belakang. Sebuah kereta Perdana sedang berhenti beberapa meter dari mereka. kelihatan di dalamnya seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang tersenyum. Orangnya nampak bergaya. Hebat. Macho.
“Siapa tu?” Khazinatul Asrar bertanya Faranaqwiah.
Faranaqwiah mengangkat bahu sebagai isyarat tidak tahu. Kereta itu terus bergerak semakin mendekati mereka. lelaki itu memberi salam dengan sopan. Salamnya dijawab perlahan.
“Encik ni nak jumpa siswi kat sini ke?” Faranaqwiah memberanikan diri untuk menduga. Lelaki itu hanya mehjawab dengan seulas senyuman kepada Faranaqwiah. Dia pula yang mula bertanya.
“Saudari nie, Khazinatul Asrar kan?” telunjuknya menghala ke arah Khazinatul Asrar.
“Ya, saya!” spontan Khazinatul Asrar menjawab.
“Err…saya Mukhlisin…Ahmad Mukhlisin! Saya datang ni sebab nak minta maaf pasal nota-nota tue.”
Khazinatul Asrar agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu tetapi dia kelihatan tenang mendengar kenyataannya.
“Hijriah cakap, awak tak suka cara saya approach awak. Saya mula rasa bersalah dan nak minta maaf. Boleh awak maafkan saya?” wajah Mukhlisin bersarat harapan.
“Lupakan…em, kalau dah tak ada apa-apa lagi, kami pergi dulu ya. Bimbang kalau mendatangkan fitnah pula,” Khazinatul Asrar sudah bersedia mengatur langkah. Dia ingin segera mengakhiri episod itu. Pandangannya dilontar ke dewan tempat usrahnya diadakan tadi seolah-olah dirasakan ada seseorang yang melihat mereka. Seseorang yang mungkin curiga dengan situasi itu.
“Nantilah dulu…bukannya senang untuk saya berpeluang sebegini. Give me some minutes, please!” wajah Mukhlisin menterjemahkan betapa besarnya harapan. Khazinatul Asrar memandang Faranaqwiah. Faranaqwiah mengangguk perlahan
sebagai isyarat supaya diberi ruang dan peluang kepada lelaki itu. Mukhlisin memandang Faranaqwiah dengan senyuman terima kasih.
“Betulkah awak dah benar-benar memaafkan saya?” Mukhlisin masih curiga.
“Saya tak suka mendendami sesiapa…” balas Khazinatul Asrar.
“Tapi, awak macam masih marahkan saya! Berpuluh kali saya call tapi tinggal miss called jea,” luah Mukhlisin.
”Awak takut saya marahkan awak?” duga Khazinatul Asrar, makin berani.
“Tentulah…” pantas Mukhlisin menyahutnya.
“Kenapa?” Khazinatul Asrar masih menduga.
“Supaya awak tak bencikan saya…” jawab Mukhlisin.
“Sepatutnya awak lebih takut kalau Allah S.W.T yang marah supaya Allah tidak benci…” tegas bicaranya.
“Sekali lagi saya minta maaf. Saya tak berniat nak mempermainkan awak. Niat saya baik. Ikhlas kerana Allah!” Mukhlisin membela diri.
“Siapalah kita untuk menilai keikhlasan sendiri. Ikhlas ke tak ikhlas ke, itu urusan Allah, Allah Maha Mengetahui. Muhasabahlah balik tujuan awak untuk mendekati saya kerana dalam sedar ataupun tidak mungkin ianya didasari nafsu semata bukan atas pertimbangan akal,” Khazinatul Asrar masih bernada tegas.
“Awak meragui keikhlasan saya?” soal Mukhlisin.
“Sya tak bermaksud begitu. Sekadar ingatan dan langkah berhati-hati. Lagipun saudara adalah orang asing dalam hidup saya, memang menjadi haq saya untuk meragui setiap orang yang asing.”
“Khazinatul Asrar…salahkah saya cuba untuk mengenali gadis yang baik untuk dijadikan isteri?” redup wajah Mukhlisin. Faranaqwiah tertunduk malu dengan kenyataan itu. Khazinatul Asrar masih mampu bertegas.
“Tak ada hokum yang mengatakannya salah. Tapi saudara kena ingat. Matlamat tak menghalalkan cara.
Cara mestilah syaro’ mengikut lunas-lunas agama.” Jelasnya lembut kali ini nemun kenyataannya masih tegas.
“Okeylah, okeylah…saya tak berniat berdebat apa-apa dengan awak. Cuma, saya ada satu permintaan. Mungkin yang pertama dan terakhir. Begini… saya ada perkara penting yang nak dicakapkan dengan awak, Khazinatul Asrar. Dah banyak kali saya cuba hubungi handset awak tapi nampaknya awak tak sudi langsung nak menjawabnya. Mungkin awak rasa saya nak mengganggu lagi. Itu silap saya sendiri kerana nota-nota tue. Tapi,saya harap sangat-sangat kita boleh jumpa malam ni, boleh kan?” ajakannya memang bersungguh-sungguh. Sinar matanya memancar harapan.
“Maafkan saya, saudara! Berjumpa tanpa urusan yang munasabah antara lelaki dan perempuan bukanlah prinsip hidup saya. Saudara mungkin tersilap orang untuk diajak keluar,” nadanya lembut namun tegas.
“Habis tue, takkan saya tiada peluang langsung untuk mengenali awak?” Mukhlisin berasa hampa dengan penolakan itu.
“Saudara…untuk apa kita saling mengenali? Ianya hanya memberi kesempatan kepada syaitan untuk memudahkan kerjanya melalaikan manusia,” tegasnya lagi.
“Tapi ini soal hati dan perasaan, bukan mainan. Saya tahu…saudari sebenarnya tak mahu mengenali saya kerana saya tak layak mengenali saudari, kan?” terluah satu kekecewaan dan kekesalan.
“Maafkan saya. Saya langsung tak berniat memperkecilkan saudara. Antara kita tiada lebihnya melainkan darjah ketaqwaan yang semuanya menjadi urusan Allah. Siapalah diri saya untuk berlaku sombong…Saudara, saya buat begini semata-mata mengharap naungan keredhaan Allah untuk kebaikan kita bersama. Lagipun, saudara tak bimbangkah pada amaran Rasulullah bahawa mengenali seorang wanita mungkin menjadi fitnah kepada seorang lelaki?” Khazinatul Asrar cuba menenangkan perasaan Mukhlisin.
“Memang Rasulullah sangat bimbangkan dengan bahaya fitnah wanita akhir zaman. Tapi bukannya semua wanita membawa fitnah. Wanita itu hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Salahkah saya cuba mendapatkan hiasan yang sebaik-baiknya itu untuk hidup saya? Malah itu adalah hak dan impian semua lelaki,” Mukhlisin mempertahankan pendiriannya. Khazinatul Asrar terdiam. Setelah seketika barulah bersuara.
“Saya tak mahu seorang lelaki yang menjadi harapan agama dalam gerak kerja memartabatkan Islam akan lalai dan menjadi lemah iman kerana saya. Apatah lagi intelektual Islam sehebat saudara. Saya tak mahu menjadi wanita akhir zaman yang menyumbang kepada kelalaian lelaki. Kalaulah wanita hari ini terpelihara keperibadiannya dari pelbagai aspek, InsyaAllah akan lahirlah pemuda-pemuda Islam yang sanggup berada di jalan perjuangan sebagaimana keunggulan srikandi-srikandi Islam terdahulu yang akhirnya melahirkan para ambiya’, auliya’, dan solohin yang unggul dan terbilang. Tarbiyah inilah yang cuba saya praktikkan pada diri saya. Oleh sebab itu saya tak mahu menghampiri perkara-perkara yang melalaikan seperti ajakan saudara ini. Maafkan saya,” Khazinatul Asrar cuba menjelaskan pendiriannya.
“Saya tak kisah kalau awak menolak ajakan saya nie. Cuma…saya harap awak luangkanlah waktu fikirkan tentang perasaan saya terhadap awak. Saya benar-benar cintakan awak kerana Allah!” Mukhlisin semakin berani berterus terang. Tidak dihiraukan lagi rasa segan dan malu pada gadis itu. Pipi Khazinatul Asrar kemerah-merahan dengan kata-kata itu. Tak dapat dibendungnya lagi rasa malu kepada Faranaqwiah dan pada Mukhlisin sendiri. Tangan Faranaqwiah ditariknya sambil mengatur langkah meninggalkan Mukhlisin tanpa sebarang kata putus. Faranaqwiah yang sejak tadi setia memerhati terus setia mengikut rentak kaki temannya yang mara kehadapan. Matanya melirik kepada Mukhlisin yang semakin jauh ditinggalkan dengan persoalan. Kasihan padanya…
‘Syauqah…duri yang memagari diri. Tiba waktunya duri itu takkan lagi berbisa untukku. Oh, Khazinatul Asrar…” Mukhlisin memujuk hatinya sambil anak matanya mengekori setiap langkah sopan kedua-dua gadis itu.
Setelah kedua-duanya hilang dari pandangan, keretanya dipecut laju. Semangatnya makin membara untuk menyunting mawar berduri itu. Tatkala melintasi suatu bus stop, dia terpandang Hijriah tercegat di situ. Keretanya berundur balik dan melencong ke bus stop tersebut.
“Kenapa sorang jea kat sini? Lewat petang begini…bahaya tau! Nak balik kampus ke?” Mukhlisin mengambil berat terhadap jirannya.
“Aku nak balik rumah. Esok, tak ada kuliyah. Kau pulak tentu dari Bangi kan… nak ke mana? Nak balik ke kampus Medic di KL ke?” Hijriah pulak bertanya bertubi-tubi.
“Aku pun ingat nak balik Kajang nie. Marilah aku hantarkan kau sekali. Alah aku ni kan jiran kau…tak payahlah segan. Mari…” Mukhlisin cuba meyakinkan Hijriah yang kelihatan agak keberatan. Hijriah akur dan masuk ke dalam kereta.
“Kau dari mana sorang-sorang ni?” tanya Mukhlisin prihatin.
“Tak adalah. Aku bertiga tadi dengan Fadhila dan Humaira’. Diorang baru saja naik komuter balik kampus. Kami jalan-jalan jea. Ni kan hari minggu. Mestilah nak rehatkan fikiran,” jawab Hijriah.
“Ish, final exam dah dekat pun ingat nak jalan-jalan lagi ke?” sindir Mukhlisin.
“Alah sesekali jea. Fikiran yang tenang pun menjadi faktor kejayaan tau!” balas Hijriah.
“Yea lah tu…aku nak tengok jea konvo hujung tahun nie kau masuk golongan first class atau tidak,” Mukhlisin sengaja nak tengok Hijriah marah. Hijriah menjeling geram.
“Kau tue konvo jugak akhir tahun nie,kan…kalaulah kau masuk third class, akulah orang pertama yang akan ketawakan kau. Apa taknya siang malam asyik ingatkan si dia…” giliran Hijriah pula sinis menyindir.
Mukhlisin tersenyum nakal.
“Eh, marah pulak dia! Aku gurau jea tadi…Kau jangan lupa, course Medic tak main class-class tau, antara Pass atau Fail jea. Jangan jealous! Err,Hijriah….Dia pun konvo sama-sama kita,kan?” wajah Khazinatul Asrar bertandang di fikiran Mukhlisin.
Hijriah menggeleng lagi, “Kau ni memang….kalau pasal Asrar mula nak berbaik dengan aku. Asrar buah hati kau tue nak sambung lagi sampai Phd lepas konvo ni tau! Kau pulak?”
“Lepas konvo aku kena bertugas di hospital tengku Ampuan Afzan.nanti kalau kau sakit, marilah jumpa Dr.Mukhlisin. jangan lupa ajak dia sekali,” Mukhlisin bergurau. Hijriah mencebik bibir.
“Tak malu!” bentak hatinya.
“Aku rasa dia tak nak datang pun. Rela dia sakit daripada jumpa doktor yang niat tak betul macam kau. Aku pun lebih baik aku jumpa doktor yang lebih profesional dan berpengalaman. Takut bertambah sakit pulak aku bila tengok muka kau tu,” Hijriah mengusik Mukhlisin. Mukhlisin tiba-tiba rasa sedikit sensitive.
“Kenapa dia tak boleh terima aku? Apa kurangnya aku?” melencong ke lain pulak perbualan Mukhlisin. Hijriah rasa simpati dengan kata-kata itu.
“Engkau? Bagi aku…kau lelaki istimewa. Ada rupa, kemewahan dan pelajaran. Ketaqwaan tue, aku tak berani nak kata. Urusan Allah. Mungkin hatinya masih belum terbuka sebab dia nak tumpukan pada pelajarannya dulu. Sabarlah….” Pujuk Hijriah.
“Tapi, dia langsung tak bagi aku peluang. Macam dia dah ada orang yang punya,”Mukhlisin membuat andaian.
“Khazinatul Asrar dah berpunya? Tak mungkin! Dia mawar berduri. Cintanya milik Allah. Bukannya senang nak disunting sesiapa!” sangkal Hijriah.
“Aku harap begitulah…” balas Mukhlisin penuh harapan.
“Kau kena fikir…keduniaan serba lengkap yang kau miliki boleh ke menjanjikan kebahagiaan pada Khazinatul Asrar nanti? Wanita beriman takkan pandang sangat pada kekayaan dunia. Satu lagi, kau tu janganlah terlalu kejar dan mendesak dia. Rimas dia nanti. Buatlah perangai elok-elok sikit macam lelaki beriman. Ni tidak…cakap pasal Islam jea pandai, akhlak tak beramal sangat. Asrar selalu ingatkan aku bahawa zaman sekarang ni, ramai orang yang boleh bercakap pasal Islam tapi tak ramai yang menghayati Islam tu sendiri. Ramai juga yang menabur janji cinta kerana Allah tapi tak merealisasikan cinta itu sebenarnya. Dia takkan mudah terpedaya dengan kata-kata. Dia akan menilai pada akhlak kau, kau dalam ujian dan nilaian Asrar sekarang ni, tau!” nasihat Hijriah berserta bisikan di dasar hatinya, nasihat itu ditujukan untuk dirinya sendiri juga.
“Dia sedang menguji aku?” soal Mukhlisin. Serius.
“Takkan nak tipu!” jawab Hijriah.
“Pass ke aku pada ujuan dia?” keluh Mukhlisin, bimbang.
“Resultnya adalah ketentuan Allah jua, katanya. Khazinatul Asrar tu mementingkan keberkatan dalam hidupnya. Baginya, lebih berkat kalau dia menerima lelaki di saat dia dah betul-betul bersedia terutamanya bila dah graduate. Kau kena banyak berdoa agar waktu tu hatinya boleh terima kau. Itulah petanda kau dah lulus ujian dia..”
“Hijriah, aku risaulah! Inilah kali pertama aku merasakan dhoifnya diriku walaupun hidup penuh kemewahan. Iman aku tak sekaya Khazinatul Asrar! Rasa macam tak padan nak bergandingan dengan dia. Tapi, aku masih boleh memperbaiki diri..Hijriah,kan?! aku memang dah lama bercita-cita nak jadi baik macam dia. Mendamaikan tiap mata yang memandang. Aku tak boleh melupakan Khazinatul Asrar walau sesaat pun..” luah Mukhlisin.
“Ha…dia pernah beritahu aku tentang lelaki idamannya.”
“Apa dia cakap?” Mukhlisin tak sabar-sabar.
“Amboi amboi..kau ni! Okey, dengar baik-baik yea… Khazinatul Asrar impikan seorang suami yang akan memeriahkan mahligainya dengan kalamullah, menghidupkan malam dengan tahajjud berjemaah, mendidik generasinya dengan pewaris perjuangan Rasulullah. Biarlah lelaki itu tak punya rupa dan kekayaan asal hatinya sarat dengan
keimanan. Ehem…kau dah cukup syarat nak jadi lelaki idaman Khazinatul Asrar?” usik Hijriah lagi.
Tiba-tiba brek ditekan mengejut menyebabkan kedua-duanya tersentak ke hadapan. Nasib baik tali pinggang dipasang kemas dan belon udara cepat bertindak. Kebetulan jalan yang biasanya sesak itu agak lengang. Tiada kereta yang memandu dekat di belakang. Kalau tidak, mungkin mereka nahas dirempuh dari belakang.
“Kenapa kau ni?” Hijriah sangat terkejut.
“Maaf…maafkan aku! Kau tak apa-apa, Hijriah?” Mukhlisin rasa bersalah.
Wajahnya sangat cemas.
“Nasib baik Allah masih lagi nak pinjamkan nyawa. Kenapa kau brek mengejut?” Hijriah kelihat agak marah dengan tindakan Mukhlisin itu.
“Aku…aku nampak Khazinatul Asrar melintas tadi…” jawab Mukhlisin dengan wajah yang pucat. Suis kereta dihidupkan kembali.
“Astargfirullahal azhim…cerita pasal dia sikit pun kau dah mula lalai dan berkhayal. Patutlah dia tak nak layan lagi cinta kau waktu ni, nanti lagi dahsyat kau berkhayal,” tegas nada Hijriah. Tidak bergurau lagi. Namun hatinya dapat menafsirkan betapa dalamnya cinta Mukhlisin terhadap sahabatnya. Mukhlisin pula mula berdiam diri hinggalah tiba ke destinasi. Pelbagai persoalan yang bertandang di benak fikirannya kerana asyik memikirkan layakkah dirinya memiliki gadis pujaannya bernama Khazinatul Asrar.
Pada malam itu Hijriah menelefon Khazinatul Asrar memberitahu tentang dirinya yang pulang ke Kajang.
“Alah, Hijriah nie…dah tak lama lagi kita akan bercuti seminggu, tak sabar-sabar lagi nak berjumpa mummynya. Memang anak manja!” Khazinatul Asrar mengusik.
”Tak adalah. Saya balik pun bukan senang nak jumpa mummy dan daddy sendiri. Waktu sarapan jea boleh tengok wajah mereka.
saja…tak nak bagi rumah ni sepi sangat. Nanti, bila Asrar pulang untuk cuti seminggu, lagi sepi hidup saya. Kasihan kat saya kan…”Hijriah menagih simpati dalam nada bergurau. Tak lupa diceritakan peristiwa petang tadi dengan penuh emosi untuk mencungkil respond Khazinatul Asrar terhadap Mukhlisin.
“Bertuahnya Mukhlisin nanti.. kalaulah dia tak bertepuk seorang diri. Asrar kan?”
Hijriah menguji temannya.
“Lebih bertuah lagi kalau dia boleh bezakan Maha Hebatnya cinta Allah daripada cinta manusia,” balas Khazinatul Asrar.
“Tapi, kadang-kadang cinta Allah hadir setelah mengenali orang yang mencintai Allah. Seperti Mukhlisin sendiri, dia dah mula nak mengenali cinta Allah dan berazam nak cuba membaiki kelemahan diri setelah mengenali awak,” hujah Hijriah.
“Hijriah, bersandar pada manusia hanyalah satu asbab yang kecil untuk mencintai Allah. Hakikatnya, segala kemahuan pasti ada jalan apatah lagi kemahuan yang baik untuk bercinta dengan Allah, pasti Allah akan permudahkannya. Pokoknya pangkalnya, tanyalah diri kita sendiri samada kita benar-benar mahu atau tidak…Allah memberikan taufiq kerana diri kita sendiri yang mencari hidayah-Nya. Yang pasti,
Allah sentiasa menanti hamba-Nya dengan penuh cinta kerana Maha Agung-Nya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah. Malangnya, tak ramai yang tahu menghargai cinta Allah terhadap hamba-Nya. Ciptaan Allah yang hina lebih dicintai daripada Penciptanya sendiri…,” lembut bicara Khazinatul Asrar. Hijriah membisu kerana cuba menghayati kata-kata itu.
“Hijriah, sebagai teman yang menjadi cermin sahabatnya, saya terpaksa tegur sesuatu…” Khazinatul Asrar membuka topik lain.
“Cakaplah..saya tak kisah. Saya tahu, kalau Khazinatul Asrar yang tegur kesilapan saya, tak lain tak bukan sebab sayangkan saya juga, kan?!” Hijriah menunjukkan reaksi bersedia.
“Hijriah, saya sebenarnya risau bila awak ceritakan yang awak menumpang kereta Mikhlisin. Bahaya tau berdua-duaan dalam kereta dengan lelaki ajnabi, besar fitnahnya. Tak takut ke?” Khazinatul Asrar tak suka berselindung dalam menegakkan amar ma’aruf dan nahi mungkar.
“Asrar, dia tu jiran saya! Saya dah cukup kenal perangainya. Mustahil dia akan buat jahat pada saya. Lagipun kat KL ni, masyarakat tak ambil kisah pasal ni semua. Diorang takkan buat fitnah apa-apa sebab diorang lagi dahsyat…” Hijriah cuba menjelaskan keadaan.
“Kalau tak takut fitnah masyarakat, at least takutlah fitnah syaitan yang boleh membisikkan maksiat pada hati. Kalau kita membiasakan diri buat kerja macam ni walaupun dengan jiran, lama-lama hati kita takkan menganggapnya salah lagi. Hilang thiqoh dan sifat wara’. Nau’zubillah! Ingat tak pada hadis Rasulullah S.W.T:
“Jika berdua-duaan antara rijal dan nisa’, di antara mereka ada syaitan.”
“Astaghfirullah..macam saya tak pernah dengar pula hadis ni. Moga Allah ampunkan saya dengan Mukhlisin. Tapi, tolonglah jangan bersangka buruk pada Mukhlisin. Dia bukannya gatal-gatal nak tumpangkan saya, Cuma dia kasihan tengok saya sorang-sorang kat bus stop,” Hijriah membela Mukhlisin agar mendapat imej yang baik di hati Khazinatul Asrar.
“Asrar, kalau awak mengenali Mukhlisin pasti awak akan mengakui betapa bertuahnya awak dicintai lelaki sepertinya. Walaupun ilmu agamanya tak tinggi sangat tapi saya yakin dia bakal menjadi seorang doctor yang Islamik,” Hijriah masih mempromosikan Mukhlisin.
“Maaf, saya tak nak cakap soal ni. Hijriah, tidur nanti jangan lupa basuh kaki, gosok gigi, berwhuduk dan baca doa pelindung, ya! Manalah tahu kot kot Putera Libya menjelma dalam mimpi,” Khazinatul Asrar mengalih topik.
“Ish, ke situ pulak dia,” Hijriah sudah masak dengan telatah Khazinatul Asrar apabila diajak bicara soal lelaki.
Dua hari kemudian, Hijriah pulang semula ke kamsisnya. Ketika itu senja baru sahaja merangkak pergi. Azan Maghrib mendayu-dayu memenuhi ruang udara.
“Bila dia hubungi abah?” Tatkala Hijriah hendak mebuka pintu bilik, dia terdengar suara Khazinatul Asrar bercakap dengan abahnya. Tentu melalui handset.
“Baru semalam? Habis tu, apa pendapat abah?”
“……………………………………………………………………………………….”
“Abah Tanya pendapat Asrar?! Asrar kan anak abah dan ummi, Asrar akan ikut cakap abah dan ummilah…”
“………………………………………………………………………………”
“Apa kata ummi, bah?”
“………………………………………………………”
“Ummi takut pak cik dan mak cik tahu? Kenapa pula, bah? Bukankah pak cik dan mak cik dah pun bagaikan sebahagian daripada keluarga kita?”
“………………………………………………………………………………………”
“Tak patutlah pak cik dan mak cik nak tentukan masa depan Asrar. Itu haq Asrar. Nasib baiklah abah dan ummi lebih memahami Asrar.”
“……………………………………………………………”
“Abah doakanlah…terima kasih sebab merestui Asrar!”
“…………………………………….”
“Cuti nanti, bah?! Awalnya…Asrar takutlah, abah! Nantilah Asrar perbanyakkan solat, moga-moga Allah benar-benar bagi petunjuk pada Asrar. Asrar tahu, abah dan ummi pun sentiasa doakan kebahagiaan pada Asrar, kan?!”
“……………………………………………”
Berkeriuk dahi Hijriah mengikuti perbualan Khazinatul Asrar di luar pintu bilik. Bagaikan ada urusan penting yang dibincangkan dengan abahnya. Fikirannya cuba menafsirkan sesuatu daripada perbualan yang didengarinya. Dalam pada itu, pintu dikuak orang dari dalam. Rupanya Khazinatul Asrar sudah habis berbual dengan abahnya.
“Eh, Hijriah, bila sampai? Kenapa duduk di luar ni?” Khazinatul asrar agak terkejut apabila mendapati Hijriah tercegat di pintu luar.
“Baru jea sampai…Asrar nak pergi ambil wudhuk ke?” Tanya Hijriah pula.
“Mmm,” balasnya ringkas.
“Tunggu saya kat Musolla tu yea. Saya nak berjemaah Maghrib sama,” pandai Hijriah mengalihkan perbualan agar Khazinatul Asrar tidak menyedari kelakuannya sebentar tadi.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Entah mengapa hatinya serba tak kena apabial melihat bas Transnasional yang Khazinatul Asrar naiki sudah pun mula bergerak meninggalkannya di Hentian Putra itu sendirian. Begitulah kecamuk perasaannya tiap kali Khazinatul Asrar ingin pulang bercuti.
“Ya Allah, selamatkanlah perjalanannya,” hatinya berdoa. Hijriah sebenarnya dilanda persoalan kerana masih basah diingatannya suatu perkataan yang sempat dicuri-curi baca dalam carta perancangan Khazinatul Asrar ketika dia sedang menolong sahabatnya itu berkemas sebelum pulang bercuti.
15 Rabiul Awwal-Having promised to marry-engagement.
“Asrar balik nak bertunang ke?” fikirnya sendiri. Dia terlalu ingin tahu, tetapi agak keberatan untuk bertanya pada Khazinatul Asrar kerana mungkin Khazinatul Asrar ingin merahsiakan perkara itu. Entah mengapa tiba-tiba pula hatinya menafikan sekeras-kerasnya kemungkinan itu kerana Asrar tak pernah mencintai mana-mana lelaki. Tapi…apakah makna tulisan itu? Ah…mungkin pertunangan saudaranya atau jurannya atau temannya atau… Hijriah bermonolog sendiri. Bertandang pula bait-bait perbualan antara Khazinatul Asrar dan abahnya tempoh hari. Hijriah terus melangkah pulang ke kediamannya dengan persoalan itu dan bayangan kesepian yang bakal menemani.
Setibanya di perkarangan rumah, dia melihat kereta mummynya diparking dalam garaj kenderaan di hadapan rumah.
“Mummy ada di rumah!” otaknya menafsirkan seterusnya meransang senyuman pada bibir Hijriah yang sentiasa merindui saat-saat bersama orang tuanya.
Kelihatan Datin Azlinda sedang bersantai di ruang menonton sambil membelek-belek majalah Anis kepunyaan Hijriah yang ditinggalkannya di situ. Apabila menyedari kepulangan Hijriah, mummynya itu berwajah ceria sambil menyambut salam anak gadisnya. Pada malam itu, dia memperuntukkan masa untuk duduk di rumah bagi meraikan Hijriah yang pulang bercuti.
“Dari mana anak mummy ni?” soal Datin azlinda cuba menterjemahkan kasih sayang seorang ibu.
“Hijriah dari hutan, berkawan dengan pokok sebab mummy dan daddy bukannya selalu ada di rumah…” Hijriah bergurau, mohon simpati.
“Tak kan Hijriah tak faham..mummy dan daddy sibuk. Tapi, kami selalu ambil berat pasal hijriah, tau! Kami bekerja pun untuk kesenangan anak tunggal yang sorang ni juga,” pujik datin Azlinda.
“Buat apalah dikejar sangat harta tue mummy…Hijriah tak perlukan semua tu! Biar kaya kasih sayang daripada kaya harta. Lagi baik kalau kaya iman,” Hijriah bercakap tanpa berlapik lagi. Datin Azlinda faham perasaan Hijriah. Dia cuba mencari topik lain untuk menjernihkan keadaan.
“Hijriah, nama apa datin sebelah rumah kita tue?” soal Datin Azlinda walaupun sudah lebih dua puluh tahun hidup berjiran.
“Eh, kenapa tiba-tiba pula mummy nak kenal auntie tu?” Hijriah kehairanan. “Mesti Hijriah pun tak kenal juga auntie tu, kan? dalih Datin Azlinda.
“Macam mana Hijriah nak kenal, mummy tak pernah ajar Hijriah menegur jiran. Tapi Hijriah kenal anak kedua datin tu sebab dia pun belajar di UKM, cuma kampusnya di KL bukan di Bangi coz dia course Medic. Ahmad Mukhlisin namanya.” Celoteh Hijriah.
“Sedap nama budak tu, patutlah akhlak pun baik!” kata Datin Azlinda.
“Aik? Mummy kenal dia ke?” soal Hijriah.
“Taklah kenal sangat…tapi mummy selalu sangat bertembung dengannya di mana-mana. Petang semalam, dia tegur dan tolong angkut barang mummy ke bonet kereta waktu mummy shopping di Mid Valley. Itulah kali pertama kami berbual-bual,” cerita Datin Azlinda.
“Setakat tolong angkut barang, Hijriah pun boleh buat…” Hijriah menyindir Mukhlisin sebenarnya.
“Bukan tue saja…sejak kebelakangan ni, tiap kali pulang dari office, mummy sering terserempak dengan dia bersiap-siap nak ke masjid dengan baju melayu, kepiah putih dan kain pelikat. Bukannya senang nak tengok pemuda KL macam tu, course Sciences pulak tu. Sejuknya hati mummy tengok dia,” Datin Azlinda seakan-akan mempromosikan Mukhlisin kepada anak gadisnya.
“Betul ke mummy? Tentu dia baru belajar nak selalu ke masjid tu, sebelum ni dia bukan begitu…”
“Eh, macam mana Hijriah boleh kata macam tu?”
“Dia kawan Hijriah. Dah dekat dua tahun kami berkawan. Hijriah kenal sangat dia tu macam mana orangnya,” jelas Hijriah.
“Baguslah Hijriah berkawan dengan pemuda baik macam tu. Sejuk hati mummy mendengarnya. Err…anak mummy ni berkawan dengan serius ke?” Dtain Azlinda menduga anak gadisnya yang makin meningkat dewasa itu.
“Ish, tak ada lah! Hatinya dah berpunya. Hati Hijriah pun dah berpunya. Dia sukakan kawan Hijriah yang selalu Hijriah ceritakan pada mummy tu…”
“Oh,Khazinatul Asrar yea?!” duga Datin Azlinda.
“Ha…ingat pun mummy. Mummy tahu tak, Mukhlisin berubah menjadi waro’ macam tu sebab dia nak sepadan dengan Khazinatul Asrar. Tiap-tiap hari dia call Hijriah bertanyakan amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh Khazinatul Asrar. Dia akan cuba untuk mengamalkannya sama…”
“Hebatnya gadis tu hingga mengubah personality seorang lelaki!” Datin Azlinda berasa kagum.
“Bukannya Mukhlisin jea yang mendapat tempias iman Khazinatul Asrar, tapi Mukhlisin cakap ibunya sendiri merasainya…”
“Bagaiman?” Datin azlinda keliru.
“Yea lah…mummy perasan tak yang datin sebelah rumah kita ni dah bertudung? Datin tu malu melihat Mukhlisin…” jelas Hijriah.
“Apa kaitannya dengan Khazinatul Asrar?” gerutu Datin Azlinda lagi.
“Disebabkan Khazinatul Asrar lah Mukhlisin berazam nak mengajak mamanya mengenal syariat. Dia yang menghadiahkan tudung kepada mamanya. Mukhlisin cakap dia bimbang kalau-kalau Khazinatul Asrar sedih melihat bakal ibu mertuanya tidak bertudung. Entahlah mummy, yang penting Hijriah bertuah sebab ada seorang mummy yang cantik bertudung. Cuma masih ada jambul sedikit kat depan. Kalau jambul mummy tu turut masuk dalam tudung tentu lagi cantik mummy Hijriah ni, barulah daddy makin sayang,” usik Hijriah yang tersirat dakwah. Datin Azlinda tersenyum lembut dengan telatah Hijriah. Hatinya akur bahawa mungkin anaknya itu
pun turut ditempias oleh nur iman melalui sahabatnya yang bernama Khazinatul Asrar.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************
Cuti pertengahan semester telah berakhir…
Final exam semakin hampir. Segulung ijazah yang diperjuangkan oleh setiap mahasiswa, mengimarahkan lagi library Tun Sri Lanang di musim-musim exam sebegitu. Para mahasiswa yang kampusnya di Kl biasanya tidak lagi meninjau-ninjau kampus induk di Bangi. Terutamanya, pelajar tahun akhir. Kesibukan mereka tentunya berganda kerana itulah exam terakhir yang akan menentukan CGPA mereka.
Kelihatan di salah satu sudut dalam perputakaan itu, seorang gadis sedang khusyuk membuat revision.
“Malam ni aku mesti berani!” bisik hati Tsabit sambil langkahnya menghala ke arah gadis itu. Awal-awal lagi dia telah menjangka bahawa Khazinatul Asrar pasti bertandang ke situ. Tatkala salam pemuda itu disambut, Khazinatul Asrar cuba menenangkan raut wajahnya yang kurang senang dengan kehadiran Tsabit.
“Asrar, saya tak berniat nak mengganggu awak…tapi saya inginkan jawapan! Tolonglah…hati saya tak tenang untuk hadapi final exam nanti.” Tsabit tidak berselindung lagi.
“Jawapan?” Asrar berpura-pura membangkitkan soalan.
“Kau tentu tahu erti sekuntum mawar, kan?” balas Tsabit.
“Err…saya hanya tahu erti duri mawar. Awak juga pasti lebih tahu erti duri mawar, kan?”Khazinatul Asrar turut berkias.
“Asrar, saya tak kisah kalau awak tak suka layan saya. Sya menghormati duri yang memagari batas pergaulan awak. Tapi, tolonglah berikan saya harapan. Hormatilah perasaan saya. Saya tak mungkin mencintai awak jika bukan ianya naluri lahiriah anugerah Allah…Niat saya ikhlas!!!” Tsabit berani berterus-terang. Mukanya nampak serius. Khazinatul Asrar menarik nafas panjang. Dipandangnya sekeliling. Bimbang kalau-kalu situasi itu mengganggu konsentrasi student lain.
“Tapi awak juga tak pernah menghormati perasaan Hijriah setelah awak berinya harapan…” kata-kata itu tajam menikam naluri Tsabit bagaikan tikaman duri mawar.
“Oh…rupa-rupanya selama ini Hijriah lah punca kesangsian awak pada cinta saya. Gadis KL yang manja mengada-ngada tue. Dia bukan gadis idaman saya. Dia..”
“Cukup! Cukup Tsabit! Jangan salah sangka dan cuba memburuk-burukkan sahabat saya. Hijriah gadis yang baik! Cuma awak yang tak pernah nampak kebaikannya. Siang malam dia berdoa agar Allah permudahkan segala urusan awak. Dia setia pada cinta. Bawalah kebahagian untuknya. Kebahagiaan Hijriah sebahagian daripada kebahagiaan
saya juga. Dia menanti awak…” nada Khazinatul Asrar beransur-ansur menjadi semakin lembut. Memujuk.
“Tapi itu bukanlah alasan untuk awak mempersia-siakan perasaan saya pada awak!” Tsabit masih menaruh harapan. Pujuk rayu pemuda kacak itu sedikit sebanyak turut mengusik jiwa kewanitaan Khazinatul Asrar. Serba salah dibuatnya.
“Tsabit…maafkan saya. Saya sebenarnya tak pernah merasakan apa-apa kelebihan pada diri saya untuk sewenang-wenangnya menolak awak. Tapi….” tuturnya terhenti di situ.
“Tapi apa? Cakaplah Asrar…” Tsabit merayu.
“Saya pentingkan fikrah teman hidup saya!” tegasnya.
“Fikrah?” Tsabit kurang faham maksud kata-kata itu.
“Fikrah seseorang terbukti melalui hala tuju hidupnya. Saya rindukan seorang lelaki yang berfikrahkan dakwah dan perjuangan. Ianya takkan terbukti hanya melalui kata-kata…” jelas Khazinatul Asrar. “Awak meragui fikrah saya? Saya dah banyak mempersiapkan diri dengan buku-buku fikrah kerana saya mempunyai visi hidup yang jelas dan untuk menyamai cita rasa awak juga. Saya berusaha keras dalam akademik untuk mengatasi awak. Saya berusaha membaiki akhlak dari semasa ke semasa supaya awak akan menerima saya. Awaklah inspirasi dalam hidup saya selama ini. Apa lagi tyang awak mahu saya lakukan? Saya terlalu cintakan awak, Khazinatul Asrar. Tolonglah…saya perlukan jawapan!” Tsabit memuntahkan perasaan yang meluap-luap terbuku di dadanya.
“Astaghfirullahal azhim…nampaknya diri saya telah melalaikan hidup awak selama ini. Malangnya diri awak kerana meniatkan itu semua kerana saya. Siapalah sangat diri saya ni? Hanyalah seorang gadis yang lemah, diciptakan Allah dari setitis air mani yang jijik… tidakkah awak terfikir untuk meniatkannya kerana Allah S.W.T, Tuhan yang menciptakan diri saya, awak dan seluruh alam maya ni?! Beristighfarlah Tsabit… kerana memberikan saya cinta sebegini. Saya tak minta untuk dicintai melebihi Pencipta saya…” Khazinatul asrar berasa agak kesal dengan pengakuan Tsabit.
“Asrar, kerana ingin dekat dengan Allah lah, saya mencintai awak. Saya yakin awak boleh membawa bi’ah solehah dalam keluarga saya dan ibu mithali untuk zuriat saya nanti agar generasi kita adalah generasi yang mengenal Allah dengan hati dan amalan..” luah Tsabit lagi, tidak malu untuk berterus terang.
“Tapi, awak tak boleh terburu-buru meminta jawapan daripada saya begini!” keluh Khazinatul Asrar.
“Terburu-buru? Saya bimbang kalau saya terlewat memenangi hati awak, Asrar. Awak takkan faham jiwa lelaki. Lelaki yang terpaksa mencari pasangan, perempuan hanya perlu menanti dan membuat pilihan. Awak tahu tak betapa resahnya hati saya bila nama orang yang saya sayangi sering menjadi siulan ramai siswa di kamsis saya. Lebih-lebih lagi, bila saya dapat tahu awak turut digila-gilakan oleh seorang pelajar tahun akhir di kampus Medic. Tengoklah, hingga ke sana nama awak pergi. Kalau awak di tempat saya, awak sendiri tak kan keruan…” rungut Tsabit pula.
“Tapi saya berhak mempunyai lelaki impian saya sendiri. Bukannya boleh dipaksa begini. Saya idamkan seorang lelaki yang jelas fikrahnya dan sanggup mewakafkan diri dalam perjuangan Islam agar generasi saya adalah generasi yang menjadi pewaris risalah dakwah Rasulullah S.A.W, penerus kebangkitan Islam..”
“Awak tak yakin dengan saya Asrar? Tak jelas lagikah fikrah saya ni?” Tsabit semakin diamuk kekecewaan dalam memenangi hati gadis itu.
“Tapi….” Khazinatul Asrar cuba menjelaskan.
“tapi, apa lagi? Mungkin alasan lain pula yang awak cari…” kata-kata itu mendesak KHazinatul Asrar menerangkan rahsia hatinya.
“Tsabit, biarlah saya jelaskan. Saya harap awak dapat menerimanya dengan rasional dan terbuka.” Nafas ditarik panjang.
“Jelaskan, Asrar. Saya dah tak sanggup lagi disiksa begini…” dengus Tsabit.
“Sebenarnya hati saya baru dimiliki seorang lelaki,”
“Apa?” Tsabit seolah-olah tidak percaya.
“Ya, Tsabit! Cincin ni menjadi saksi,” sambil jari jemari halus yang biasanya terselindung di sebalik tudung labuh itu diangkat ke atas meja. Terbeliak biji mata Tsabit melihat sebuntuk cincin emas bertakhta berlian begitu berseri menghiasi jari manis Khazinatul Asrar.
“Tsabit, cinta saya pada lelaki pilihan Allah buat saya ini tidak boleh dikongsi sesiapa. Nilainya terlalu mahal untuk dicemari lelaki lain bahkan namanya sekali pun. Sekian lama kesucian saya pelihara dengan mujahadah yang hakikatnya perit. Izinkan saya terus setia pada bakal suami saya kerana saya pasti takkan menyatukan namanya dengan mana-mana lelaki…” ketegasan gadis itu menikam lagi.
Tsabit terdiam seribu bahasa. Tidak disedari air mata kelelakiannya yang mahal itu menitis dengan murahnya di hadapan Khazinatul Asrar. Hatinya remuk menerima kenyataan itu. Mawar yang dipujanya selama ini rupanya mekar di jambangan orang. Dia pantas berlalu meninggalkan Khazinatul Asrar dengan wajah yang sarat kekecewaan dan kesedihan, membawa bersama pedihnya racun duri mawar yang berbisa.
“Oh Tuhan…Pencipta mawarku!!!” jerit batinnya cuba merawat luka yang dalam menusuk ke tangkai nurani. Nama Pencipta terungkap jua di sudut hatinya. Khazinatul Asrar masih bersikap tenang. Dia berasa tenteram kerana sekurang-kurangnya terlaksanalah amanah untuk menjadi wanita yang bias mengetuk pintu kelalaian lelaki dan kesetiaannya pada si dia masih terpelihara. Jauh di sudut hatinya dia berdoa agar Allah memimpin Tsabit agar tidak tewas dengan kecamuk perasaanya sendiri.
“Ya Allah, kenalkan dia pada agungnya cinta-Mu..” tulus doanya.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************
“Asrar….cantik tak saya?” suara riang Hijriah mengganggu konsentrasi
Khazinatul Asrar yang datang lebih awal ke dewan kuliah. Penampilan Hijriah dengan tudung labuh berwarna peach dan jubah coklat gelap bersulam emas di tengah menyerlahkan keagungan seorang muslimah. Sebelum ini T-shirt lengan panjang sahaja dikenakan. Selendang bawal bermanik ringkas ataupun tudung turki dijadikan hiasan. Kadang-kala dipakainya juga baju kebaya supaya nampak agak sopan.
Khazinatul Asrar mengukir senyuman sambil mengucap kesyukuran. Teman-teman yang lain turut terpegun dengan keanggunan Hijriah berpakaian sopan. Setiap pasang mata singgah ke situ.
“Bermula hari nie InsyaAllah Hijriah akan berhijrah…berhijriah untuk menutup aurat dengan sempurna!” Hijriah mengumumkan dirinya di tengah khalayak teman-teman sekuliah sambil ekor matanya melirik pada Khazinatul Asrar.
“Hijriah, iman lebih utama Hijriah,” Khazitul Asrar mengingatkan.
“Inipun salah satu bukti hijrah iman, kan?” balas Hijriah, bijak. Khazinatul Asrar mengangguk setuju.
“Asrar, bukankah ini adalah sunnah para sahabiah yang akan terus unggul meredah arus, menyusur waktu…takkan lapuk dek zaman,” Hijriah mengulangi mutiara hikmah yang pernah diungkap oleh Khazinatul Asrar suatu ketika dahulu.
“Moga kau istiqomah sahabatku..” balas Hijriah.
Humaira’ bangun menghampiri Hijriah.
“Malaikat Rokid yang saban hari mencatatkan amal kebajikan tentu tersenyum bangga memberi markah cemerlang kepada kamu dari sudut menutup aurat,” kata Humaira’ memberi galakan.
“Betul tue…di Mahkamah Mahsyar nanti markah inilah yang turut membantu memberatkan timbangan amalan di neraca mizan,” celah Khziantul Asrar.
Fadhila yang baru datang ke dewan kuliah, terus saja tertumpu pandangannya terhadap Hijriah.
“Eh, ada pelajar baru ke? Cantik macam Puteri Pakistan!” usik Fadhila sambil langkahnya terus menuju ke arah Hijriah.
“Hijriah…cantiknya kau kenakan pakaian sebegini. Nampak ayu dan sopan. Err…kalau aku yang memakainya tentu lebih lawa,” celoteh Fadhila lagi sambil tangannya rancak membelek-belek tudung dan jubah yang Hijriah kenakan.
“Fadhila, jomlah berhijrah sekali. Lagipun, memilih jubah dan tudung labuh sebagai penghias diri ibarat memilih untuk mendapat pointer cemerlang di dalam exam,” pujuk Hijriah…berda’wah.
“Maksud kau?” Fadhila tidak faham.
“Yealah, Malaikat Rokidkan setiap saat akan memberi markah untuk exam di dunia nie..resultnya nun di akhirat. Pilihlah amalan terbaik untuk exam yang sedang kita lalui nie. Betul tak?!!” terang Hijriah. Fadhila hanya berkerinsing sambil menjelingjeans dan t-shirt buatan Italy yang sedang dipakainya itu.
“Syabas, Hijriah. Saya bangga awak berhijrah dengan ada hujah bukan taklid semata-mata,” KHazinatul Asrar meluahkan kegembiraannya dengan perubahan Hijriah itu. Hijriah hanya tersenyum sambil anak matanya liar mencari-cari seseorang. Khazinatul Asrar dapat menduga pasti Tsabit yang dicarinya .
“Tsabit pun pasti bangga dengan penampilan ini,” Khazinatul Asrar mengusik Hijriah diekori senyuman penuh makna oleh teman-teman yang lain.
“Kenapa Tsabit belum datang lagi?” Hijriah separuh berbisik. Teman-teman yang lain berdehem-dehem turut mengusik. Khazinatul Asrar teringatkan peristiwa dua hari yang lalu di saat dia membongkar status dirinya yang telah disunting orang kepada Tsabit walaupun hal itu merupakan rahsia dirinya yang disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa termasuk Hijriah sendiri. Mungkin Tsabit masih merajuk. Soalan Hijriah berlalu tanpa jawapan. Seketika kemudian pensyarah pun masuk. Tsabit memang tak datang-datang.
Seminggu berlalu barulah Tsabit mula datang ke kuliah. Personalitinya yang sebelum ini periang dan peramah bertukar menjadi pendiam. Wajahnya kelihatan cengkung dengan mata yang agak bengkak. Pakaiannya pun tidak sekemas selalu.
“Sakitkah dia?” bisik hati Hijriah kebimbangan. Takut untuk didekati pemuda idamannya itu kalau-kalau menambahkan maksiat pada hati pula.
“Maafkan aku, Tsabit!” hanya itu ungkapan yang mampu dibisikkan oleh suara lhati Khazinatul Asrar.
“Semoga cinta Allah tidak akan mengecewakanmu!” hatinya berbisik lagi.
Hari itu pensyarah masuk lebih awal. Ketika mendengar kuliah, Tsabit hanya menongkat tangan ke dagu seperti orang yang tiada mood namun matanya asyik memerhati seseorang.Hijriah…..ya, Hijriah! Anggun sekali Hijriah dengan tudung labuh dan jubahnya. Lama direnungnya gadis itu.
“Mawar berduri bukan sekuntum,” bisik hati Tsabit sambil tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Tsabit sebenarnya seseorang yang berfikiran rasional.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************
Medan final exam akhirnya dihadapi jua oleh semua warga UKM. Di saat-saat genting begitu, ramailah siswa dan siswi yang sibuk mencari Allah dalam solat hajat dan sebagainya. Demikianlah fitrah seorang hamba, sejauh mana sekalipun dia lari dari Allah S.W.T, akhirnya dia akan pulang jua mencari Tuhannya. Orang yang mengenali Allah di saat tenang, InsyaAllah akan dikenali Allah di saat kesusahan.
Rentetan daripada final exam itu,semua mahasiswa bercuti tiga bulan dan mahasiswa tahun akhir menunggu majlis konvokesyennya. Khazinatul Asrar termasuklah orang yang paling gembira kerana kepulangannya kali ini setelah menamatkan pengajiannya peringkat ijazah sarjana muda dan kecintaannya kepada ilmu mendorongnya berazam untuk meneruskan lagi pengajian peringkat Master dan Phd di Menara Gading. Di samping itu ada saat yang sangat bermakna, tersirat di sebalik cuti panjang kali ini.
Nun di Kuala Lumpur, Hijriah menghitung hari-hari yang penuh sepi dalam hidupnya sepanjang cuti sebelum majlis konvokesyen diadakan. Namun, perubahan personalitinya menyebabkan mummy dan daddynya lebih positif untuk mengambil berat tentang dirinya walaupun mereka sentiasa sibuk mengejar kekayaan dunia. Hijrah tetap penyejuk mata mereka sebenarnya.
Pada suatu hari, Hijriah begitu riang menerima sekeping kad wangi dari negeri Pantai Timur. Cantik sekali kad itu dengan berlatarkan sekuntum mawar berduri yang mekar dalam jambangan di perkarangan sebuah masjid. Seekor putera kumbang begitu gah menghinggapi si bunga mawar. Hijriah tersenyum menatap kad yang berwarna pink susu itu. Unik.
“Wanita beriman memang untuk lelaki beriman. Demikian janji Allah!” bisik hati kecil Hijriah. Rupa-rupanya selama ini ada episod cinta yang betul-betul terjaga dalam hidup Khazinatul Asrar. Semuanya tersembunyi menjadi rahsia. Inilah erti cinta kerana Allah yang sebenar-benarnya.
“Asrar, dalam diam-diam awak ke gerbang perkahwinan. Sejak bila pulak awak bercinta ?”demikian soalan Hijriah dalam perbualan telefonnya dengan Khazinatul Asrar pada malam itu.
“Sejak awal perkenalan lagi cinta kami dah berputik.Tapi tak perlulah dipuja-puja. Cukuplah perantaraan tazkirah saban minggu menjadi bukti cinta kami disulam atas dasar mencari keredhaan Allah bukannya menambahkan kelalaian dari meningati-Nya,” hanya itu yang Khazinatul Asrar dedahkan tentang percintaanya. Tulus. Suci. Cinta yang penuh rahsia.
“Oh, awak rahsiakan percintaan awak daripada saya, ya! Pertunangan awak pun tanpa pengetahuan saya. Sampai hati awak…..”Hijriah cuba menduga respond temannya.
“Maafkan saya, Hijriah. Saya sebenarnya tak nak perkara ini diheboh-hebohkan. Awak kan tahu saya ni salah seorang perwakilan pelajar, boleh jadi isu nanti. Banyak mudhoratnya pada hati saya. Saya harap awak akan memahami saya,” jelas Khazinatul Asrar.
“Saya betul-betul tak sangka! Rahsianya cinta awak…..patutlah dalam diam-diam awak arif tentang hakikat cinta,”sindir Hijriah lembut.
“Nak kata saya bercinta…tak jugak! Sebabnya, sebelum dia melamar saya, saya tak pernah menganggapnya lelaki teristimewa kerana masih ada kemungkinan bahawa dia bukanlah lelaki yang diciptakan untuk saya. Jadi, Alhamdulillah….terjagalah sikit hati saya dari terkenang-kenangkan padanya. Setelah hampir habis belajar, dia cepat-cepat menghubungi ummi dan abah saya di kampong. Saya dah beberapa kali istikhorah dan hati saya terasa cukup terbuka untuk menerimanya. Lagipun, abah saya menasihatkan…….kalau dah terlalu banyak sangat ujian dan fitnah dari lelaki baik percepatkan saja walimah . Saya akur…..”
“Patutlah awak bagaikan tak pernah bercinta walaupun sebenarnya bercinta…..err..perkahwinan awak ni nanti pun akan diasrarkan (rahsiakan)?”usik Hijriah.
“Ish, tak de lah. Buat apa nak disorak-soraokkan ikatan yang sah di sisi syaro’. Malah perkahwinan perlu diiklankan untuk merasmikan hubungan. InsyaAllah, seluruh warga UKM akan menerima undangan saya nanti…” jelas Khazinatul Asrar.
“MasyaAllah…tentu kecoh UKM dengan berita ini nanti. Harap-harapnya tak adalah kes mana-mana siswa yang bunuh diri sebab kecewa dengan awak,” Hijriah mengusik lagi.
“Nau’zubillah. Semoga Allah takkan jadikan saya asbab kepada kebodohan mana-mana lelaki,” Khazinatul Asrar memberikan respond yang serius.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Majlis konvensyen pada tahun itu disambut secara gilang-gemilang. Upacara tahunan itu memang meriah diadakan pada setiap tshun. Pra graduan kelihatn begitu gembira dan bangga diiringi keluarga terutamanya ayah dan bonda.
Masing-masing juga begitu bergaya menggayakan jubah konvo di atas gahnya menara gading. Senyuman, pujian dan gelak ketawa saling bersebati menyerikan lagi suasana penuh keriangan pada hari bersejarah itu.
Kelihatan Tsabit bersama ayahnya yang berdarah Libya serta ibunya, Datin Nordina baru sahaja menuju masuk ke perkarangan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kereta mewah itu mencari tempat parking betul-betul di Taman Tasik Kejuruteraan. Keluarga Hijriah juga ada disitu seperti telah dirancang. Memang semuanya suatu perancangan. Pada hari konvokesyen yang penuh makna itu, Tsabit El-Husainie dan Hijriah akan diikat dengan jalianan pertunangan. Hijriah lebih-lebih lagi merasa gembira dan bersyukur kerana sejak keluarga Tsabit datang merisik dirinya pada cuti panjang yang lalu, mummy dan daddynya mula menunjukkan perubahan positif terhadap dirinya kerana mereka mula merasakan bahawa Hijriah akan pergi daripada
mahligai mereka yang dah pun setiasa sepi. Buktinya, daddynya sanggup membatalkan satu mesyuarat penting demi menghadiri hari yang membahagiakan anaknya itu.
“Marilah kita mulakan pertukaran cincin…,” getus Datin Azlinda, mummy Hijriah. Dia sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat jari manis anak gadisnya diserikan berlian.
“Nantilah mummy… tetamu yang paling istimewa untuk majlis ini belum tiba lagi. Betul tak, abang Tsabit?!” Hijriah memujuk ibunya sambil pandangannya sejak tadi meninjau-ninjau seseorang. Tsabit cuma tersenyum.
Tidak lama kemudian, sepasang mawar dan kumbang yang diapit kedua keluarga kedua-dua pasangan berjalan menuju ke arah tempat keluarga Tsabit dan Hijriah berkumpul. Pasangan itu kelihatan begitu romantis berpegangan tangan. Masing-masing berjubah konvo. Pada wajah masing-masing terpancar sinar kebahagiaan. Pasangan itulah yang mereka nanti-nantikan.
“Aku pasrah jika kumbang sehebat ini akan menemani hidupmu duhai mawar berduriku,” bisik hati Tsabit sendirian mengubat luka hatinya yang kian sembuh itu.
“Asrarrrrr…” Hijriah menjerit kecil, meluahkan lonjak hatinya.
“Nak honeymoon kat mana?” usik Hijriah sambil bersalam berpelukan dengan sahabat yang cukup dirindui sekian lama.
“Honeymoon? Alah..cukuplah sekadar kami buat umrah sama-sama beberapa bulan lagi. Yelah nak cari keberkatan untuk rumah tangga kami,” jelas Khazinatul Asrar.
“Hah Hijriah…bila pulak giliran kamu? Jangan sampai Asrar tak sempat nak dating pula,” Puan Zahra, ibu Khazinatul Asrar juga pandai mengusik sambil menguntum senyuman kepada Datin Azlinda.
“Apa sal tak sempat pulak makcik?” duga Hijriah dengan usikan itu.
“Eh? Asrar tak cakap ke yang hujung tahun nie dia dan suaminya akan berangkat ke Mesir untuk menyambung pelajaran dalah bidang Falsafah Islam?!” Puan Zahra membongkar perancangan Khazinatul Asrar dan suaminya.
“Betul ke nie?” Hijriah minta kepastian.
“InsyaAllah..tapi ianya masih dalam perancangan! Kalau diizinkan Allah sampailah kami ke sana,” suami Khazinatul Asrar bersuara.
“Hijriah, buatlah cepat-cepat kenduri nie, tak adalah kami kempunan nak merasa nasi minyak Datin Azlinda dan Datin Nordina…lagipun, tak baik melambatkan ikatan yang baik,” celah Khazinatul Asrar mengusik. Hijriah menjeling Tsabit sambil tersipu malu. Semua yang ada ketawa melihat telatah manja Hijriah. Suasana semakin ceria.
Serentak dengan itu, sebuah kereta perdana berhenti di situ. Keluarlah Mukhlisin bersama Faranaqwiah, teman seperjuangan Khazinatul Asrar. Juaga berjubah konvo. Pasangan suami isteri yang baru seminggu diijab kabulkan itu kelihatan begitu mesra berjalan seiringan melangkah ke arah mereka semua. Pandangan Mukhlisin tidak berganjak memandang seorang lelaki yang cukup terkenal di UKM. Segaknya dia
mendampingi Khazinatul Asrar. Bagaikan cincin dengan permata. Bagai pinang dibelah dua.
“Lelaki ini rupanya yang menjadi penawar bisa syauqah (duri),” bisik hati Mukhlisin.
“Tahniah atas perkahwinan ini!” ucap Mukhlisin sambil bersalaman dengan Mustaqhim Al-Qordhowi. Presiden PMUKM yang cukup disegani ramai itu dengan membalas ucapan yang sama. Khazinatul Asrar dan Hijriah pula mengusik-ngusik Faranaqwiah. Gadis pemalu itu pantang diusik, pasti merahlah kedua-dua pipinya…bagaikan kelopak mawar. Tsabit tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Mukhlisin dan pasangannya. Suasana penuh mesra. Air tenang Tasik Kejuruteraan bagaikan turut gembira. Beburung berkicau riang, bertasbih memuji Allah. Itulah irama alam.
“Aku redha, Khazinatul Asrar! Allah lebih bijak menentukan. Faranaqwiah pun tak kurang istimewanya. Hadiah Allah buatku…” hati Mukhlisin sempat juga bermonolog sendiri. Matanya terus melirik penuh kasih kepada isterinya.
“Terima kasih, Asrar…kerana bersusah payah menemukan kami sebagai pasangan suami isteri,” Faranaqwiah memeluk erat sahabatnya.
“Oh, Asrar lah orang tengah rupanya…ish, tak sangka betul saya! Puas saya berfikir macam man agaknya Mukhlisin boleh tackle exco PMUKM. Rupa-rupanya…..” Hijriah berceloteh.
“Ish, tak adalah. Saya Cuma memudahkan jalan. Allah jualah yang memang dah rancang pertemuan ni,” Khazinatul Asrar menafikan.
“Oh…saya tak tahu sampai bila saya harus menunggu untuk menyarungkan cincin perak ini ke jari bakal menantu saya,” keluh daddy Hijriah diikuti gelak ketawa mereka semua.
“Ok…sekarang kita mulakan!” ayah Tsabit membuat keputusan. Ikatan pertunangan itu terjalin sebaik sahaja ibu Tsabit menyarung cincin ke jari Hijriah dan ayah Hijriah menyarung cincin ke jari Tsabit. Mustaqhim Al-Qordhowi menyambut dengan mengamin doa memohon keredhaan Allah S.W.T.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Aku takkan kahwin kalau bukan dengan Khazinatul Asrar!” itulah kata-kata terakhir Asyraf kepada keluarganya sebelum bertolak ke Jepun. Perginya sarat dengan kekecewaan. Dia merajuk dengan perkahwinan Khazinatul Asrar. Dia masih belum dapat menerima hakikat bahawa gadis pujaannya selama ini tidak ditakdirkan Allah untuknya. Bukan dia sahaja yang kecewa, seluruh keluarganya juga turut terasa.
“Zalimnya keluarga Khazinatul Asrar!” itulah antara bisikan-bisikan syaitan yang sering meracuni mereka. Mereka lupa pada kuasa Allah dan qodo’ qodar yang sudah sedia tertulis di Loh Mahfuz.
“Bang, Asyraf bang…kalau dia tak kahwin, macam mana dengan hidupnya nanti?!” luah hati seorang ibu bimbang.
“Ini semua kerana KhazinatulAsrar! Tak patut..tak patut…sanggup dia memusnahkan impian keluarga kita!” berputik dendam di hati ayah jurutera komputer itu. Menantu idaman yang sekian lama disanjung olehnya dan isterinya akhirnya sewenang-wenangnya manjadi milik orang. Mereka langsung tidak dimaklumkan dengan berita pertunangan Khazinatul asrar. Sedar tak sedar, mereka dijemput menghadiri majlis perkahwinannya.
“Kejamnya situasi ini! Kenapa reality sebegini terjadi? Adilkah Asyraf menanggung semua ini setelah sekian lama setia menanti gadis itu menamatkan pengajiannya? Mengapa Asyraf tiada pengertian apa-apa baginya? Adikah ini? Adilkah ini?” monolog hati mereka diamuk kekecewaan.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Ummi, lama tak nampak keluarga bang Asyraf ke rumah kita, kan?!” Khazinatul Asrar teringatkan keluarga itu. Soalan itu menyentap ketenangan Umminya tiba-tiba. Terngiang-ngiang lagi tangisan makcik Nab yang meratapi pemergian anak sulung ke Jepun. Baru semalam, dia mendapat berita itu melalui telefon. Ummi Khazinatul Asrar merenung wajah putihnya. Tak tergamak untuk diceritakan apa yang berlaku. Masakan tidak, puterinya itu baru sahaja melangkah ke gerbang perkahwinan. Masih terlalu awal baginya untuk dihukum dengan berita kekecewaan Asyraf sekeluarga di atas kebahagiaannya.
Khazinatul Asrar kehairanan melihat reaksi Umminya yang kelihatan kaku dan tercengang. Pandangannya dilontar ke luar jendela. Suami dan ayahnya masih belum pulang dari Bandar untuk menguruskan urusan umrah mereka sekeluarga beberapa minggu sahaja lagi. Dilihat Umminya masih terdiam, memikirkan sesuatu. Tiada respond apa-apa. Kaku.
“Kenapa Ummi diam jea nie?” Khazinatul Asrar cuba menduga.
“Asrar ada buat silap dengan Ummi ke?” lembut suaranya sambil melangkah perlahan dari jendela, malabuhkan punggung di sofa empuk, di sisi umminya.
“Tak de lah..” hanya sepatah suara ummi yang membalas. Khazinatul asrar tersenyum puas. Diambilnya Mathurat yang terbaribf di atas meja.
“Mungkin ummi pun rindukan keluarga bang Asyraf,” fikirnya sambil meneruskan bacaan Mathurat.
Tak lama kemudian, sebuah kereta proton aeroback menuju masuk ke perkarangan rumah sederhana beasar itu.
“Ummi, mereka dah balik!” Khazinatul asrar tersenyum ceria sambil menarik tangan umminya ke muka pintu. Dia mahu sama-sama menyambut kepulangan abah dan suaminya.
“Macam mana? Dah settle?” Khazinatul Asrar bertanya ramah sebaik sahaja menyambut salam keduanya. Wajahnya manis berseri-seri.
“Alhamdulillah. Allah permudahkan. Tiket pun dah siap!” balas suaminya.
“Tiket dah siap?” ummi Khazinatul Asrar minta kepastian.
“Mmm!” serentak Mustaqhim Al-Qordhowi dan si abah mengangguk.
“Untuk empat orang?” ummi bertanya lagi.
“Tentulah, Zarah! Kan dah berbincang tiga kali. Macam tak yakin jea,” abah Khazinatul Asrar membalas dengan gurauan.
“Kenapa cepat sangat tiket siap?!” keluh ummi Khazinatul Asrar. Semua tercengang dengan keluhan itu. Ummi Khazinatul Asrar menyedari semua sedang memandangnya, hairan dengan keluhannya yang tersirat sesuatu. Ditariknya tangan si abah masuk ke bilik. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan suaminya itu.
“Pelik ummi hari ni…ummi tak sihat ke?” Mustaqhim Al-Qordhowi merenung mata isterinya.
“Asrar pun tak tahu, bang! Ummi agak diam hari ni. InsyaAllah, ummi tak apa-apa, Asrar rasa Ummi teringatkan Mak cik Nab dan Pak Cik Soleh sekeluarga di Rantau Abang. Eh, kesian abang letih. Duduklah dulu. Nanti Asrar siapkan orange juice,” Khazinatul Asrar menyejukkan hati suaminya. Mustaqhim Al Qordhowi tersenyum. Ma’thurat yang` terhidang di meja tamu dijadikan santapan rohani terlebih dahulu.
Maghrib dan Isya’ berlalu dengan solat berjemaah sekeluarga. Sudah menjadi kebiasaan, tangan abah dan ummi dicium oleh pasangan suami isteri itu setiap kali selepas solat.
“Asrar Mustaqhim…abah nak cakap sikit,” Abah bersuara sekali gus membatalkan niat kedua-duanya untuk beredar dari bilik sembahyang. Bagaikan ada sesi muzakarah selepasnya. Ummi kelihatan sudah bersedia dengan apa yang akan abah sampaikan.
“Asrar…Mustaqhim…abah dan ummi dah bincang petang tadi, kami tak dapat ikut buat umrah. Mustaqhim pergi berdua sajalah dengan Asrar.” Abah menerangkan dengan tenang, setenang wajah Mustaqhim Al-Qordhowi dan Khazinatul Asrar dalam mendengar keputusan mengejut abah dan ummi.
“Lagipun inikan bulan madu…pergi berdua tentu lebih manis,” tambah ummi.
“Tapi, Asrar rasa lebih berkat kalau abah dan ummi pun turut bersama, kan bang?!” usul Khazinatul Asrar. Mustaqhim Al-Qordhowi tersenyum sambil mengangguk akur.
“Ya, sayang! Tapi abah dan ummi ada urusan yang lebih penting untuk diselesaikan. InsyaAllah, selesai urusan tu, kami akan menyusul kemudian. Kami pun dah cukup rindu pada lambaian Kaabah,” abahnya memberi penjelasan yang berkabus. Khazinatul
Asrar menarik wajah keliru. Dahinya berkeriuk cuba menafsirkan maksud tersirat di sebalik penjelasan abah. Ummi pantas memahami wajah manis yang keliru itu.
“Asrar, anak ummi! Ingatlah…sekarang ni syurga Asrar dah beralih di bawah tapak kaki suami. Jadilah bidadari untuknya,” erat digenggam jari jemari mulus puterinya.
“…dan Mustaqhim, menantu ummi! Syurga kamu tetap di bawah tapak kaki ibu. Ummi rasa, ibu bapa kamu lebih layak menerima tiket umrah tu. Bagilah tiket tu kepada mereka, bolehkan?”
“Oh, ummi! Asrar bertuah kerana lahir daripada wanita sebaik ummi!” Khazinatul Asrar memeluk umminya. Suasana mesra sebegitu memang telah menjadi kebiasaan hidupnya sejak kecil-kecil lagi.
“Kalau itulah kata ummi dan abah, Mustaqhim ikut saja,” Mustaqhim Al-Qordhowi tersenyum tenang. Memang penyenyum orangnya. Abah dan ummi turut mengukur senyuman yang tersembunyi suatu misi yang dirahsiakan.
“Bang, Asrar teringin sangat nak ziarah Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh sekeluarga di rantau Abang sebelum kita ke Tanah Suci,” ajak Khazinatul Asrar dengan sopan.
“Bila-bila masa jea Ainul Mardiah abang, cakap saja nak pergi bila? Esok? Lusa?” Mustaqhim Al-Qordhowi menghiburkan isterinya. Khazinatul Asrar tersenyum manja diberi jolokan Ainul Mardhiah oleh suami tersayang. Nama bidadari paling cantik di syuga itu dirasakan terlalu agung untuk dimahkotakan untuk dirinya. Wajah-wajah nakal Asyraf dan adik-adiknya sejumlah lima orang pula bertamu diingatannya. Sejak kecil, keluarga itulah yang menceriakan kesepiannya sebagai anak tunggal dengan pelbagai usikan, kenakalan, ngomelan dan gelak tawa. Hatinya begitu terhibur setiap kali ummi dan abah membawanya menziarahi mereka. Kemesraan yang terjalin bermula daripada keakraban persahabatan abah dan pak cik Soleh sejak di alam kampus. Ianya bertambah erat apabila mereka menjadi rakan kongsi dalam satu syarikat penerbitan buku-buku ilmiah selepas graduate. Ummi dan mak cik Nab pula, masing-masing seorang pendidik dan pernah ditugaskan di sekolah yang sama ketika awal praktikal. Walaupun atas ikatan persahabatan namun ukhuwwah yang bersemi menjadikan dua buah keluarga itu bagaikan saudara sedarah sedaging. Sudah agak lama suasana itu menyepi dalam hidup Khazinatul Asrar kerana dihalang oleh jarak waktu dan kesibukannya di Menara Gading. Asyraf pula baru sahaja pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian di United Kingdom.
Kedatangan pasangan pengantin baru yang baru dua purnama diijabkabulkan itu disambut oleh lonjakan riang adik-adik Asyraf yang masing-masing bersekolah rendah dan menengah.
“Kak Asrar, nak hadiah!” itulah rengekan-rengekan yang sudah kalis menerjah corong telinga Khazinatul Asrar tiap kali berhadapan dengan kanak-kanak comel itu. Khazinatul Asrar tidak pernah mengecewakan permintaan mereka. Musthaqim Al-
Qordhowi pula tersenyum ceria melayani telatah riang mereka. Selang setengah jam berlalu, barulah Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh keluar menyambut kedatangan mereka dengan wajah yang berjalur garis-garis suram dan hambar. Tajam anak mata Pak Cik Soleh memanah batang tubuh pemuda yang mendampingi Khazinatul Asrar. Mustaqhim Al-Qordhowi tetap dengan senyumannya.
“Asyraf masih belum balik kerja, Pak Cik?” Mustaqhim Al-Qordhowi cuba membuka perbualan.
“Balik kerja? Tak tahu ke dia dah ke Jepun?” Pak Cik Soleh membalas sinis.
“Oh, ye ke?! Dia sambung belajar lagi ke Pak Cik?” Mustaqhim Al-Qordhowi masih menunjukkan kemesraan untuk berbual. Namun, entah mengapa terasa sakit di hati kedua ibu bapa Asyraf tatkala mendengar pertanyaan itu. Kalaulah bukan atas nama kemanusiaan, mahu saja disumpah seranahnya pemuda yang menghancurkan impian Asyraf itu, perampas Khazinatul Asrar.
“Abang Long merajuk…Dia kata, kak Asrar dah kahwin, tak bolehlah nak main-main lagi. Dia nak cari orang yang serupa macam kak Asrar di Jepun,” sampuk Alif yang bersekolah darjah Tiga. Mak cik Nab mengcegilkan mata sebulat mata ikan lolong. Budak kecil itu faham isyarat di sebalik wajah ibunya sambil cepat-cepat berlalu dari situ.
“Budak-budak begitulah…ada-ada saja!” Khazinatul asrar menjernihkan keadaan sambil tersenyum. Baginya, itu tak lebih dari satu gurauan. Masakan tidak, dari dulu lagi adik-adik Asyraf suka mengusik-ngusik dirinya dengan abang sulungnya. Sedangkan, Asyraf sudah pun dianggap bagaikan abang kandung sendiri meskipun dia tetap menjaga batasan aurat sebagai ajnabiah.
“Ingat Alif tu main-main?” serius kali ini wajah Pak Cik Soleh.
“Tahu tak kenapa Asyraf ke Jepun?” Dia merajuk, tau! Sedih, kecewa dan merana Asyraf dibuatnya.” Suaranya meninggi, menegangkan suasana.
“Dia rela tak kahwin seumur hidup kalau bukan dengan Asrar…” Mak cik Nab menambah. Dendam. Geram. Benci.
“Kasihan Asyraf, cintanya dikhianati!” keluh Pak Cik Soleh, semakin meluap kebencian.
“Err…apa sebenarnya ni? Maaf…boleh tak kita bincang dengan baik, kita kan bersaudara?!” tenang sahaja Mustaqhim Al-Qordhowi menghadapi kekalutan yang tercetus. Menyerlahkan kewibawaanya.
“Bersaudaranya? Sejak bila kau memandai mengaku saudara kami?! Kau tak ada kaitan langsung dengan kami semua! Khazinatul Asrar je saudara kami, kamu bukan! Faham?!” kali ini kata-kata Pak Cik Soleh begitu berbisa bagaikan hilang rasionalnya. MustaQhim Al-Qordhowi terus tenang. Hatinya beristighfar panjang. Khazinatul asrar pula tidak percaya suaminya dilayan sebegitu.
“Pak cik, mengucap Pak Cik! Kenapa abang Mustaqhim dilayan begini? Apa salah dia?” Khazinatul Asrar cuba masih melembutkan suara walaupun situasi itu menerjah-nerjah pintu kesabarannya.
“Apa salah dia?! Dia memang salah kerana mengkahwini kau, Asrar! Kau sepatutnya menjadi isteri Asyraf, bukan dia!” tegas Pak Cik Soleh, memuntahkan api dendamnya.
“Sampai hati kau, Asrar. Siang malam Asyraf asyik teringatkan kau….tiba-tiba kau kahwin dengan orang lain..di mana perikemanuasiaan kau pada Asyraf dan keluarga kami?” sindir Mak Cik Nab pula.
“Astaghfirullahal azhim. saya tak pernah pun berjanji nak menjadi isteri abang Asyraf, beri harapan pun tak pernah sama sekali! Bagaimana saya boleh cintakan abang Asyraf sedangkan statusnya dalam hidup saya lebih mulia dari itu, dia dahpun macam abang kandung saya sendiri! Pak Cik, Mak Cik…ini semua taqdir Allah! Siapalah kita untuk mempertikaikan ketentuan-Nya. Salahkah abang Mustaqhim kerana dipilih Allah untuk saya?” suara Khazinatul Asrar berbaur sedih.
“Sudahlah…kamu memang tak pandai menghargai persahabatan mak ayah kamu dengan kami, kejamnya kamu, Asrar!” kasar bahasa Pak Cik Soleh sekaligus meragut kesabaran Khazinatul Asrar.
“Oh, ini rupanya harga persahabatan Pak Cik, Mak Cik dengan abah dan ummi saya? Untuk kepentingan dan kepuasan keluarga Pak Cik? Di mana keikhlasan Pak cik? Beginikah sikap sebenar Pak Cik dan Mak Cik yang sangat saya hormati sekian lama?” Khazinatul Asrar bertegas sama. Mustaqhim Al-Qordhowi menepuk-nepuk perlahan bahu isterinya. Menenangkan. Khazinatul asrar menghela nafas sambil berzikir dalam hati. Di luar sana, Alif dicubit-cubit Kak Ngahnya yang berusia 15 tahun.
“NI semua Alif punya pasal lah, kecil-kecil lagi dah celupar mulut. Kasihan Kak Asrar kena marah. Kak Ngah bagi cili api kat mulut tu baru tau!” leter Kak Ngah. Geram. Terdengar tangisan mengamuk si kecil itu.
“Pak Cik, Mak Cik…kami minta maaf. Buat masa ni biar lah kami minta diri dulu. Insyallah, lain kali kami akan ziarah lagi…” Mustaqhim Al-Qordhowi masih tenang dan bersopan sambil menghulurkan salam. Tak bersambut.
“Sabarlah, Asrar…ujian Allah itu kan bukti kasih sayang Allah. Allah menguji sebab nak melihat setakat mana tahap iman kita menghadapinya. Inilah peluang dinaikkan memartabatkan iman di sisi-Nya. Insyallah, semuanya akan kembali jernih. Yakinlah pada Allah!” pujuk Mustaqhim Al-Qordhowi dengan penuh kasih sayang. Khazinatul Asrar mengangguk perlahan sambil menatap Al-Quran kecil yang senantiasa di bawa ke mana sahaja. Hatinya berbisik kagum dengan lelaki di sisinya itu yang terus tenang memecut kereta. Berulang-ulang kali dibacanya surahnya Ar-Rahman agar Allah mengembalikan rasa kasih sayang sesama keluarga mereka.
Setibanya di rumah, ummi dan abah sudah dapat menduga apa yang telah berlaku. Masakan tidak, sebelum daripada itu, mereka telah berkali-kali dipersalahkan oleh Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh atas pemergian Asyraf ke Jepun dengan hati yang hancur berkecai. Cuma, sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan anak mertuanya demi menjaga hubungan baik antara mereka juga.
“Dua hari lagi nak ke Tanah Suci…berdoalah banyak-banyak agar semuanya kembali baik. Doakan juga agar Asyraf selamat di benua orang.” Pujuk ummi.
“Kalaulah abah ada ramai puteri, tentu abah takkan kecewakan Asyraf..” ayah Khazinatul Asrar masih rasa bersalah kepada Asyraf dan keluarganya meskipun menyedari bahawa realiti itu suatu suratan. Fikirannya mula mengimbas saat isterinya diikat peranakan kerana telah mengalami selama enam kali keguguran selepas melahirkan Khazinatul Asrar.
“Abah, Asrar kesal dengan harga persahabatn mereka. Murah! Perkara sebegini pun nak diperbesarkan hingga sanggup nak bermusuhan…tiada ketulusan langsung!”
“Janganlah begini sayang, tak baik.” Mustaqhim Al-Qordhowi menenangkan lagi isterinya. Ummi tersenyum melihat kesabaran menantunya. Memang puterinya itu bijak memilih teman hidupnya. Khazinatul Asrar seorang yang cukup lantang di meja pidato dan debat pada zaman remajanya, memang padan untuk dijodohkan dengan seseorang yang boleh mengajarnya supaya lebih tenang dalam menyuarakan sesuatu.
Dalam pada itu, terbayang-bayang pula wajah Asyraf yang sudah pun dianggap bagaikan putera kandung sendiri.
Masih basah diingatannya, sebelum Asyraf melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, dia mengusik mereka supaya menjaga Khazinatul Asrar untuknya. Khazinatul Asrar yang baru sahaja memasuki dunia UKM ketika itu cuma tersenyum tawar dengan usikan nakal Asyraf.
“Bang Asyraf ni tak habis-habis lagi nak mengusik adik sendiri. Bilalah dia tu nak matang sikit? Mungkin bila dah ada isteri cantik bermata biru nanti, barulah dia tak usik Asrar lagi, kan abah?!” Khazinatul Asrar mangadu kepada abahnya tika itu. Rupanya Asyraf yang suka berjenaka itu serius dalam gurauannya. Terbit rasa simpati ummi pada Asyraf. Namun, apakan daya, cinta tak boleh dipaksa, Khazinatul Asrar lebih berhak memilih teman hidupnya sendiri. Asyraf sepatutnya lebih rasional memikirkan bahawa tidak guna terlalu memuja-muja seseorang gadis kerana mungkin dia tidak diciptakan untuknya. Bukankah lebih baik bergantung harapan kepada Penciptanya sendiri kerana Allah lah pemilik dan pemegang hati setiap insan. Allah lebih Mengetahui siapakah yang terbaik untuk seseorang. Kesedaran inilah yang boleh menjadikan setiap insan redha dengan kebijaksanaan Allah mentaqdirkan sesuatu.
“Alangkah baiknya kalau Asyraf boleh menerima hakikat ini…” bisik hati ummi.
Lambaian Kaabah, Masjidul Haram, Masjidun Nabawi dari Bumi Anbiya’, Mekkah dan Madinah makin terasa mengusap perasaan. Di airport, Khazinatul Asrar
sebak meninggalkan ayah bonda tercinta. Bagaikan itulah pertemuan terakhir antara mereka. Diciumnya berkali-kali pipi ummi dan abah. Diminta halal segala makan minum dan tiap titis susu ummi yang membesarkannya.
“Ummi, abah…ampunkah semua silap salah Asrar. Redhoilah Asrar menjadi anak ummi dan abah. Tak tahu kenapa Asrar rasa berat nak berpisah,” pilu suaranya.
“Asrar, kaulah satu-satunya saham akhirat kami di dunia ini. Jadilah isteri yang solehah agar ummi dan abah pun mendapat rahmat di sisi Allah,” pesan ibu Khazinatul Asrar sambil mendakap erat puteri kesayangannya itu.
“Asrar, di sana nanti, doakan keluarga kita, Mak Cik Nab, Pak Cik Soleh dan ummat Islam seluruhnya agar kita semua boleh berdamai atas nama Islam yang suci..” pesan si abah pula.
“Insyallah, bah!” balas Khazinatul Asrar, sebak.
Suaminya yang pergi menjemput ayahbondanya di Bandar Al-Muktafi Billah Syah sejak pagi tadi setelah menghantarnya berserta abah dan ummi terlebih dahulu ke lapangan terbang, masih belum kelihatan. Hari terus merangkak tengahari. Matahari makin tegak meninggi. Saat berpisah makin mencemburui. Khazinatul Asrar memanfaatkah sepenuh masa yang masih berbaki itu untuik bermanja sepuasnya dengan abah dan ummi. Walaupun sudah bergelar isteri, namun bagi Khazinatul Asrar, kasihnya terhadap abah dan ummi tidak pernah berbelah bahagi. Kasihnya pada abah dan ummi tetap sama sampai bila-bila. Perkahwinannya bukanlah halangan untuk bermesra dengan abah dan ummi.
Tidak lama kemudan, muncullah kelibat Mustaqhim Al-Qordhowi bersama ayahbondanya di saat waktu berlepas makin menghampiri.
“Selamat Berangkat! Moga Allah rahmati,” ujar abah Khazinatul Asrar sambil berjabat tangan dengan besannya. Di saat itu, bila-bila masa sahaja mereka akan dipanggil pergi.
“Terima kasih, doakan Allah menerima ziarah kami anak-beranak sebagai tetamu-Nya,” balas besannya. Suasana sebak sekali lagi menyelubungi hati dan sanubari Khazinatul Asrar. Laju air matanya membasahi pipi tatkala bersalaman dengan ummi dan abah buat kali terakhir sebelum bertolak pergi ke Tanah Suci. Umminya juga begitu hiba menghadapi perpisahan itu. Entah mengapa hatinya sering berbisik-bisik bahawa selepas ini dia takkan berpeluang lagi menatapi wajah yang amat dicintai oleh seorang ibu. Namun, dia melawan bisikan-bisikan itu dengan zikir qolbi kerana itu mungkin bisikan-bisikan syaitan yang selalu cuba menghalang orang yang ingin membuat kebaikan. Dia memujuk hatinya bahawa perpisahan itu cumalah sementara dan singkat kerana dia juga akan menyusuli mereka ke Tanah Suci bersama suaminya nanti.
Perpisahan keluarga itu diiringi dengan nur ukhuwwah, kasih sayang dan persaudaraan yang terpancar indah menghiasi alam itulah tuntutan Rasulullah yang semakin dilupakan. Semangat ukhuwwah dan persaudaraan…
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Selagi anak aku tak balik, selagi tue kita putus saudara!” Ayah Asyraf betul-betul melampau kali ini. Ziarah ummi dan abah Khazinatul Asrar ke rumahnya pada suatu petang di sambut dengan kata-kata sekasar itu. Mereka pulang dengan perasaan yang sedih dan hiba. Namun, mereka yakin semuanya akan kembali pulih. Mereka tetap akan berusaha mencari jalan perdamaian kerana bukanlah prinsip hidup mereka bermusuhan sesam insan bersaudara.
“Bang, betul ke bang masih ingat Do Co Mos Centre tu?” ibu Khazinatul Asrar meminta kepastian. Dia dan suaminya telah pun membulatkan tekad untuk mencari Asyraf di Negeri Matahari Terbit. Itulah misi yang dirahsiakannya. Mereka yakin hanya dengan memujuk Asyraf boleh memulihkan keretakan persahabatan keluarga mereka.
“Kalau tak silap abang, Do Co Mos Centre tui di kawasan Hibya Line, Tokyo subway…Nama pengurusnya pun abang masih ingat, Yusuke Katayose. Nanti, abang akan dapatkan maklumat lanjut dari Agensi pelancongan tu,” Abah Khazinatul Asrar meyakinkan isterinya.
“Saya yakin, bang…mesti Asyraf ada kat situ!” wajahnya sarat dengan harapan.
“Kita doakanlah…Abang pun yakin Asyraf tetap ada misi hidup tersendiri di Jepun walaupun pergi dalam keadaan merajuk. Abang masih ingat lagi, sejak dari sekolah menengah dulu, dia suka sangat bercerita tentang maklumat yang dikumpulnya melalui internet mengenai pusat komputer yang di antara tercanggih di dunia tu. Tak hairanlah dia begitu bersungguh mempelajari bahasa Jepun ketika menuntut di UK,” imbas suaminya.
“Betu lah, bang. Asyraf pun pernah berangan-angan nak bawa Asrar ke Do Co Mos Centre tu. Banyak kali dia beritahu saya.” Kenangan diimbas pula oleh isterinya.
“Zahra, kita teruskan berdoa. Malam ni, Insyallah kita solat hajat 12 rakaat sama-sama lagi, larat tak?” lembut suara lelaki yang hampir mencecah usia separuh abad itu.
“Insyallah, bang…pada Allah jua tempat kita mengadu untuk permudahkan urusan kita,” isterinya akur.
Beberapa minggu berlalu, gemparlah penduduk sekitar tentang keberangkatan Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul Rahim ke Jepun semata-mata untuk mencari dan memujuk anak sahabatnya. Sucinya hati mereka dalam menghargai erti persahabatan.
Akhirnya tempias berita itu sampai juga ke corong telingan Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh. Kekerasan hati mereka terlentur dengan pengorbanan yang tak pernah terlintas di fikiran. Di manakah Asyraf perlu dicari di dunia teknologi secanggih Jepun? Terasa diri mereka diketuk-ketuk oleh keegoan sendiri. Malunya pada diri sendiri. Barulah mula terfikir, Khazinatul Asrar lebih layak untuk Mustaqhim Al-Qordhowi bukan untuk Asyraf. Jauh sekali keluhuran peribadi lelaki
itu jika nak dibandingkan dengan anak lelaki mereka yang nakal walaupun berpelajaran tinggi. Satu-persatu sikap melampau mereka terskrin di ruang mata sendiri.
“Oh, Tuhan…” akhirnya Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh kembali juga pada Ar-Rahman.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Bagaikan permata di celahan kaca,
Kerdipnya sukar tuk dibezakan,
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan,
Moga tak tersalah pilihan.
Nur Kasih-Mu mendamai di kalbu,
Jernih setulus tadahan doaku,
Rahmati daku dan permintaanku,
Untuk bertemu di dalam restu.
Kurniakan daku serikandi,
Penyejuk di mata penawar di hati,
Di dunia dialah penyeri,
Di Syurga menanti dia bidadari,
Kekasih sejati teman yang berbudi,
Kasihnya bukan keterpaksaan,
Bukan jua kerana keduniaan,
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih.
Ya Allah, kurniakanlah kami isteri dan zuriat yang soleh,
Sebagai penyejuk mata….
Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian,
Penentu jodoh pertemuan,
Seandai dirinya dicipta untukku,
Rela ku menjadi miliknya.
Kurniakan daku serikandi,
Penyejuk di mata penawar di hati,
Di dunia dialah penyeri,
Di Syurga menanti dia bidadari,
Kekasih sejati teman yang berbudi,
Kasihnya bukan keterpaksaan,
Bukan jua kerana keduniaan,
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih.
Irama In-Team dari kaset yang sempat dibawanya dari Malaysia itu menjadi penghiburnya tiapkali kesunyian.
“Ku tujukan lagu ini buatmu, Khazinatul Asrar…” bisiknya sendiri. Sekali lagi lagu itu diputarkan memecah kesunyian kamarnya. Keadaan dirinya agak tidak terurus. Makan dan minum tidak dihiraukan sangat, cukuplah sedikit air mineral dan roti menjadi alas perut. Mujurlah dia masih rasional untuk menyara hidupnya dengan bekerja di Do Co Mos Centre kerana kelayakan akademik yang dimilikinya.
Tubuhnya dibalut dengan baju berbulu tebal. Tidak cukup dengan itu, kain selimut pula diselimuti ke badannya. Kedinginan musim sejuk di Jepun yang menusuk-nusuk tulang sum-sum begitu menyengat bagi orang Malaysia seperti Asyraf. Dalam kesejukan malam salji tebal menutup alam, tiba-tiba kedengaran suara tetamu dari luar. Suara tegas yang cukup dikenali.
Haip! Haip! Penghormatan diberi kepada Yusuku Katayose, pengurus Do Co Mos Centre. Kehairanan menerjah fikiran dengan kunjungan jutawan yang cukup disegani itu. Dua orang lelaki berwajah Melayu juga turut mengiringi. Mereka seakan-akan fasih berbahasa Jepun. Setelah beberapa minit berbincang, fahamlah Asyraf bahawa dua orang lelaki itu adalah wakil salah satu agensi pelancongan dari Malaysia. Rupa-rupanya, kehadiran mereka bersama satu berita yang sukar untuk dipercayai. Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul Rahim sedang berada di Bandar itu untuk mencarinya.
“Kerana aku???” hatinya sukar untuk mempercayai.
Dalam kekagetan itu, dia bertambah kaget apabila dimaklumkan bahawa mereka sedang berada di hospital utama di Tokyo. Apatah lagi, sepantas kilat keretanya dipecut ke sana. Tidak dipedulikan lagi kesejukan malam di musim salji yang memamah-mamah urat sendi.
Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian dan tafsiran yang bermain-main di fikiran, terbayang-bayang bermacam kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh ibu dan ayah gadis pujaannya dalam pencarian mereka. Segala persoalan yang menerjah ke kotak fikiran hanya terjawab dengan kepiluan. Sedih. Terharu.
“Pak Cikkkkkkkkkkk!!!” Asyraf menjerit sekuat hati melihat seraut wajah sugul di ruang menunggu. Tidak dihiraukan lagi akan berpuluh pasang mata yang memfokus padanya. Pak Cik Abdul Rahim terus sujud syukur di kala itu juga. Mereka berpelukan dengan penuh kasih sayang.
“Pak Cik sihat? Mana Mak Cik?” bagaikan ada seribu soalan lagi yang ingin diutarakan oleh pemuda itu.
“Asyraf, Mak Cik kau ada di dalam. Masih koma…” sayu suara itu memberikan penjelasan.
“Astaghfirullahal azhim…apa yang dah terjadi?” kusut fikiran Asyraf.
“Insyallah, tak ada apa-apa. Cuma dia tak tahan dengan perubahan cuaca di sini. Sama-sama kita doakan agar dia cepat sihat…” Pak Cik Abdul Rahim sengaja ingin menyejukkan hati Asyraf, padahal dia sudah sedia maklum bahawa penyakit buah pinggang isterinya semakin kronik.
“Pak Cik, marilah ikut saya balik dulu. Nanti, saya akan uruskan supaya Mak Cik Zahra boleh dirawat dengan perkhidmatan doctor peribadi di rumah saya. Mari, pak cik…” Asyraf mengangkat beg-beg besar yang tersorat di balik sudut keretanya. Pak Cik Abdul Rahim tersenyum lemah. Sejuk hatinya menemui pemuda yang dianggapnya bagaikan anak sendiri itu.
Pada malam itu, Asyraf membeli hidangan yang mahal-mahal. Sepanjang berada di Jepun, inilah tetamu yang benar-benar mampu merawat kekosongan hatinya. Tetamu yang sangat istimewa. Sambil menghadap hidangan, dia berbual panjang dengan Pak Cik Abdul Rahim. Segala cerita dikongsi bersama. Asyraf agak terkejut dengan pelbagai siri kebetulan melalui kisah pencarian Pak Cik Abdul Rahim dan isterinya di Jepun. Sebenarnya, semua itu adalah pertolongan Allah. Benarlah janji Allah, barangsiapa yang inginkan kebaikan nescaya Allah permudahkan jalan ke arah itu. Selain itu, hanya khabar yang baik sahaja yang disampaikan oleh Pak Cik Abdul Rahim tatkala Asyraf bertanyakan keadaan keluarganya. Tidak sesekali diceritakan konflik yang tercetus antara mereka. Dia juga cuba sedaya upaya mengelak daripada berbicara tentang kebahagiaan Khazinatul Asrar bersama suaminya kerana takut menghiris hati Asyraf.
“Asyraf, pak cik tengok rumah ni tak terurus betul. Bila lagi nak carikan suri? Takkan tak tersangkut kat mana-mana gadis Jepun yang Muslomah?” Pak Cik Abdul Rahim bergurau. Tujuannya supaya Asyraf menyedari bahawa masih ramai lagi wanita di dunia ini selain Khazinatul Asrar. Namun, tanpa disangka-sangka, wajah yang tadinya riang diarak garis-garis kesedihan. Wajah jurutera komputer itu terus berubah mendung. Gurauan itu mengundang kekecewaan.
“Pak Cik, saya akan menanti Khazinatul Asrar…” luahnya jujur.
“Asyraf, terimalah kenyataan…” pujuk Pak Cik Abdul Rahim.
“Pak Cik, saya takkan jumpa lagi gadis sepertinya! Mana nak cari ganti?! Saya akan menaruh harapan seumur hidup…” nadanya yakin.
“Masyaallah… Asyraf anakku, Khazinatul Asrar dah jadi milik orang. Tak guna menaruh harapan…sia-sia!” Pak Cik Abdul Rahim cuba mengembalikannya ke alam nyata.
“Pak cik, tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Setiap malam saya berdoa agar Allah cepat-cepat menarik nyawa suaminya…kerana itulah saya tetap menaruh harapan.” Antara sedar atau tidak, Asyraf bercakap bagaikan hilang rasional.
“Astaghfirullahal azhim…kau doakan begitu pada adik kau sendiri? Astaghfirullahal azhim. Berdosa mendoakan keburukan untuk orang lain!
Asyraf…pak cik kenal anak pak cik, Asrar memang tak suka berkawan dengan lelaki kalau tiada urusan. Tapi, dia memang boleh berkawan dengan kau kerana dia memang dia menganggap kau bagaikan abang kandungnya sendiri. Tak bolehkah kau menganggapnya sebagai adik kandung?
Asyraf, redhoilah adikmu dijaga oleh lelaki yang memang dipilih Allah untuknya…” dipujuk lagi pemuda itu. Terpaksa juga perbualan yang pada mulanya penuh mesra melencong kepada seorang gadis bernama Khazinatul Asrar.
“Pak cik, 4 tahun saya menanti Khazinatul Asrar di United Kingdom. Bagi saya, semua wanita tak boleh mendapat tempat di hati saya kerana ianya milik Khazinatul Asrar. Dialah bidadari hidup saya. Ketegasannya dalam menerima lelaki telah meruntuhkan sikap playboy saya selama ini. Dia membuka minda saya tentang mahalnya harga seorang wanita untuk dipermainkan. Hidup saya lebih bermakna apabila saya dikenalkannya dengan hakikat cinta yang mesti disandarkan pada Pencipta. Adilkah Khazinatul Asrar meninggalkan saya setelah peribadinya benar-benar menambat hati ini?” Asyraf memuntahkan rasa kecewanya, kemudian menyambung lagi,
“Dah beberapa kali saya melamarnya melalui surat dari UK. Saya sedaya upaya meyakinkannya bahawa saya serius. Tak bergurau!
Dia suruh saya sandarkan pada Allah dan berdoa. Dia juga menasihatkan saya agar kurangilah menghubunginya kerana ingin menjaga rahmat Allah dan mengelak dari fitnah hati. Yakin dengan Allah…itulah kata azimatnya. Saya akur dan yakin bahawa selagi saya didik diri sendiri menjaga redho Allah, selagi itulah wanita yang diredhoi-Nya dijanjikan untuk saya. Ianya satu harapan yang cukup bermakna dari Khazinatul Asrar…Tapi akhirnya? Apa semua ni? Saya tak boleh terima…” luah Asyraf, sebak.
“Asyraf, kau sebenarnya masih ada krisis dengan keyakinan kepada Allah, lantas Asrar yang kau persalahkan…” pedas kata-kata itu.
“Krisis keyakinan? Mustahil! Allah adalah segala-galanya dalam hidup saya…” Asyraf membela diri.
“Bercakap memang senang… beginikah sikap seorang hamba yang mengaku Allah adalah segala-galanya? Ciptaan Allah lebih dipuja daripada Pencipta-Nya sendiri. Khaziantul Asrar tu sesuatu yang tidak pasti, manusia biasa yang akan pergi. Apabila Allah menariknya dari kamu, kau harus yakin dengan Allah. Allah lebih bijaksana dengan perancangan-Nya. Manusia hanya mampu merancang, Allah Yang Maha Adil lah yang menentukan.. setiap taqdir Allah ada hikmahnya. Allah tak sesekali sesuka hati menganiaya hamba-Nya. Dia Maha Pengasih. Kamu seharusnya mentarbiyyah diri kerana cinta Allah bukannya kerana harapkan cinta Khazinatul Asrar.
Asyraf, yakinlah…kalau kau benar-benar ikhlas dan yakin dengan Allah, pasti Allah akan menggantikan cinta manusia yang boleh dekatkan kamu pada-Nya. Gadis yang terbaik untuk kamu. Pak cik faham, mungkin kau rasa Khazinatul Asrar adalah gadis terbaik yang pernah kau kenali tapi tak semestinya dia adalah gadis yang terbaik untuk kamu. Allah lebih bijak untuk memilih seorang gadis terbaik untuk kamu dan Asrar hanya terbaik untuk suaminya. Aturan Allah juga yang terbaik….Bukankah itu azimat Khazinatul Asrar?! Terimalah ketentuan-Nya!”
Asyraf terdiam seketika tatkala ditazkirah dengan panjang lebar. Matanya berkaca. Sarat dengan air mata. Air mata seorang lelaki.
“Asyraf, setiap malam Asrar beristikhoroh untuk memilih teman hidup. Ramai lelaki yang cuba memenangi hatinya. Dia yakin Allah lah yang akan membuat keputusan untuknya melalui penyerahannya yang bersungguh-sungguh pada Allah. Dia redho dengan sesiapa sahaja yang ditunjukkan Allah buatnya. Hatinya diserahkan bulat-bulat pada Allah sebelum sedia menerima cinta lelaki. Akhirnya, nama Mustaqhim Al-Qordhowi yang sering terbisik-bisik di pendengarannya. Dia redho dengan istikhoroh yang dibuatnya kerana itulah kehendak dan petunjuk Allah,” tambah Pak Cik Abdul Rahim pula.
“Pak cik, dia memang sekuntum mawar berduri yang dipelihara Allah. Cintanya disandarkan pada Allah…tak hairanlah Allah turut membalas cintanya dengan lelaki yang turut dicintai-Nya. pak cik, maafkan saya…” akhirnya pemuda itu tunduk jua. Dai akur pada realiti.
“Pak cik, tentu Mustaqhim Al-Qordhowi hebat, kan? Kalau tak, masakan dia mampu memenangi hati Khazinatul Asrar..” luah Asyraf.
“Asyraf, ramai kawan-kawannya bertanyakan soalan yang sama ketika majlis perkahwinannya dulu. Tahu apa jawapannya?” ayah Khazinatul Asrar membuka cerita. Tiada ketegangan lagi antara mereka.
“Put your trust in Allah! Itu saja jawapannya…” kata Pak Cik Abdul Rahim.
“Yakin dengan Allah…itu pula kata-kata azimat Khazinatul Asrar, kan pak cik?!” Asyraf menyampuk.
“Sebenarnya, sejak awal memasuki awal kampus lagi mereka dah mula saling mengenali kerana perjuangan yang sama. Sejak itu juga mereka saling menghormati dan mengagumi antara satu sama lain. Tapi, Mustaqhim Al-Qordrowi tidak terburu-buru untuk memenangi hati Khazinatul Asrar. Akalnya mengatasi nafsu kerana kesedaran bahawa selagi belum bersedia berumah tangga, selagi itulah langkah untuk mencintai wanita adalah sia-sia. Penuh kelalaian dan warna-warni syaitan. Dia amat menyukai Asrar sejak awal perkenalan lagi, tapi dia sedar Allah lebih mengetahui adakah Asrar diciptakan untuknya atau tidak. Dia tak mahu mencintai wanita yang bukan diciptakan untuknya. Oleh itu, dia bermujahadah melawan kemahuannya yang meronta-ronta untuk meluahkan sesuatu pada Asrar. Tempoh masa sebelum bergelar ‘orang yang bersedia’ adalah sekejap cuma. Kadangkala, dia tercabar dan bimbang apabila nama Asrar menjadi siulan. Hinggalah perasaannya terdesak untuk meluahkan jua. Namun, hanya di tahun akhir, dia memberanikan diri menghantar risalah-risalah yang mendidik ruhiyyah, tauhid, fikrah dan harakah. Itulah tanda cintanya. Mereka juga bercinta sebenarnya tapi dihijab oleh hijab yang tebal kerana kerana takut rumahtangga yang dibina atas landasan kemurkaan Allah. Lihatlah keadilah Allah untuk cinta setulus ini. Mereka mengecapi cinta yang diredhoi selepas kahwin. Mereka menang dalam mujahadah. Dalam menyukai seseorang, ingatlah segala perbuatan yang melalaikan dan menjauhkan hati dari Allah, selagi belum berkahwin,
ianya adalah haram. Tapi, yang haram itu sekejap cuma. Lepas kahwin, halallah… sebab itu kena sabar dan kuat.” Panjang sekali Pak Cik Abdul Rahim bercerita.
“Wah, arifnya pak cik tentang cinta! Mana pak cik dapat cerita Mustaqhim dan Asrar ni?!” Asyraf beransur ceria.
“Eh, Khazinatul Asrar tu kan satu-satunya puteri pak cik! Dah tentu setiap inci hidupnya pak cik ambil tahu. Lagipun, Mustaqhim memang tak berahsia dengan kami….” Balas Pak Cik Abdul Rahim.
“Pak cik boleh jadi contoh ayah dan mertua mithali,” Asyraf mengusik ayah Khazinatul Asrar. Wajahnya berubah ceria. Sifatnya yang suka mengusik kembali menghiasi. Hatinya lembut.
Kedua-duanya tidur jauh di lewat malam. Keletihan mengulit lena Pak Cik Abdul Rahim. Namun, suara rintihan seorang lelaki sedikit mengganggu tidurnya. Dalam kesamaran dia sempat juga menangkap seungkap doa Asyraf yang sedang sujud bertahajjud di sebelah katilnya.
“Ya Allah, Engkau telah takdirkan, dia bukan milikku… bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku…dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah, ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh dari hidupku..”
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Pak Cik, Mak Cik macam mana?” Asyraf bersuara lembut sebaik sahaja wanita berwajah lembut itu perlahan-lahan membuka mata. Badannya masih lemah terbaring di katil hospital.
“Asyraf? Asyraf ke ni? Mak Cik bermimpi?” Mak Cik Zahra minta kepastian sambil tangannya digosok-gosok ke mata.
“Ini Asyraf mak cik. Mak cik tak bermimpi!” Asyraf mengukir senyuman.
“Oh, Asyraf! Mak cik rindukan kamu….kamu sihat?” ceria wajah penyayang itu.
“Alhamdulillah, saya sihat. Saya minta maaf sebab menyusahkan keluarga mak cik. Ampunkan saya!” Asyraf memang cukup kesal.
“Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Asyraf, pulanglah ke Malaysia. Tak baik membiarkan mak dan ayah kamu rindu. Kasihan mereka,” seakan suatu rayuan. Asyraf tertunduk.
“Maafkan saya, mak cik. Biarlah saya fikirkan dulu. Namun, saya tahu Malaysia tetap negara saya. Keluarga saya di sana….” Asyraf bersuara perlahan.
“Ramai orang yang sedang menunggu kamu pulang…pulanglah!” Mak Cik Zahra merayu lagi.
“Err…bila mak cik dan pak cik nak balik ke Malaysia?” Asyraf bertanya.
“Tak pasti lagi, Asyraf. Lepas ni, kami nak buat umrah di Mekkah. Mak cik tak nak lama di Jepun, Mak cik tak tahan dengan musim salji…” terang mak cik Zahra.
“Tapi…tahan ke mak cik dengan suhu panas di Mekkah nanti?” Asyraf mengingatkan.
“Panas Mekkah penuh baraqoh! Mak Cik tak kisah… mati di sana pun, tak mengapa. Lagi baik…” tenang wajah mak cik Zahra.
“Eh, mana pak cik kau?” wajah suami tersayang berlegar-legar di fikiran.
“Pak cik ada berehat di rumah saya. Saya datang ni pun sebab nak jemput mak cik. Insyallah, saya akan dapatkan rawatan peribadi untuk mak cik nanti.”
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Bang, tak sabar rasanya nak sampaikan berita nie pada ummi dan abah, tentu mereka bersujud syukur. Asrar dah dapat imagine, cerianya wajah-wajah ummi dan abah nanti…” Khazinatul Asrar mengomel manja di sisi suaminya. Mereka dalam perjalanan pulang dari Tanah Suci Mekkah.
“Banyakkan bersyukur…paktikan Asrar cukup halus menjaga maksiat hati agar si comel kita dipelihara Allah dari karat mazmumah. Dampingi Al-Quran selalu agar itulah yang menjadi hujjah hidupnya nanti. Sejak di alam rahim, kenalkanlah dia pada ibadah hati dan fizikal, agar dia rasa lazat bersama Penciptanya. Mudah-mudahan lahirlah dia sebagai zuriat yang soleh. Rasulullah cukup berbangga tiap kali umatnya lahir, moga-moga bakal mewarisi perjuangan Baginda,” pesan seorang nakhoda bahtera rumahtangga.
Sebelum berangkat pulang, ayahbonda Mustaqhim Al-Qordhowi beberapa kali sujud di Baitul Haram. Cucu dari anak lelaki bungsunya itu cukup dinanti-nantikan. Mereka terharu kerana menerima berita Khazinatul Asrar mengandung selama sebulan di bumi barokah tersebut. Khazinatul Asrar termuntah-muntah dalam tudungnya tatkala bertahajjud di Masjidil Haram. Badannya lemah longlai, tak bermaya. Mulanya, ingatkan dia cuma demam, rupa-rupanya doktor mengesahkan bahawa dia alahan kerana mengandung.
Di lapangan terbang, kepulangan mereka disambut oleh puluhan sanak saudara. Khazinatul Asrar gembira kerana Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh pun turut serta. Maha luasnya rahmat-Mu, Ya Allah!
“Mana ummi dan abah?” bisik hatinya sambil meninjau-ninjau dua wajah tercinta itu dari celahan manusia. Ibu Mustaqhim Al-Qordhowi pula begitu exited mengumumkan berita gembira tentang menantunya. Khazinatul Asrar tersenyum manis sambil menggenggam erat jari jemariibu mentuanya. Suasana bertambah meriah dengan berita itu. Mak cik Nab menghampiri Khazinatul Asrar sambil memohon maaf. Dipeluknya gadis itu. Pak Cik Soleh pula tersenyum malu pada Mustaqhim Al-qordhrowi. Mustaqhim Al-qordhrowi terlebih dahulu menghulurkan tangan, bersalaman dengan Pak Cik Soleh. Awan mendung berarak sudah, terjalin kembali ukhuwwahfillah, yang takkan lagi musnah, walau ombak badai dating mendesah, tautan erat tak mungkin patah.
“Ummi dan abah tak datang?” soalan yang sudah sedia diduga oleh semua sanak saudara yang mengerumuni mereka. Seorangpun tidak tampil memberikan
jawapan. Malah ada yang mula berlawak jenaka agar soalan itu berlalu tanpa jawapan. Mak Cik Nab cepat-cepat mengajak pulang. Enam buah kereta siap menanti.
“Mungkin ummi dan abah menanti di rumah!” pujuk hati kecil Khazinatul Asrar. Hatinya begitu melaonjak untuk mengucup tangan dan pipi keduanya bersama sebuah berita gembira.
“Mustaqhim, Asrar…apa kata kalau ke rumah kakak, boleh?!” ajak Kak Mukminah, kakak sulung Mustaqhim Al-qordhrowi yang dah pun mempunyai lima orang anak. Pintu keretanya dibuka untuk mempersilakan adiknya masuk bersama isteri. Ayahbonda Mustaqhim Al-qordhrowi sudah pun masuk ke kereta Kak Muslimah, anak kedua mereka yang sudah 3 tahun berumah tangga dengan seorang warga Pakistan. Muslimah tinggal sementara bersama ayahbondanya di Bandar Al-Muktafi Billah Syah sementara menanti suaminya yang menguruskan urusan perpindahan di Pakistan.
“Eh, Mak Cik Nab dah masak sedap-sedap. Balik rumah kami sajalah..” pelawanya bersungguh-sungguh.
“Terima-kasihlah semua. Asrar rasa nak balik rumah Asrar dulu… boleh kan, bang? Kasihan ummi dan abah yang dah lama menanti di rumah,” pelawaan itu ditolak baik. Mereka terdiam lagi.
Akhirnya, Pak Cik Soleh dan Mak Cik Nab menghantar mereka pulang ke rumahnya yang sepi tak bertuan. Khazinatul Asrar dan suaminya tertanya-tanya melihat rumahnya rapat berkunci. Akhirnya, Mak Cik Nab berani membuka mulut, menceritakan apa yang telah berlaku. Nadanya sebak dan rasa bersalah.
“Apa? Ummi dan abah ke Jepun? Semata-mata mencari Abang Asyraf?! Ya Allah, lindungilah mereka…” Khazinatul Asrar cuba mengawal perasaan. Kolam matanya tidak mampu lagi menyeka banjir air mata.
“Bila ummi dan abah akan pulang, mak cik?” soalnya kesayuan.
“Sayang…kita masuklah dulu. Kasihan pak cik dan mak cik berdiri di luar begini. Abang ada kunci spare ni,” pujuk seorang suami. Khazinatul Asrar akur. Dioraknya langkah lemah.
Di ruang tamu, ada sekeping manila card menyambut kepulangan mereka di atas meja tamu. Tulisan abah tertera di situ…
“ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT PULANG PENYERI KELUARGA!
MAAFKAN ABAH DAN UMMI KERANA KAMI RASA MUNGKIN KAMI TAK SEMPAT MENYAMBUT ANAKANDA BERDUA DARI TANAH SUCI. MUSAFIR KAMI ADALAH MUSAFIR YANG MUNGKIN PANJANG. DOAKAN AGAR ALLAH MEREDHOI ABAH DAN UMMI DAN DOAKAN AGAR KAMI BERJAYA MENCARI ASYRAF DEMI MENJALINKAN KEMBALI SEBUAH PERSAUDARAAN…KERANA ALLAH!”
LOVE,
ABAH DAN UMMI.
__________________________________________________________________________________________________________________
Bertambah sayu sekeping hati seorang anak. Mak Cik Nab dan Pak Cik soleh juga turut sebak menahan pilu. Mereka benar-benar rasa bersalah dan berdosa terhadap keluarga itu. Lantaran itu, berulang-ulang kali mereka memohon maaf, sementara Khazinatul Asrar dan suami berulang kali juga melarang mereka agar tidak memohon maaf lagi. Tiada maaf yang perlu diberikan kerana mereka tak pernah menyimpan dendam. Persaudaraan dan berkasih sayang adalah prinsip keluarganya.
“Abah, ummi…Asrar akan menanti kepulangan abah dan ummi! Begitu juga kandungan Asrar ini. Abah…ummi… Asrar terlalu rindukan abah dan ummi, pulanglah…” monolog Asrar sendiri.
“Mungkin Allah atur ujian ini untu mengajarku lebih berdikari sebagai seorang isteri tanpa abah dan ummi. Allah Maha Perancang, aku redho…” pujuk hati Khazinatul Asrar, berbaik sangka dengan Allah.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Mummy, kalau boleh Hijriah nak jemput sendiri Khazinatul Asrar ke majlis perkahwinan Hijriah nanti. Boleh tak mummy temankan Hijriah ke sana hujung minggu ni…ala, bolehlah Mummy!!” Hijriah cuba memujuk ibunya.
“Kawan Hijriah, Humaira’ tu pun nak ikut sekali. Kami dah rindu sangat kat Khazinatul Asrar,” terus memujuk.
“Nanti Mummy check balik diari Mummy, rasa macam ada appointment dengan client Mummy this weekend…” begitulah gaya wanita berkerjaya.
“Never mind.. Daddy boleh bawakan,” pelawa dady Hijriah tanpa dipinta.
“Betul ke ni, Daddy? Eh, macam tak caye!” Hijriah melonjak keriangan. Daddynya betul-betul berubah sikap sejak dirinya bakal diambil orang. Masakan tidak, lelaki separuh abad bergelar Dato’ itu sebenarnya cukup bimbang kalau-kalau anak tunggalnya itu di bawa ke Libya. Sepilah banglo itu nanti, tiada erti lagi segala kemewahan.
“Tentu Asrar terkejut kalau datang dengan surprise…” Hijriah tersenyum nakal sambil bercakap dengan diri sendiri. Terus sahaja dicapai ganggang telefon untuk menyampaikan plan itu pada Humaira’.
“Assalamualaikum…Assalamualaikum…”
Suatu suara garau bergema di muka pintu pagar Mak Cik Nab.
“Alif, Aina, Alim, Kak Ngah…pergilah tengok siapa yang datang tu. Mak tengah masak ni,” laung Mak Cik Nab dari ceruk dapur.
“Alif tengah sibuk ni…abang Alim tu relex-relex je!” suara Alif pula melaung kuat sambil sibuk bermain game.
“Apa pulak…Alim tengah makan ni!” si alim pula memberi alasan sambil makanan ringan Mamee Monster itu dirangupnya satu persatu.
“Ha…ha…jangan nak suruh Aina pulak. Aina tengah temankan si Tompok ni. Dia takut main sorang-sorang nanti bapaknya gigit,” cepat-cepay Aina memberi alasan sambil dipusing-pusingnya tali benang supaya ditangkap oleh anak kucing kesayangannya.
“Mak, Kak Ngah tengah tidur ni…adik-adik tu pemalas, cubit jea!” gadis remajanya pula yang mencecah Tingkatan Tiga memekik dari dalam bilik.
Serentak dengan itu sebuah kereta meluncur ke perkarangan pintu pagar. Hon dibunyikan berkali-kali.
“Eh, tu kereta ayah!” spontan sahaja Alif, Aina, Alim dan Kak Ngah meluru keluar. Takut dimarahi nanti. Kelihatan di luar pagar sana, ayah sedang berpelukan dengan seseorang. Berkeriuk dahi mereka melihat telatah ayah.
“Eh, abang Long!!!!” jerit Alim tiba-tiba.
Semuanya riuh rendah menjerit memanggil-manggil nama abang mereka. Mak Cik Nab sangat terkejut, lantas meninggal sahaja ayam goreng yang masih tercelup dalam minyak panas di atas dapur, tergesa-gesa dia meluru ke luar.
“Ya Allah, Asyraf??!!” Mak Cik Nab seakan tidak percaya.
“Mak, Asyraf mintak maaf! Ampu kan Asyraf…” tangan ibunya dikucup mesra.
“Syukurlah kau dah balik, Asyraf. Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul Rahim kau tentu balik sekali, kan?!” nada Mak Cik Nab berbaur harapan.
“Tak, mak! Mereka terus berangkat ke Tanah Suci…” jelas Asyraf. Badannya yang letih direbahkan ke sofa empuk.
“Iya?! Oh..kasihan Asrar terlalu merindukan mereka!” kesal Mak Cik Nab.
“Ini semua salah ayah…” Sesalan demi sesalan masih menghantui Pak Cik Soleh.
“Tak, ayah! Sayalah puncanya!” Asyraf membela ayahnya. Pak Cik Soleh tetap menyesali perbuatannya terhadap keluarga itu sambil menceritakan segalanya kepada Asyraf. Asyraf terkedu seketika.
“Mulianya hati Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul Rahim. Mereka tak pernah menceritakan apa-apa keburukan tentang mak dan ayah sepanjang di sana.
Khabar baik-baik sahaja mereka sampaikan,” luah asyraf. Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh tertunduk malu. kesal.
“Eh, bau apa ni?” ayah Asyraf tiba-tiba menyedari suatu bau yang menusuk hidung. Hangit.
“Err…jangan suruh Kak Ngah. Kak Ngah nak tolong angkat beg abang Long ni,” gadis belasan tahun itu cepat-cepat berlalu sambil mengangkat beg berat abangnya.
“Kau tengoklah adik-adik kau, Asyraf,” ibunya berleter sambil bergegas ke dapur. Asyraf memandang adik-adiknya yang comel.
“Ooo…abang Long tak de, semua nakal yea!” mulalah adik-adiknya bising membela diri. Asyraf menggeleng-gelengkan kepala.
“Ayah, esok saya nak ziarah Asrar dan suaminya. Saya sedar kini, dia bagaikan adik kandung saya sendiri. Saya rasa bersalah pada Mustaqhim,” kata Asyraf.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Sebuah kereta Mercedez Benz mewah berwarna silver metallic diparking di perkarangan rumah Khazinatul Asrar.
“Mungkin dia ada tetamu,” bisik hati kecil Asyraf. Setelah difikir beberapa kali, dia meneruskan juga niatnya untuk menziarahi Khazinatul Asrar sekeluarga. Apatah lagi, adiknya itu sudah tentu terlalu ingin mengetahui khabar abah dan umminya.
Seperti kedatangan Hijriah, kedatangan Asyraf sangat memeranjatkan Khazinatul Asrar dan suaminya. Semuanya datang dengan tiba-tiba. Berdegup kencang jantung Khazinatul Asrar untuk mendengar berita abah dan umminya yang tidak pulang bersama Asyraf dari Jepun. Namun, sebagai adab melayan tetamu, dia mempersilakan dulu Asyraf duduk. Tidak terburu-buru untuk bertanya. Kemudian, diperkenalkan Asyraf kepada daddy Hijriah, Hijriah dan juga Humaira’.
“Asrar, abang minta maaf atas semua yang berlaku,” Asyraf sudah tidak mampu lagi menahan rasa bersalah walaupun di depan tetamu lain.
“Tidak, abang Asyraf! Bukan silap abang. Semuanya kehendak Allah. Bagaimana ummi dan abah, mereka sihat?” Tanya Khazinatul Asrar bersopan.
“Alhamdulillah….Cuma, Mak Cik Zahra yang kurang tahan dengan perubahan cuaca. Apatah lagi di musim salji. Tapi, sekarang mereka tak berada lagi di Jepun, mereka dah pun ke Tanah Suci Mekkah.” Jelas Asyraf. Khazinatul Asrar tenang mendengarnya.
“Sama-samalah kita doakan mereka…” Mustaqhim Al-Qordhrowi menambah.
Asyraf pantas merenung wajah yang bercahaya dengan nur keimanan di sisi Khazinatul Asrar.
“Mustaqhim…saya pun ingin minta maaf dari kamu kerana banyak menyusahkan. Insyallah, saya datang kali ni sebagai abang kandung Asrar. Kita kan tetap bersaudara…” tutur katanya sarat dengan keikhlasan. Semuanya tersenyum.
“Nanti, jemputlah sekali ke rumah!” daddy Hijriah yang berpangkat Dato’ itu menghulurkan kad perkahwinan anaknya kepada Asyraf. Asyraf ceria mencapai kad itu dan menatapnya seketika. Kemudian, pandangannya beralih pada dua orang gadis di sebelah lelaki yang agak berusia itu. Kedua-duanya manis berbusana Muslimah. Dijelingnya pula jari-jemari mereka. Salah seorangnya memakai cincin berlian di jari manis. Itulah Hijriah seperti yang diperkenalkan sebelumnya. Degupan jantungnya tiba-tiba berdeguk agak kencang tatkala menyedari gadis di sebelah Hijriah itu tiada sebentuk cincin pun menghiasi jari sebagai tanda diri yang belum berpunya. Namun, Asyraf tidak berani mengangkat pandangannya terlalu lama. Bimbang kalau-kalau menimbulkan maksiat pada hati. Apatah lagi, tabir aurat yang menghijab diri menimbulkan rasa hormat buat mana-mana lelaki. Salah satu ciri-ciri mawar berduri.
Pertemuan yang tidak dirancang itu semuanya telah menjadi perancangan Ar-Rahman. Dia Maha Berkuasa mentaqdirkan apa sahaja. Yang pasti, Dia Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.
“Mungkin, dia seindah Aisyah Al-Humaira’ untukku…” bisik hati kecil Asyraf.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Rahmat Allah yang melimpah-limpah begitu terasa. Pak Cik Abdul Rahim bersyukur kerana kali ini, di tengah-tengah lautan manusia dia berpeluang mencium Hajaratul Aswad. Dingin pagi yang menanti kehadiran fajar as-siddiq, mencengkam ke tangkai naluri. Langit gelap yang tak berawan menambahkan lagi kedinginan subuh. Meskipun begitu, jutaan manusia yang bergelar hamba tidak tergoda dengan lena, masing-masing lunak dalam esak tangis mendambakan keampunan Pencipta. Terasa hangat bahang keagungan Allah, pemilik kerajaan alam semesta.
Dalam kelazatan rintihan dengan nikmat ketenangan, tiba-tiba bauan harum semerbak daripada kuntuman-kuntuman mawar menyelinap masuk ke rongga hidungnya. Mata yang sejak tadi terpejam khusyuk, dibuka perlahan-lahan. Jemaah umrah di kiri dan kanannya tidak menunjukkan respond apa-apa. Terus khusyuk menghadap Khaliqnya. Bagaikan dia seorang sahaja yang tercium haruman wardah itu. Bauan itu sepintas lalu dibawa angin dingin. Perlahan-lahan pandangannya beralih pula ke kaabah yang tersergam megah dan indah. Gemersik dedaunan Raihan dengan irama mengasyikkan…bermain-main di pendengarannya. Tiba-tiba, kelihatan di dada Kaabah terskrin secara samar-samar wajah seorang wanita yang cukup dikenali, cukup disayangi. Wajah itu indah bermandikan seri, penuh perhiasan yang melengkapi, bagaikan bidadari dari Taman Firdausi. Itulah wajah isteri tercinta, ibu yang telah melahirkan Khazinatul Asrar untuknya. Manis wajah itu mengukir senyuman. Semakin lama, semakin menghilang lalu luput dari pandangan. Segalanya berlalu pantas.
Lama Pak Cik Addul Rahim terpukau dengan peristiwa ajaib yang dilaluinya di awal Subuh di Tanah Suci…sehinggalah azan Subuh mendayu-dayu kedengaran dari menara-menara yang terbina kukuh di sudut-sudut Masjidil Haram. Selepas mendirikan solat Subuh berjemaah bersama jutaan Ummat Islam, dia bergegas ke hotel penginapan untuk menyampaikan berita menakjubkan itu kepada isterinya.
“Zahra, wajahmu dimuliakan Allah, terskrin di dada kaabah!” lonjak hatinya.
Setibanya di hotel, sarapan untuk jemaah umrah sudah sedia menanti, namun isterinya masih belum pulang dari Masjidil Haram. Sabar lelaki itu menanti.
“Mungkin dia solat sunat Syuruk seterusnya menunggu Dhuha,” fikirnya.
Lama waktu penantiannya….berjam-jam. Diisi dengan tasbih dan zikir. Jantungnya asyik berdebar-debar. Entah mengapa…
Tak lama kemudian, muncul kelibat seseorang. Pengurus jemaah umrah Malaysia rupanya. Lelaki itu berjalan ke arahnya.
“Encik ni, Abdul Rahim bin Abdullah?” Tanya pengurus itu.
“Ya, saya!” jawab Pak Cik Abdul Rahim tersenyum mesra.
“Err, suami kepada Puan Zahra binti Muhammad?” tanyanya lagi.
“Ya, ya…” balasnya, makin tersimpul senyuman.
Rupa-rupanya, kehadirannya bersama satu berita. Seorang jemaah umrah Malaysia telah dipanggil menghadap Allah buat selama-lamanya. Nyawanya diangkat di Masjidil Haram.
“Zahra meninggal dunia???” satu hakikat yang sukar ditelan.
Perginya takkan kembali lagi, meninggalkan semua yang menjadi kesayangan, membakar tiap kerinduan dan kasih sayang.
“Allahyarhamah mati dalam keadaan memangku al-Quran setelah solat Tahajjud,” jelas pengurus itu lagi. Dada Pak Cik Abdul Rahim berombak kencang. Dia cuba mengumpul ketabahan dan kekuatan.
“Innalillahi wainna ialihi rojiu’n…” manik-manik jernih gugur membasahi pipinya satu persatu. Kolam matanya tewas menentang arus kesedihan.
“Beratnya ujian ini…Oh, Tuhan!!!” dadanya sedih menahan sebak.
“Zahra, kau pinjaman Allah! Abang redho dengan kuasa Allah menarik balik pinjaman-Nya. sedangkan Rasulullah juga berpisah dengan Khadijah tercinta…Al-Fatihah,” bisik hatinya penuh sayu dan hiba. Pipinya banjir dibasahi air mata.
Jenazah ibu Khazinatul Asrar selamat disemadikan di Bumi Barakoh, Mekkah Al-Mukarromah. Beruntunglah dia kerana disembahyangkan oleh lautan para jemaah umrah. Tenang wajah Allahyarhamah di saat kematian.
“Ya Allah, golongkan dia bersama golongan yang Kau redhoi kerana dia isteri yang solehah. Jadikan dia sebagai bidadariku andai aku layak untuk syurga-Mu..amin ya Rabbal A’lamin,”. Doa kudus seorang suami mengakhiri tawaf wida’ sebelum berangkat dari Tanah Suci.
Hatinya berbisik lagi, “Khazinatulo Asrar puteriku, maafkan abah kerana pulang tanpa ummi bersama. Semoga kau akan tabah menerima suratan ini nanti. Abah dapat rasakan, betapa pilunya hatimu duhai puteriku kerana tak dapat lagi melihat ummi untuk selamanya. Ummi milik Allah, anakku…Allah lebih menyayanginya. Abah terpaksa tinggalkan jenazah ummi di Bumi Barakoh ini, namun sifat penyayang ummi tetap abah bawa pulang bersama. Moga, kaulah nanti yang mewarisi keindahan ummimu sabagai hiasan duniawi seorang suami, seindah mawar berduri……..”
Dan air mata lelakinya tumpah lagi.
DEMIKIANLAH, SEINDAH MAWAR BERDURI…..
Ku damba kasih Ilahi…

~ oleh Vandi Al-faqir pada 18/03/2008.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: